Iraq

Iraq (Bahasa Arab: العراق al-‘Irāq atau al-Erāq, العراق (bantuan·maklumat), Bahasa Kurdish: عيَراق), secara rasminya Republik Iraq, adalah negara Timur Tengah di Asia Barat-Daya merangkumi kebanyakan Mesopotamia, juga merangkumi barat laut pergunungan Zagros dan bahagian timur daripada Padang Pasir Syria.

Ia berkongsi sempadan dengan Kuwait dan Arab Saudi hingga ke selatan, Jordan di barat, Syria di barat laut, Turki di utara, dan Iran (Kurdistan wilayah) (Parsi) di timur. Ia mempunyai bahagian sempit pada tepi pantai di Umm Qasr pada Teluk Parsi.

Republik Iraq
ريڤوبليك عراق
جمهورية العراق
Jumhūriyyat al-‘Irāq
Bendera Iraq
Jata Iraq
Bendera Jata
Cogan kataالله أكبر
Allahu Akbar
Lagu kebangsaanMawtini
Iraq
Ibu negara
dan bandar terbesar
Baghdad
Bahasa rasmiBahasa Arab
KerajaanDemokrasi Berparlimen
• Presiden
Latif Rashid
Mustafa Al-Kadhimi
Kemerdekaan
• daripada Kerajaan Turki Uthmaniyyah
1 Oktober 1919
• daripada United Kingdom
3 Oktober 1932
• Perairan (%)
1.1
Penduduk
• Perkiraan 2006
26,783,383 (ke-40)
KDNK (PPP)2006
• Jumlah
$89.8 bilion (ke-61)
$2,900 (ke-130)
Mata wangDinar Iraq
(IQD)
Zon waktuUTC+3 (AST)
• Musim panas (DST)
UTC+4 (ADT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan964
Kod ISO 3166IQ
DPT internet.iq

Nama

Terdapat beberapa cadangan mengenai asal nama Iraq; satu datangnya daripada bandar Sumeria Uruk (atau Erech). Cadangan lain adalah perkataan Iraq datangnya daripada bahasa Aramaic, bermaksud "tanah di sepanjang muara-muara sungai."

Di bawah dinasti Sassanid , terdapat satu kawasan dipangil "Iraq Arabi" yang mana merujuk kepada bahagian selatan Iraq. Al-Iraq adalah nama yang telah digunakan oleh orang-orang Arab sendiri kepada tanah tersebut sejak abad ke-6.

Sejarah

Sejarah kuno/purba

Mengikut sejarah, Iraq dikenali sebagai Mesopotamia, yang secara harfiahnya bererti "di antara sungai-sungai" dalam bahasa Yunani. Tanah ini menjadi tempat kelahiran peradaban pertama dunia yang dikenali dengan budaya Sumeria, diikuti dengan budaya Akkadia, Babilonia dan Asyur yang pengaruhnya meluas ke daerah-daerah tetangganya sejak sekitar 5000 SM. Peradaban-peradaban ini menghasilkan tulisan tertua dan sebagian dari ilmu pengetahuan, matematik, perundangan/hukum-hakam dan falsafah yang pertama di dunia, sehingga menjadikan wilayah ini sebagai pusat yang popular dan dikenali umum sebagai "Buaian Peradaban". Peradaban Mesopotamia kuno mendominasi peradaban-peradaban yang lain pada zamannya.

Pada abad ke-6 SM, wilayah ini menjadi sebahagian dari Kekaisaran Parsi di bawah Koresy Agung selama hampir 4 abad, sebelum ditakluk oleh Iskandar Agung dan tetap berada di bawah kekuasaan Yunani selama hampir dua abad. Sebuah suku bangsa Iran dari Asia Tengah yang bernama Parthia kemudian merebut wilayah ini, diikuti dengan Dinasti Sassanid Persia selama 9 abad, hingga abad ke-7.

