Chechnya

Republik Chechen (IPA: ˈʧɛʧn̩ rɪˈpʌblɪk; Rusia: Чече́нская Респу́блика, Chechenskaya Respublika; Chechen:Нохчийн Республика, Noxçiyn Respublika) atau Chechnya merupakan sebuah subjek persekutuan Rusia.

Chechnya
Чеченская Республика (Rusia)
Нохчийн Республика (Bahasa Chechen)
Chechnya
Lokasi Republik Chechnya di Rusia
Jata Bendera
ChechnyaJata ChechnyaRepublik Chechnya
Lagu: Lagu Kebangsaan Republik Chechnya
Pusat pentadbiran Grozny
Tahun diwujudkan 11 Januari 1991
Status politik
Daerah persekutuan
Rantau ekonomi
Republik
Selatan
Kaukasus Utara
Kod 20
Kawasan
Kawasan
- Tangga
17,700 km²
ke-77
Populasi (mengikut Bancian 2002)
Populasi
- Tangga
- Kepadatan
- Bandar
- Luar bandar
1,400,686 penduduk
ke-49
79.1 penduduk  / km²
33.8%
66.2%
Bahasa kebangsaan Rusia, Chechen
Kerajaan
Presiden Republik Ramzan Kadyrov
Ketua KerajaanOdes Baysultanov
Badan perundangan Parlimen
Perlembagaan Perlembagaan Republik Chechnya
Laman web rasmi
http://chechnya.gov.ru/
Chechnya

Bersempadan dengan Jajahan Stavropol di bahagian barat laut, Republik Dagestan di bahagian timur laut dan timur, Georgia di selatan, dan Republik Ingushetia dan Ossetia Utara-Alania di bahagian barat, Chechnya terletak di atas pegunungan Kaukasus disebelah Utara. Ibu kotanya berada di Grozny.

Setelah jatuhnya pemerintahan Kesatuan Soviet, sekelompok pemberontak Chechnya menyatakan bahawa mereka adalah pemerintah yang sah, mereka mengumumkan parlimen baharu, dan mengisytiharkan kemerdekaan wilayahnya sebagai Republik Chechnya Ichkeria. Sehingga tahun 2004, kemerdekaan mereka tidak diiktiraf oleh mana-mana negara. Pengisytiharan tersebut telah menyebabkan konflik bersenjata di mana kedua belah pihak di antara Chechnya dan Rusia terlibat. Chechnya merupakan wilayah paling ramai yang beragama Islam di Rusia.

Geografi

Chechnya terletak di kawasan selatan Rusia Eropah. Chechnya bersempadan dengan Ingushetia di barat dan Ossetia Utara-Alania serta Jajahan Stavropol di barat laut. Kawasan timur pula disempadani Dagestan manakala negara Georgia terletak di selatan. Republik ini memiliki keluasan kira-kira 17,300 km². Sehingga 2018, nilai keluasan republik adalah pelbagai akibat ketakpastian garis sempadan Chechnya dan Ingushetia. Sebagai contoh, Ensiklopeidia Agung Rusia menetapkan nilai keluasan Chechnya pada 15.6 ribu km². Penetapan garis sempadan yang jelas dimeterai oleh ketua kedua-dua republik pada September 2018, sekali gus memudahkan pengiraan keluasan. Republik Chechnya terletak dibawah Zon Waktu Moscow (MSK/MSD). UTC ialah +0300 (MSK)/+0400 (MSD).

Demografi

Berdasarkan bancian rasmi 2010, populasi Chechnya ialah 1,268,989 orang, meningkat daripada 1,103,686 orang berdasarkan bancian 2002. Walaupun begitu, trend pertambahan penduduk itu dipersoalkan golongan pakar demografi apabila peperangan di Chechnya diambil kira.

Orang Chechen membentuk 95.3% populasi, diikuti orang Rusia (24,382 orang, 1.9%), Kumyk (12,221 orang, 1%), Ingush (1,296 orang, 0.1%) dan beberapa etnik kecil lain. Etnik Armenia pula hanya terdiri daripada beberapa buah keluarga. Bahasa Chechen dan Rusia bertindak sebagai bahasa-bahasa utama Chechnya.

Agama

Agama Islam membentuk agama utama Chechnya, dan merupakan agama kira-kira 95% berdasarkan tinjauan di Grozny pada 2010. Perkembangan Islam di kawasan Chechnya berlaku pada abad ke-16 ke abad-19, dan orang Chechen secara amnya menuruti mazhab Syafii. Selain itu, mazhab Hanafi juga hadir dalam masyarakat Chechnya. Banyak orang Chechen juga merupakan ahli sufi, sama ada tarekat Qadiri atau Naqshabandi. Selepas zaman Soviet, berlaku kebangkitan Islam di Chechnya dengan ratusan masjid dikira setakat kini, dan disertai puluhan madrasah serta sebuah universiti Islam, Kunta-haji serta sebuah pusat perubatan Islam di Grozny. Sebuah komuniti kecil Kristian juga menetap di sini, dengan beberapa gereja gereja Ortodoks Rusia juga wujud dalam Chechnya, dan gereja-gereja yang musnah dalam peperangan mula dibina semula sejak kebelakangan ini.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Chechnya GeografiChechnya DemografiChechnya RujukanChechnya Pautan luarChechnya

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton Holdings BerhadMaria OzawaFauziah NawiErysha EmyraAbdul Razak HusseinWhatsAppKristianShahrol ShiroRaysha RizrosePerempuan Itu (drama)Ozlynn WatyPeristiwa 13 MeiRicheese FactoryKhadijah IbrahimJ RevolusiMalaysia MadaniBaju tradisional MelayuPasukan Gerakan AmMalaysiaYusof HaslamSultan PerakMajlis Raja-RajaHari Kebangsaan MalaysiaLiza AbdullahSarafSolatKerajaan Persekutuan MalaysiaSiti Khadijah HalimJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaBola sepakSenarai negara mengikut sistem kerajaanSekolah Kluster KecemerlanganMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahJohorTentang Hati DiaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKerajaan SalakanagaraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiBumiputera di SabahSabahRedza RosliNatasya MahyanKampung PeopleBumiputeraSekolah Berasrama PenuhTarian Ayam DidikSijil Tinggi Agama MalaysiaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Nabila RazaliKamus DewanTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimHari GawaiSaiful ApekAedy AshrafGajahDoa IftitahPokok MambuKesultanan Melayu MelakaCampaPenjodoh bilangan bahasa MelayuPerubahan iklimSyafiq KyleYasmin NapperBunga Citra LestariDayang AreedaLencana pangkat TLDMMenteri Besar SelangorAzlee JaafarPuasa (Islam)GanjaTunku Abdul RahmanSheriffKata adjektifKhalid Abu BakarAzri IskandarFrekuensi radio di MelakaOktovia ManroseYamaha RX-ZAyat kursi🡆 More