Narwal

Narwal (bahasa Inggeris: narwhalcode: en is deprecated , nama saintifik: Monodon monoceros) ialah spesies paus bergigi yang kelihiatan bertanduk sumbu (yang lebih bersifat gading) yang besar; spesies ini mendiami perairan Artik sekitar utara Greenland, Kanada dan Rusia.

Ia antara satu daripada dua spesies dalam keluarga Monodontidae selain paus beluga.

Narwal
Julat zaman: Kuarterner-kini
Narwal
Rajah menunjukkan showing a narwhal and scuba diver from the side: the body of the whale is about three times longer than a human.
Ukur badan
dibanding lawan manusia dewasa
CITES Appendix II (CITES)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Monodontidae
Genus: Monodon
Linnaeus, 1758
Spesies:
M. monoceros
Nama binomial
Monodon monoceros
Linnaeus, 1758
Narwal
Penampakan populasi narwal yang kerap (penuh) dan langka (berlorek)

Paus-paus sumbu ini diancam kelangsungan hidup hasil pertembungan dengan manusia yang menburunya; sebanyak kira-kira 50,000 (perangkaan 1996) sampai 170,000 ekor (anggaran kiraan dalam kajian antara 2000–2017) telah dianggarkan masih ada di dunia.

Haiwan ini diberi namanya berdasarkan pengamatan oleh masyarakat Viking terhadap penampilannya yang berwarna pucat seakan-akan "mayat" (nár dalam bahasa Nor Kuno) serta keadaan haiwan ini yang kadangkala terapung pegun.

Ciri fizikal

Narwal bersaiz sederhana sepertimana paus beluga dengan ukuran panjang badan dari hujung ekor ke ubun kepala antara 3.95 hingga 5.5 meter. Badan si jantan lebih besar (sekitar 4.1 meter) dari badan si betina (sekitar 3.5 meter) dengan berat purata sekitar 800 hingga 1,600 kilogram.

Atas puncak kepala si jantan ada sebatang tanduk yang menegak seperti sumbu yang sebenarnya merupakan jenis gigi taring yang tumbuh dari rahang atas kiri mulut dan berpilin ke arah kiri. Sumbu ini berperanan sebagai pengesan persekitaran yang dipancarkan melalui gema pantulan sonar yang dihubungkan kepada banyak hujung saraf dengan otak.

Tabiat

Sekawan narwal terdiri dari 5 hingga 10 ekor bahkan sampai sebanyak 20 ekor.

Pemakanan

Narwal memangsakan hidupan khusus terdiri dari ikan kod, halibut Greenland, sotong dan udang; pemakanan ini dilakukan secara penghirupan kuat dari jarak cukup dekat kerana penggigian pada haiwan ini yang kurang sempurna. Batu dasar laut adakala didapati hasil penelanan tidak sengaja semasa pemangsaan di aras ini.

Hubungan dengan manusia

Kepercayaan

Masyarakat Inuit percaya sumbu haiwan ini berasal daripada penjelmaan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam air dek tersangkut pada tali tempuling yang mengena seekor paus yang diburunya; tanduk ini dikatakan muncul dari sanggulnya.

Masyarakat Eropah zaman Pertengahan menyangka sumbu haiwan ini berkaitan tanduk yang ada pada seekor kuda sumbu dipercayai mempunyai pelbagai kuasa sakti termasuk menawarkan racun atau mengubatkan sakit menung hiba sehingga dijual dengan harga timbangan emas yang tinggi.

Rujukan

Tags:

Narwal Ciri fizikalNarwal TabiatNarwal Hubungan dengan manusiaNarwal RujukanNarwal

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dalil aqliAyu RaudhahWau bulanSiti HariesaPaolo MaldiniPulau TiomanPolis Diraja MalaysiaKamus DewanWikipediaNicol Ann DavidAbdul Razak HusseinPasukan bola sepak kebangsaan LubnanGeografi JohorSainsAliff Dalam 7 DimensiGimnastikAli bin Abi TalibImam MahdiProton Holdings BerhadKejuruteraan awamMasjid Sri SendayanNombor perdana16 PuasaKeluaran dalam negara kasarMacTerlanjur Cinta (drama)PhlowtronAtikah SuhaimeRiena DianaElizabeth TanRinggitTepung pelitaSultan Sharafuddin Idris ShahBugisMimi LanaSenarai anime yang ditayangkan di MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanGula melakaPembimbing Rakan SebayaLee Chong WeiPuyuSultan KedahUniversiti Kuala LumpurPandelela RinongLiza AbdullahInfinity WardSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahPeroduaIbnu KhaldunNasi ambengKata namaHarissa Adlynn17 RamadanRukun IslamTengkolokKitar semulaSenarai kata pinjaman bahasa MelayuZoey RahmanAsia TenggaraSimpulan bahasaLaman UtamaKaum-kaum di MalaysiaQunut nazilahAdabPulau PangkorKhunsa (siri TV)Azhan RaniJasmine Suraya ChinSultan Mizan Zainal AbidinPencemaran udaraDewan Negara MalaysiaAmelia HendersonSultan SelangorPasukan bola sepak kebangsaan Taipei CinaSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirAwesome TVHari Paskah Besar🡆 More