Di awal abad ke-7, Islam menyebar ke daerah yang sekarang bernama Iraq. Sepupu sekaligus menantu Nabi Muhammad iaitu Saidina Ali memindahkan ibukota di Kufah "fi al-Iraq" di mana ia menjadi Khulafa ar-Rasyidin yang ke-4. Bani Umayyah yang berkuasa dari Damsyik di abad ke-7 menguasai Provinsi Iraq.

Baghdad, ibukota Khilafah Abbasiyah, adalah kota utama bagi dunia Arab dan Islam selama 5 abad.

Turki Ottoman

Pada tahun 1258, Baghdad dihancurkan oleh bangsa Mongol. Turki Ottoman mengambil alih Baghdad dari Parsi pada tahun 1535. Uthmani kehilangan Baghdad ke Dinasti Safavid Parsi pada tahun 1509, dan mengambilnya kembali pada tahun 1632. Kekuasaan Uthmani atas Iraq berlangsung hingga Perang Dunia I saat Khilafah Turki Ottoman berada bersama Kekaisaran Jerman dan Blok Sentral.

Geografi

Iraq 
Gambaran keseluruhan peta Iraq.
Iraq 
Topografi Iraq.

Geografi Iraq adalah pelbagai dan terbahagi kepada lima kawasan utama: padang pasir (barat Euphrates), Mesopotamia Atas (antara hulu sungai Tigris dan Euphrates), tanah tinggi utara Iraq, Mesopotamia Hilir, dan dataran aluvium yang memanjang dari sekeliling Tikrit ke Teluk Parsi.

Pergunungan di timur laut adalah lanjutan sistem alpine yang membentang ke timur dari Balkan melalui selatan Turki, utara Iraq, Iran, dan Afghanistan, akhirnya sampai ke Himalaya di Pakistan. Gurun terletak di wilayah barat daya di sepanjang sempadan dengan Arab Saudi dan Jordan dan secara geografinya terletak di Semenanjung Arab.

Ekonomi

Ekonomi Iraq dikuasai oleh sektor minyak, yang telah menyediakan kira-kira 99.7% daripada pendapatan pertukaran asing semasa sejarah modennya. Sehingga 2021, sektor minyak menyediakan kira-kira 92% daripada pendapatan pertukaran asing. Ekonomi agraria Iraq sehingga kini mengalami perkembangan pesat berikutan Revolusi 14 Julai (1958) yang menggulingkan pemerintahan beraja Iraq Hasyimiah. Ia telah menjadi ekonomi ketiga terbesar di Timur Tengah menjelang 1980. Ini berlaku sebahagiannya kerana inisiatif perindustrian dan pembangunan infrastruktur kerajaan Iraq yang berjaya pada tahun 1970-an, termasuk projek pengairan, pembinaan kereta api dan lebuh raya, dan elektrifikasi luar bandar.

Pada 1980-an, masalah kewangan yang disebabkan oleh perbelanjaan besar-besaran dalam Perang Iran-Iraq dan kerosakan kemudahan eksport minyak oleh Iran menyebabkan kerajaan Ba'ath melaksanakan langkah-langkah penjimatan, meminjam banyak, dan kemudian menjadualkan semula pembayaran hutang asing. Iraq mengalami kerugian ekonomi sekurang-kurangnya $80 bilion daripada perang. Pada tahun 1988, permusuhan berakhir. Eksport minyak secara beransur-ansur meningkat dengan pembinaan saluran paip baru dan pemulihan kemudahan yang rosak, tetapi sekali lagi mengalami penurunan mendadak selepas Perang Teluk Parsi. KDNK menurun kepada satu perempat daripada keluaran dalam negara kasar 1980 dan terus menurun di bawah sekatan antarabangsa selepas perang, sehingga menerima bantuan daripada Program Minyak untuk Makanan PBB pada tahun 1997.

Pemerintahan

Politik

Kebijaksanaan etnik minoriti

Pembagian administrasi

    Lihat pula: Distrik di Iraq

Iraq dibagi ke dalam 18 governorat (atau provinsi) (bahasa Arab: muhafadhat, tunggal - muhafadhah, bahasa Kurdish: پاریزگه Pârizgah). Pemerintahan dibahagi lagi ke dalam sejumlah qadhas (atau distrik).

