Sejarah

Sejarah (Jawi: ‏سجاره‎code: ms is deprecated ‎) atau tawarikh (Jawi: ‏تواريخ‎code: ms is deprecated ‎) bermaksud menyiasat/inkuiri, ilmu yang diperolehi melalui perkara penyiasatan Ia adalah penemuan, ajaja, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau.Ia juga bermaksud tempoh masa yang lalu selepas catatan penulisan telah dicipta.

Ilmuwan yang menulis mengenai sejarah dipanggil sejarawan. Ia juga adalah satu medan penyelidikan yang menggunakan suatu naratif atau pengisahan untuk memeriksa dan menganalisa turutan peristiwa, dan kadangkala ia cuba untuk menyiasat secara objektif corak-corak sebab dan akibat yang menilai peristiwa-peristiwa. Sejarawan-sejarawan berdebat mengenai tabii sejarah dan kegunaannya. Ini termasuklah membincangkan kajian disiplin berkenaan sebagai satu penamat di dalamnya dan sebagai satu kaedah menyediakan "perspektif" pada masalah masakini. Cerita-cerita yang biasa kepada budaya tertentu, tetapi tidak disokong oleh sumber-sumber luar (seperti legenda yang mengelilingi King Arthur) biasanya lebih dikelaskan sebagai warisan budaya daripada "disinterested investigation" yang diperlukan oleh disiplin sejarah. Peristiwa lampau sebelum rekod penulisan dianggap sebagai prasejarah. Di kalangan ilmuwan, ahli sejarawan Yunani abad kelima SM Herodotus dianggap sebagai "bapa sejarah", dan, bersama-sama dengan ahli sezamannya Thucydides, membentuk asas-asas kajian sejarah. Pengaruh mereka, bersama-sama dengan tradisi-tradisi sejarah yang lain di dalam bahagian dunia yang lain, sudah mewujudkan banyak interpretasi yang berbeza mengenai tabii sejarah yang telah berubah selama berabad-abad lamanya dan masih berkesinambungan berubah. Kajian sejarah moden mempunyai banyak bidang berbeza termasuklah mereka yang fokus terhadap kawasan tertentu dan mereka yang menumpukan terhadap perkara-perkara tertentu atau unsur-unsur penyiasatan sejarah yang bertema. Sejarah selalunya diajar sebagai sebahagian daripada pendidikan rendah dan menengah, dan kajian akademik sejarah sebagai disiplin utama di dalam pembelajaran universiti.

Sejarah
Historia (Allegory of History)
Oleh Nikolaos Gysis (1892)
Sejarah
The Historian
Oleh E. Irving Couse (1902)
Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.

—George Santayana

Peristilahan

"Sejarah" serapan Arab: شَجَرَة, rumi: syajarah bentuk muanas kata شَجْر syajr "pokok".

"Tawarikh" serapan Arab: تَوَارِيخ, rumi: tawārīkh bentuk jamak kata تَارِيخ tarīkh.

Sejarah menurut pandangan sejarawan

“Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa”. - Herodotus

“Suatu prose interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau”. - E.H. Carr

“Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu”. - Ibn Khaldun

Kaedah pengkajian sejarah

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Sejarah PeristilahanSejarah menurut pandangan sejarawanSejarah Kaedah pengkajian sejarahSejarah Lihat jugaSejarah RujukanSejarahHerodotusKing ArthurMaklumatNaratifPrasejarahSilamThucydidesTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

M. NasirEropahPolis EVOTunku Abdul RahmanHentaiBismillahKasih Iris LeonaKapitalismeBadarawuhi Di Desa PenariNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuProton Saga (generasi kedua)Sejarah MalaysiaAlif SatarUqasha SenroseFilem Malaysia tahun 2024MalaysiaNafiez ZaidiFahmi FadzilMusa HassanBugisSlot LestarySharnaaz AhmadHidroterapiSyed Mokhtar Al-BukharyYassin YahyaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaBahasa MaduraShiqin KamalSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSenarai buahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahNaim DanielAnwar IbrahimAwieAlor SetarAziz SattarAn-Nuayman bin AmrAbang Long FadilMakkahZainol MacWilsonPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Sistem pembiakan manusiaSolat subuhMalayan UnionBuah kerasKementerian Kesihatan MalaysiaSurah al-FatihahLiga Super Malaysia 2024–25Sumpahan JeruneiSolat hajatKata namaBendera dan jata PerakAl-ArqamLaman UtamaBiokepelbagaianXXXTentacionZizan RazakNatasya MahyanNajua NasirSaleemNegeri SembilanGrup Gerak KhasSurah Al-InsyirahAbdul Razak HusseinJohor BahruSenarai negara mengikut sistem kerajaanMedia sosialShahrulezad MohameddinSenarai jajahan di KelantanHang TuahTamadunJepunIpohHaris IsmailKitab suci IslamPenanda wacanaRedza RosliLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurPutrajaya🡆 More