Eropah: Benua

Eropah (Jawi: ‏إيروڤه‎code: ms is deprecated ‎) ; bahasa Yunani: Ευρώπη/Evropi) ialah sebuah benua yang berada antara Lautan Atlantik di barat, Laut Artik di utara, Pergunungan Ural dan Sungai Ural di timur, Laut Kaspia, Pergunungan Caucasus dan Laut Hitam di Tenggara, dan Laut Mediterranean di selatan.

Eropah
ايروڤه
Eropah: Etimologi, Sejarah, Geografi
Kawasan10,180,000 km2 (3,930,000 bt2)[n]
Penduduk739,165,030[n] (2011), ke-3)
Ketumpatan penduduk72.5/km2
Negara50
BahasaSenarai bahasa
Zon masaUTC hingga UTC+6
TLD Internet.eu (Kesatuan Eropah)
Bandar terbesarSenarai kawasan metropolitan di Eropah
Eropah: Etimologi, Sejarah, Geografi
Peta taburan linguistik Eropah.
Eropah: Etimologi, Sejarah, Geografi
Peta Eropah pada 1000.

Dari segi keluasan, Eropah ialah benua yang kedua terkecil di dunia, iaitu 10,400,000 km2 yang menjadikannya luas sedikit berbanding Australia. Dari segi populasi, Eropah mempunyai penduduk ketiga teramai selepas Asia dan Afrika. Bilangan penduduk di Eropah pada 2001 dikatakan berjumlah 666,498,000, kira-kira satu pertujuh populasi dunia. Terdapat lebih kurang 50 buah negara di Eropah.

Etimologi

Dalam mitologi Yunani, Europe (Yunani Kuno: Εὐρώπη, Eurṓpē) ialah seorang ratu Phoenicia diculik Zeus yang menjelma sebagai seekor lembu jantan putih. Dia dibawa ke pulau Kriti di mana dia melahirkan anak-anak Minos, Rhadamanthus dan Sarpedon. Menurut Homeros, Eropa (bahasa Greek: Εὐρώπη), ialah seorang ratu mitologi Crete, bukan tujuan geografis. Belakangan, Eropa untuk berdiri pusat-utara Yunani, dan oleh 500 SM maknanya telah meluas ke negeri-negeri di sebelah utara.

Sejarah

Empayar Yunani Purba ialah tamadun asas kepada kebudayaan Barat, dan prinsip-prinsip demokrasi dan rasionalisme Barat berasal dari empayar ini. Selepas itu, Empayar Rom menjadi kuasa utama di Eropah.

Selepas kejatuhan Empayar Rom, Eropah mengalami Zaman Imaginasi, iaitu zaman dari Zaman Kegelapan hingga Zaman Pembaharuan (Renaissance). Zaman Pembaharuan atau kecerahan dan Monarki Baru menandakan permulaan zaman penemuan, penjelajahan dan peningkatan dalam pengetahuan ilmiah masyarakat Eropah. Pada abad ke-15, Portugal memulakan zaman penjelajahan yang diikuti oleh Sepanyol. Kemudian, Perancis, Belanda dan British turut bergabung dalam membangunkan kerajaan penjajah besar dengan kawasan kekuasaan yang luas di Afrika, Amerika dan Asia.

Revolusi Perindustrian yang bermula di Britain pada akhir abad ke-18 menyebabkan peralihan daripada sektor bertumpukan pertanian, kemakmuran rakyat yang semakin bertambah dan pertumbuhan penduduk. Sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua hingga Perang Dingin, negara-negara Eropah terbagi kepada dua blok politik dan ekonomi utama: Blok Komunis di Eropah Timur dan Blok Kapitalis di Eropah Barat. Sekitar tahun 1989, Blok Komunis pecah berikutan peruntuhan Tembok Berlin.

Geografi

Eropah ialah sebahagian daripada Eurasia, dengan Eropah merangkumi seperlima keluasan Eurasia.

Benua ini bermula dari Pergunungan Ural di Rusia yang menggambarkan sempadan timur Eropah dengan Asia. Sempadan tenggara dengan Asia adalah tidak jelas, dengan sempadan paling diterima umum ialah Sungai Ural atau Sungai Emba. Sempadan berlanjut dengan Laut Kaspia, kemudiannya Pergunungan Kaukasus atau Depresi Kuma-Manych, dan sampai ke Laut Hitam; Bosporus, Laut Marmara, dan Dardanelles yang mengakhiri sempadan Eropah-Asia. Laut Mediterranean di selatan memisahkan Eropah dengan Afrika. Sempadan di bahagian barat ialah Lautan Atlantik.