  • Babil
  • Karbala
  • An Najaf
  • Al Anbar
  • Ninawa
  • Dahuk
  • Arbil
  • At Ta'mim (Kirkuk)
  • As Sulaymaniyah

Konstitusi Iraq yang baru mempersiapkan pembentukan sejumlah wilayah dengan menggabungkan 1 governorat atau lebih. Kini hanya mempunyai 1 wilayah - Kurdistan Iraq - dan ada usulan agar lebih banyak lagi wilayah yang dibentuk di selatan. Templat:Meso Labelled Map

Demografi

Anggaran pada bulan Julai 2006 jumlah semua penduduk Iraq ialah sebanya 26,783,383 orang.

75-80% penduduk Iraq adalah bangsa Arab; kelompok etnik utama yang lain adalah Kurdi (15-20%), Asyria, Turkmen Iraq dll (5%), yang kebanyakan tinggal di utara dan timur laut negeri. Kelompok yang lain adalah orang Parsi dan Armenia (kemungkinan keturunan budaya Mesopotamia kuno). ±25.000–60.000 orang Arab Marsh tinggal di selatan Iraq.

Bahasa Arab dan Kurdi adalah bahasa rasmi. Bahasa Asyria dan Turkmen adalah bahasa rasmi di daerah-daerah yang berturut-turut ditinggali oleh orang Asyria dan Turkmen. Bahasa Armenia dan Parsi juga dituturkan namun jarang sekali. Bahasa Inggeris adalah bahasa barat yang umum dituturkan.

Komposisi etnik:

  • Kelompok etnik: Arab, 75–80%; suku Kurdish, 15-20%; Turkoman, Assyria atau lainnya 5%.
  • Agama: Islam, 97%; Kristian atau agama lain hanya sebanyak 3%.

Proporsi: Tidak ada angka rasmi yang tersedia, terutama kerana sifatnya yang sangat politik. Sumber: Britannica: Syiah 60%, Sunni 40% Sumber: CIA World Fact Book: Syiah 60%-65%, Sunni 32%-37%

Menurut kebanyakan sumber-sumber barat, majoriti bangsa Iraq adalah orang Arab Muslim Syiah (sekitar 60%), dan Sunni yang mewakili sekitar 40% dari seluruh populasi yang terdiri dari suku Arab, Kurdi dan Turkmen. Orang-orang Sunni menyangkal keras angka-angka ini, termasuk seorang bekas duta besar Iraq , yang mengacu ke sumber-sumber Amerika . Mereka mengklaim bahwa banyak laporan atau sumber hanya mencantumkan Sunni Arab hanya sebagai 'Sunni', dan tidak memperhitungkan orang-orang Sunni Kurdi dan Sunni Turkmen. Sebagian berpendapat bahwa Sensus Irak 2003 memperlihatkan bahawa orang-orang Sunni sedikit lebih banyak. Etnik Assyria (kebanyakan daripadanya adalah pemeluk Gereja Katolik Khaldea dan Gereja Assyria di Timur) mewakili sebagian terbesar penduduk Kristen Irak yang cukup besar, bersama-sama dengan orang Armenia. Pemeluk Baháí, Mandeanisme, Sabak, dan Yezidi juga ada. Kebanyakan orang Kurdi adalah pemeluk Muslim Sunni, meskipun kaum Kurdi Faili (Feyli) umumnya adalah Syiah.

Agama

Agama di Iraq (CIA World Factbook 2019)

  Islam (rasmi) (98%)
  Kristian (1%)
  Lain-lain (4%)

Agama di Iraq bermula sejak Mesopotamia Purba, khususnya Sumer, Akkad, Assyria dan Babylonia antara sekitar 3500 SM dan 400 AD, selepas itu sebahagian besarnya memberi laluan kepada Kristian Syria dan kemudiannya kepada Islam.

