Uranus (Jawi: أورانوسcode: ms is deprecated ) merupakan planet ketujuh daripada Matahari.
Ia merupakan planet ketiga terbesar dari segi jejarinya dan planet keempat terbesar dari segi jisimnya di Sistem Suria. Nama Inggeris Uranus adalah bersempena nama dewa langit Yunani purba iaitu Ouranos (bahasa Yunani Kuno: Οὐρανός), bapa kepada Kronos (setaraf Saturnus) dan datuk Zeus (setaraf Jupiter). Walaupun ia boleh dilihat dengan mata kasar, planet ini tidak dikenal pasti oleh tamadun purba kerana kesuramannya dan putaran orbitnya yang perlahan. Sir William Herschel mengumumkan penemuannya pada 13 Mac 1781 dan ini menyebabkan garis sempadan yang diketahui dalam Sistem Suria buat pertama kalinya dalam sejarah moden dapat dikembangkan. Uranus juga planet pertama yang ditemui melalui teleskop.
Penemuan | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Ditemui oleh | William Herschel | ||||||||||||
Tarikh penemuan | 13 Mac 1781 | ||||||||||||
Designasi | |||||||||||||
Adjektif | Uranian | ||||||||||||
Ciri-ciri orbit | |||||||||||||
Epok J2000 | |||||||||||||
Afelion | 3,006,389,405 km 20.096 471 90 AU 1,868,088,249 batu | ||||||||||||
Perihelion | 2,735,555,035 km 18.286 055 96 AU 1,699,799,169 batu | ||||||||||||
Paksi semimajor | 2,870,972,220 km 19.191 263 93 AU 1,783,943,710 batu | ||||||||||||
Kesipian | 0.047 167 71 | ||||||||||||
Tempoh qamari | 369.65 hari | ||||||||||||
Kelajuan purata orbit | 6.795 km/s | ||||||||||||
Kecondongan | 0.769 86° (6.48° ke khatulistiwa Matahari) | ||||||||||||
Longitud nod menaik | 74.229 88° | ||||||||||||
Satelit | 27 | ||||||||||||
Ciri-ciri fizikal | |||||||||||||
Jejari khatulistiwa | 25,559 km (4.007 Bumi) | ||||||||||||
Jejari kutub | 24,973 km (3.929 Bumi) | ||||||||||||
Luas permukaan | 8.084×109 km2 (15.849 Bumi) | ||||||||||||
Isi padu | 6.834×1013 km3 (63.086 Bumi) | ||||||||||||
Jisim | 8.6832×1025 kg (14.536 Bumi) | ||||||||||||
Min ketumpatan | 1.318 g/cm3 | ||||||||||||
Graviti permukaan khatulistiwa | 8.69 m/s2 (0.886 g) | ||||||||||||
Halaju lepas | 21.29 km/s | ||||||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | −0.718 33 hari (17 jam 14 min 24 saat) | ||||||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 2.59 km/s = 9320 km/j | ||||||||||||
Kecondongan paksi | 97.77° | ||||||||||||
Jarak hamal kutub utara | 77.31° (5 jam 9 min 15 saat) | ||||||||||||
Keserongan kutub utara | +15.175° | ||||||||||||
Albedo | 0.51 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Atmosfera | |||||||||||||
Tekanan atmosfera | 120 kPa (pada aras awan) | ||||||||||||
Komposisi | 83% Hidrogen 15% Helium 1.99% Metana 0.01% Ammonia 0.00025% Etana 0.00001% Asetilin surih Karbon monoksida surih Hidrogen sulfida | ||||||||||||
sunting |
Komposisi planet Uranus adalah sama dengan Neptun dan kedua-duanya mempunyai komposisi kimia yang berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar seperti Musytari dan Zuhal. Ahli falak kadangkala meletakkan mereka di kategori yang berbeza dipanggil "gergasi ais".
Atmosfera Uranus yang sama dengan Musytari dan Zuhal dalam komposisi utama seperti hidrogen dan helium mengandungi lebih "ais" seperti air, ammonia dan metana dengan unsur surih hidrokarbon. Secara khusus, atmosfera Uranus terdiri daripada kira-kira 83% hidrogen, 15% helium dan 2% metana. Planet ini mempunyai atmosfera yang paling sejuk di Sistem Suria dengan suhu minimum 49 K (−224 °C). Atmosferanya mengandungi struktur awan yang berlapis dan kompleks dengan air sebagai kandungan awan yang paling rendah dan metana pula pula berada di awan yang paling atas. Sebaliknya, kawasan dalaman Uranus kebanyakannya terdiri daripada ais dan batu.
Secara umumnya, atmosfera Uranus boleh dibahagi kepada tiga bahagian, iaitu:
Atmosfera Uranus tidak memiliki mesosfera.
Salah satu ciri Uranus ialah paksi putaran Uranus yang ekstrem, yakni 97.77°, selari dengan ekliptik. Satu putaran paksi Uranus mengambil masa 84 tahun yang bermakna kutub Uranus mengalami 42 tahun siang dan diikuti dengan 42 tahun malam.
Pelbagai teori telah dikemukakan tentang cara Uranus mendapat kecondongan paksi seperti teori perlanggaran Uranus dengan suatu objek angkasa gergasi ketika proses pembentukan Matahari serta kewujudan bulan gergasi pada zaman dahulu yang mempengaruhi paksi Uranus melalui daya tarikannya. Malahan, kajian simulator menunjukkan bahawa Uranus perlu dilanggar oleh planet bersaiz Bumi sebanyak dua kali untuk mendapatkan kecondongan paksi sebegitu.
Uranus memiliki 27 buah bulan yang dikenal pasti setakat ini, dengan kesemua bulan Uranus dinamakan sempena watak dalam karya-karya William Shakespeare dan Alexander Pope. Daripada bulan-bulan ini, bulan-bulan utama termasuklah Ariel, Umbriel, Titania, Oberon dan Miranda.
Setakat ini, kapal angkasa Voyager 2 ialah satu-satunya kapal angkasa yang pernah menerokai Uranus pada jarak yang dekat, dan melakukan penerbangan terdekat dengan Uranus pada 24 Januari 1986 sebelum menghala ke Neptun.
Selain itu, kapal angkasa Cassini–Huygens pernah dirancang untuk mendekati Uranus, tetapi sebaliknya, keputusan dibuat untuk menamatkan program kapal angkasa itu dengan membawa kapal angkasa ke atmosfera Zuhal dan dimusnahkan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Uranus, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.