Bola Sepak

Bola sepak (Jawi: ‏بولا سيڤق‎code: ms is deprecated ‎, juga di beberapa kawasan di Indonesia: sepak bola) ialah sukan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain yang menggunakan kaki mereka untuk mengawal bola di sekeliling padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan.

Bola sepak
بولا سيڤق
Bola Sepak
Penyerang (memakai baju merah) boleh menggelecek melepasi pertahanan (berbaju putih). Kemudian dia boleh memilih sama ada untuk memberikan satu tendangan ke arah gol; penjaga gol akan cuba untuk menghentikan bola itu daripada memasuki gol

Badan induk tertinggiFIFA
Nama samaranBola
Pertama kali dimainkanPertengahan abad ke-19 England
Ciri-ciri
ContactBersentuh
Ahli pasukan11 pada satu masa
Jantina bercampurBerasingan
JenisBerpasukan, bola
PeralatanBola sepak
TempatPadang bola sepak
Kemunculan
Negara atau wilayahSeluruh dunia
Sukan OlimpikYa, sejak 1900
Sukan ParalimpikYa, sejak 1984

Pada amnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam kawasan golnya yang dipanggil kotak penalti manakala 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, kebiasannya kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang memiliki gol terbanyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir kedua-dua pasukan seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa.

Sejarah

Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah. Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan memudahkan pemain-pemain. Sukan bola sepak mula dimasyhurkan penjajah British di alam Nusantara melalui Risalat Peraturan Bola Sepak Yang Dinamai oleh Inggeris Football dicetak di Singapura tahun 1859.

Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang bola sepak hari ini.

Urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Bola Sepak 

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan lebih daripada 250 juta orang di lebih buah 200 negara.

Cara permainan

Bola sepak ialah sejenis permainan yang dimainkan antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Jika masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.

Teknik

Maklumat lanjut: Kedudukan bola sepak

Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:

  • pertahanan - pemain yang pakar dalam menyekat serangan atau mencegah musuh daripada membuat jaringan
  • pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
  • penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.

Kejohanan antarabangsa

Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun 2002.

Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916.

Rujukan

Pautan luar

Bola Sepak 
Wikinews
Wikinews mempunyai bahagian yang berkaitan:

Tags:

Bola Sepak SejarahBola Sepak Cara permainanBola Sepak TeknikBola Sepak Kejohanan antarabangsaBola Sepak RujukanBola Sepak Pautan luarBola SepakRumputSegi empat tepatSukanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Empayar UthmaniyahNegara PalestinSepahtu Reunion Al-RayaPerdana Menteri MalaysiaAdellea SofeaMelitha SidabutarKuala Kubu BharuNabil AhmadSilatBismillahAliff Syukri KamarzamanUmmi NazeeraMy Lovely DriverPembahagian kuasaSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahShukri YahayaImperialismeSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaKata tugasLagi-Lagi SenarioNombor dalam budaya CinaAn-Nuayman bin AmrSaifuddin Nasution IsmailGerak KhasFrekuensi radio di MelakaSabri YunusSyafiq KyleJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahMurutNabi Isa a.s.KetupatAisyah Abu BakarTeduhan KasihAbdul Wahid OmarSenarai Surah Al-QuranNombor telefon di MalaysiaTuanku Ja’afarNabi Ibrahim a.s.Bank Negara MalaysiaTV3Sepak takrawSenarai saluran AstroTulisan JawiAkut (perubatan)Baju kurungPenjajahan Jepun di Tanah MelayuKaedah arkeologiUltrabunyiTunku Abdul RahmanPembentukan MalaysiaTrisha OoiBumiputeraReal Madrid CFSM Faliq SM NasimuddinSarimah AhmadSekolah Berasrama PenuhShahrulezad MohameddinKhalid Mohamad JiwaHukum Kanun MelakaKetumAina AbdulSabronzoKhairulamingUmar bin Al-KhattabMata anginKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAhmad Farhan FauziAyob Khan Mydin PitchayMahathir MohamadKelantanRicheese FactoryJam 24 jamNadhir NasarTanda-tanda KiamatKumpulan Wang Simpanan PekerjaAmy SearchPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaNabi Lut a.s.🡆 More