Banci kebangsaan tidak diadakan sejak 1987. Pada tahun 2020-an, negara ini adalah sebahagian besar Muslim, yang berpecah kepada dua mazhab berbeza, Syiah dan Sunni. Kira-kira 95% hingga 98% penduduk adalah Muslim, dengan Syiah Muslim membentuk majoriti sedikit.

Selebihnya mengikuti agama Kristian, Yazidisme, Mandaeisme dan Yarsanisme.

Prasarana

Pendidikan

Pendidikan di Iraq ditadbir oleh Kementerian Pendidikan.

UNESCO melaporkan bahawa Iraq sebelum ini mempunyai salah satu persembahan pendidikan terbaik di rantau Timur Tengah/Asia Barat. Di sekolah rendah, kadar enrolmen kasar dahulu adalah 100%, dan tahap celik huruf adalah tinggi. Kadar buta huruf ialah 20% pada tahun 1987. Walau bagaimanapun, pendidikan telah menderita sejak 1980-an dan terutamanya 1990-an berikutan perang Teluk, sekatan antarabangsa, pendudukan Amerika, dan ketidakstabilan umum di negara ini.[perlu rujukan]

Sehingga 2018, 92% kanak-kanak telah mendaftar di sekolah rendah. Walau bagaimanapun, hanya lebih separuh daripada kanak-kanak berpendapatan rendah menamatkan sekolah rendah, dan kurang daripada satu suku tamat sekolah menengah. Kadar celik huruf Iraq dianggarkan 82-85%

Kebudayaan

Dalam era milenium yang paling mutakhir ini, Iraq telah dibahagikan menjadi lima daerah budaya: Kurdi di utara yang berpusat di Arbil, Arab Islam Sunni di tengah sekitar Baghdad, Arab Islam Syiah di selatan yang berpusat di Basra, Assyria, sekelompok orang Kristian yang tinggal di berbagai kota di utara, dan Arab Rawa, sekelompok orang yang berpindah-pindah, yang tinggal di daerah berawa-rawa di sungai tengah. Pasar dan barter adalah bentung perdagangan yang lazim mereka lakukan.

Muzik

Iraq dikenali terutama kerana alatan muziknya yang disebut oud (mirip dengan lute) dan rebab; bintang-bintangnya termasuk Ahmed Mukhtar dan Munir Bashir, seorang Assyria. Hingga kejatuhan Saddam Hussein, stesen radio yang paling popular di Iraq adalah "Suara Pemuda". Stesen ini memainkan campuran muzik rock barat, hip hop dan muzik pop, yang kebanyakannya diimport dari Jordan kerana adanya sanksi ekonomi antarabangsa. Iraq juga memproduksikan seorang bintang pop pan-Arab penting yang hidup di pengasingan iaitu Kazem al Saher, yang lagu-lagunya mencakupi Ladghat E-Hayya, yang dilarang kerana kata-katanya yang terlalu kasar dan kurang menyenangkan.

Lihat juga

Lihat lagi

  • Pembangunan semula Iraq
  • Rancangan Renaisanse Baghdad
  • Ekonomi: Bursa Saham Iraq, Dinar Iraq, Ekonomi Iraq
  • Kejadian: 2005 di Iraq, 2004 di Iraq, pelaburan di Iraq 2003, Iraq pasca-pelaburan, 2003–sekarang, Pemberontakan di Iraq, Perang Iraq
  • Geografi: Daftar tempat di Iraq, Komunikasi di Iraq, Pengangkutan di Iraq
  • Kelompok: Kurdi, Syiah, Sunni, Asyur, Suku Arab di Iraq, Maslawi
  • Politik: Politik Iraq, Iraq dan Demokrasi, Tentera Iraq Baharu, Hubungan luar negeri Iraq, Pelanggaran hak asasi manusia di Iraq, Pemberontakan di Iraq, Perang saudara di Iraq, M. Ismail Marcinkowski, Religion and Politik in Iraq. Shiite Clerics between Quietism dan Resistance, dengan pengantar oleh Profesor Hamid Algar of the University of California at Berkeley. Singapore: Pustaka Nasional, 2004 (ISBN 9971-77-513-1)
  • Sejarah: Daftar raja Iraq, Daftar presiden Iraq, Daftar perdana menteri Iraq, Mandat Britania atas Iraq, Sejarah Yahudi di Iraq, Perang Iran-Iraq, Sejarah astrologi, Bulan sabit baru, Mesopotamia, Babilonia
  • Literatur: Epos Gilgames, Enuma Elish, Atra-Hasis
  • Lainnya: Perangko dan sejarah pos di Iraq, Hak kaum homoseksual di Iraq, Mitologi Mesopotamia
  • Kuburan massal di Iraq