Negara dan tanah jajahan

Negara berdaulat di Eropah

Setakat kini, terdapat 50 buah negara yang tergolong dalam benua Eropah iaitu:

     

Sebahagian kecil daripada Turki serta bahagian barat Rusia ialah bahagian Eropah.

Negara dengan pengiktirafan terhad di Eropah

Eropah menempatkan lima buah negara de facto dengan sedikit atau tiada pengiktirafan oleh pihak antarabangsa. Tiada dalam kalangan negara ini ialah anggota PBB.

Wilayah tanggungan

Wilayah tanggungan dengan wilayah-wilayah serupa dengan autonomi pentadbiran yang ketara di Eropah adalah seperti di bawah:

Ekonomi

Ekonomi Eropah secara keseluruhan adalah yang terbesar di dunia daripada segi aset kawalan dengan nilai mencacah $32.7 trilion setakat 2008, kira-kira sepertiga kekayaan dunia. Negara-negara Eropah dengan ekonomi maju lebih tertumpu di Eropah Barat, dengan negara-negara di kawasan lain sedang berkembang selepas pembubaran Kesatuan Soviet dan perpecahan Yugoslavia.

Demografi

Bahasa

Eropah: Etimologi, Sejarah, Geografi 
Peta taburan bahasa-bahasa utama Eropah.

Kira-kira 225 bahasa ibunda ditutur di Eropah. Kebanyakan bahasa Eropah tertakluk pada kumpulan-kumpulan bahasa Indo-Eropah:

Selain itu, bahasa-bahasa Ural seperti bahasa Finland dan bahasa Estonia ditutur di Estonia, Finland, Hungary dan kawasan-kawasan Rusia. Bahasa-bahasa Turk pula lazim ditutur di kawasan selatan dan timur Eropah. Bahasa Malta ialah satu-satunya bahasa Semitik rasmi di EU, dan bahasa Basque ialah satu-satunya bahasa terpencil di Eropah.

Agama di Eropah

Agama Kristian ialah agama kebanyakan masyarakat Eropah di dunia, dengan 76.2% penduduk Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai beragama Kristian. Agama Islam dianuti oleh kira-kira 6% masyarakat benua, lazimnya di kawasan Balkan dan timur Eropah. Agama Buddha ialah agama majoriti di republik Kalmykia, Rusia. 18.2% daripada masyarakat Eropah mengiktiraf diri mereka sebagai tidak beragama, agnostik atau ateis.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

  • Eropah: Etimologi, Sejarah, Geografi  Kategori berkenaan Eropah di Wiki Commons

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Tags:

Eropah EtimologiEropah SejarahEropah GeografiEropah Negara dan tanah jajahanEropah EkonomiEropah DemografiEropah Lihat jugaEropah RujukanEropah Pautan luarEropahBahasa YunaniBenuaLaut ArtikLaut HitamLaut KaspiaLaut MediterraneanLautan AtlantikPergunungan CaucasusTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Musang PulutKadet Remaja Sekolah MalaysiaMamat KhalidBoBoiBoyZakar manusiaSistem SuriaPedofiliaGeografi MalaysiaMenteri Pendidikan MalaysiaBangladeshIbrahim Shah Abu ShahSharifah SakinahLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaAhmad Zahid HamidiAbdul Taib MahmudAsia BaratSumber primerSlot LestaryRangka manusiaNabi Nuh a.s.Orang JawaSaleemIsraelSerangan Iran ke atas Israel 2024Harris AlifErysha EmyraSharifah HusnaSeks oralUmar bin Al-KhattabAzizulhasni AwangGolongan kata (bahasa Melayu)SabronzoSijil Pelajaran MalaysiaNabil AhmadAdellea SofeaOlahragaReen RahimKKN di Desa Penari (filem)Perodua KancilHukuman mati di MalaysiaTuanku Ja’afarBeto KusyairyTeduhan KasihHukum Kanun MelakaKlangSepahtu Reunion LiveRevolusi PerancisLohong hitamSex Drive (filem)Adam CorrieLayang Layang PerkahwinanMajlis Raja-RajaNicol Ann DavidRindu Kasih 2Negeri-Negeri MelayuOnn JaafarTuanku MuhrizAzira ShafinazJeslina HashimNeelofaSolat Sunat RawatibTayamumRozita Che WanPiala Asia B-23 AFC 2024Perikatan NasionalJalaluddin HassanPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuNegara PalestinDasar Ekonomi BaruImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Yang di-Pertua Negeri SarawakSlot SamarindaHidroterapiPenanda wacanaZainal Abidin bin AhmadBadarawuhi Di Desa PenariNorish KarmanHari Raya Aidilfitri🡆 More