Caucasus

44°07′16″E / 42.26111°N 44.12111°E / 42.26111; 44.12111

Kaukasus atau Kaukasia (Latin: Caucasia) ialah sebuah wilayah merangkumi timur benua Eropah dan barat benua Asia terletak di antara Laut Hitam dan Laut Kaspia yang termasuk pergunungan Kaukasus dan daerah-daerah rendah lainnya. Kaukasus adalah salah satu daerah yang mempunyai kepelbagaian linguistik dan budaya yang paling luas di dunia.

Caucasus
Negara-negara Kaukasus
Caucasus
Peta 1994 kawasan Kaukasus, menunjukkan lokasi sumber berharga

Puncak tertinggi di Kaukasus adalah Gunung Elbrus (5.642m) yang dianggap sebagai gunung tertinggi di Eropah terletak di bahagian barat banjaran ini. Secara umumnya Kaukasus boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Kaukasus Utara dan Kaukasus Selatan.

Penamaan

Kata Kaukasus berasal dari perkataan "Caucas", nenek moyang Caucasia Utara. Beliau adalah putera Togarmah, cucu anak lelaki ketiga dari Nabi Nuh a.s. iaitu Yafet. Menurut Leonti Mroveli selepas runtuhnya Menara Babel dan pembahagian umat manusia ke dalam pelbagai bahasa, Togarmah tinggal dengan anak-anaknya: Kartlos, Haik (Georgia:ჰაოს, Haos), Movakos, Lekos (orang Lak), Heros (Kerajaan Hereti, Kavkas, dan Egros (Kerajaan Egrisi) di antara dua gunung yang tidak dapat dilalui, kemungkinan Gunung Ararat dan Gunung Elbrus.

Nama-nama setempat untuk kawasan rantau ini diberikan seperti berikut:

  • Bahasa Abkhaz: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-ady Kʺaukʺaz/s
  • Arab: القوقاز al-Qawqāz
  • Bahasa Armenia: Կովկաս Kovkas
  • Templat:Lang-av Kawkaz
  • Azeri: Qafqaz
  • Templat:Lang-ce Kawkaz
  • Bahasa Georgia: კავკასია K'avk'asia
  • Jerman: Kaukasien
  • Templat:Lang-inh Kawkaz
  • Karachai-Balkar: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-kum Qawqaz
  • Bahasa Kurdi: Qefqasya/Qefqas
  • Templat:Lang-lbe Kkawkkaz
  • Templat:Lang-lez K'awk'az
  • Templat:Lang-xmf K'avk'acia
  • Templat:Lang-os Kavkaz
  • Parsi: قفقاز Qafqāz
  • Rusia: Кавказ Kavkaz
  • Templat:Lang-rut Kavkaz
  • Turki: Kafkas/Kafkasya
  • Bahasa Ukraine: Кавказ Kavkaz
  • Yunani: Καύκασος Káfkasos

Bahasa Melayu lama menggunakan nama Bukit Kaf atau Bukit Qaf (Jawi: بوكيت قف) yang ada disebutkan dalam sastera tradisi serta penjampian tertentu dilakukan para pawang:

Maka kedengaran suara dari puncak Bukit Kaf. Adam serta isterinya Hawa serta anak-beranak mereka melihat ke arah bukit itu... ("Asal Usul Kejadian Isi Dunia")

Yang ta’ hijau di-per-hijau;
Yang ta’ tinggi di-per-tinggi;
Hijau seperti ayer laut;
Tinggi seperti Bukit Kaf. (Puji Padi, dipetik dalam Malay Magic):2, 591, 600

Geografi

Demografi

Setiap wilayah Kaukasus mempunyai perbezaan dalam pertuturan dan bahasanya serta ia juga mempunyai pelbagai keluarga bahasa. Terdapat juga lebih daripada 50 kumpulan etnik yang hidup di setiap wilayah di Kaukasus. Tidak kurang dari tiga keluarga bahasa adalah unik bagi kawasan ini, tetapi juga bahasa-bahasa India-Eropah seperti Armenia dan Ossetic, dan bahasa Altaic Azerbeijan merupakan bahasa setempat di sini.

Sumber-sumber asli

Kaukasus mempunyai kepentingan ekonomi terhadap mineral dan sumber tenaga, seperti: alunit, emas, kromium, tembaga, timah, besi, raksa, mangan, molibdenum, plumbum, tungsten, uranium, zink, petroleum, gas asli, and arang batu (kedua-dua keras dan perang).

Lihat juga

Rujukan

    Sumber utama
  • Kaukasus: A Journey to the Land Between Christianity and Islam By Nicholas Griffin
  • Small Nations and Great Powers: A Study of Ethnopolitical Conflict in the Kaukasus By Svante E. Cornell
  • The Kaukasus By Ivan Golovin


Pautan luar

Tags:

Caucasus PenamaanCaucasus GeografiCaucasus DemografiCaucasus Sumber-sumber asliCaucasus Lihat jugaCaucasus RujukanCaucasus Pautan luarCaucasusSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Manchester United F.C.MyKadSenarai Sultan Empayar UthmaniyahShaharuddin ThambyBandaraya MelakaSejarah MalaysiaProton WajaSemenanjung MalaysiaKL Special ForceHantu dalam masyarakat MelayuTahun Baru CinaKesultanan Melayu MelakaYasmin NapperJepunKecerdasan buatanSkizofreniaHulu LangatPeriuk keraKKN di Desa Penari (filem)Erma FatimaErra FaziraPak Ketipak KetipungZodiakTalasemiaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarParti Islam Se-MalaysiaSejarah MelakaHutan hujan AmazonRinggitYang di-Pertuan AgongMierul AimanKumpulan advokasiBahagian di SarawakLGBT dalam IslamAllahDadahPahamin RajabMakkahRahsia (filem 2023)Haris IsmailXXXTentacionLelaki ItuChacha MaembongAkut (perubatan)Masjid al-AqsaSulfur dioksidaSerembanGrup Gerak KhasPuasa (Islam)Ab Rauf YusohJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSiti SalehaKementerian Pendidikan MalaysiaBumiputeraUnifi TVKerajaan Bani AbbasiyahMilo (minuman)Sophia AlbarakbahNombor perdanaLatPuteri BalqisSungai BulohPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021AssalamualaikumElektroterapiAin EdruceSistem SuriaAgama BuddhaCarles PuigdemontBani IsraelGunung JeraiPeraturan bola jaringSenarai pelakon lelaki MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqJohorPenjodoh bilangan bahasa MelayuMega Movie (Slot TV3)🡆 More