Rujukan

Bacaan lebih lanjut

  • Wawancara dengan Sean Garcia dari Refugees International, tentang penderitaan ratusan ribu pengungsi Iraq [3] Diarkibkan 2007-03-13 di Wayback Machine
  • Shadid, Anthony 2005. Night Draws Near. Henry Holt and Co., New York, Amerika Syarikat. ISBN 0-8050-7602-6
  • Hanna Batatu, "The Old Social Classes and the Revolutionary Movements of Iraq", Princeton: Princeton University Press, 1978
  • Irak adalah salah satu setting utama untuk novel fiksi ilmiah John J. Rust "Epsilon"
  • A Dweller in Mesopotamia, petualang seorang seniman rasmi di Taman Eden, oleh Donald Maxwell, 1921. (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)
  • By Desert Ways to Baghdad, oleh Louisa Jebb (Mrs. Roland Wilkins) Dengan ilustrasi dan peta, 1908 (edisi 1909). (faksimili yang dapat dicari di Perpustakaan Universitas Georgia; DjVu & layered PDF format)

Pautan luar

Pemerintah

Lihat pula

Tinjauan

Berita

Lain-lain

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Iraq, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Iraq NamaIraq SejarahIraq GeografiIraq EkonomiIraq PemerintahanIraq DemografiIraq PrasaranaIraq KebudayaanIraq Lihat jugaIraq Lihat lagiIraq RujukanIraq Bacaan lebih lanjutIraq Pautan luarIraq Lihat pulaIraqAr-al Gumhuriyah al Iraqiya.oggArab SaudiBahasa ArabEmpayar ParsiFail:Ar-al Gumhuriyah al Iraqiya.oggIranJordanKurdistan (Iran)KuwaitMengenai audio iniMesopotamiaNegaraPergunungan ZagrosSyriaTeluk ParsiTimur TengahTurkiUmm QasrWikipedia:Bantuan audio

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pemancutan maniMuhammad al-FatihSahurProton WajaHero RemajaJuzUnited KingdomDollaSenarai buahAbdul Taib MahmudAiman Hakim RidzaSamuel RizalAman AzizJuvana (drama)Azhan RaniIsham JalilBadmintonSepahtu Reunion Al-PuasaP. RamleeFahmi FadzilStadium Nasional Bukit JalilDemografi MalaysiaTyzo XanderNabi Lut a.s.Aliff Syukri KamarzamanSomaliaMalang Si PuteriMandi wajibPolis EVO 3MesirBioteknologiRosyam NorPutrajayaShahrulezad MohameddinPerodua MyViPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalKomunikasiKota BharuNeelofaMeerqeenNegara-Negara KomanwelJohor BahruPendidikanSultan SelangorLim Kit SiangBangunan Sultan Abdul SamadKumpulan 15PuyuBuayaKontrak sosial (Malaysia)Nabi Yusuf a.s.Arif AimanSunan AmpelMisteri Wan PeahKeputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaPeristiwa Memali 1985Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahEmpayar UthmaniyahMat SallehPenerbangan 370 Penerbangan Malaysia17 PuasaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaKadazanSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaShahril Sufian HamdanAsbab al-nuzulZarina ZainoordinHassanal BolkiahKobe Jae ChongPeribahasaJenis air untuk bersuci dalam IslamAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaMatlamat Pembangunan MampanBukan Kahwin PaksaPasukan bola sepak kebangsaan OmanSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarToyota AgyaSalasilah keturunan Nabi Muhammad🡆 More