Wayang Kulit: Seni tradisi yang berasal daripada pulau Jawa

Wayang Kulit (Jawa: ꦮꦪꦁ​ꦏꦸꦭꦶꦠ꧀code: jv is deprecated , Jawi: ‏وايڠ کوليت‎code: ms is deprecated ‎) ialah seni tradisional yang berasal dari tanah Jawa, Indonesia.

Wayang ialah istilah bahasa Jawa yang bermakna "bayangan". Hal ini disebabkan kerana penonton juga besa menonton wayang dari belakang kelir atau hanya bayangannya saja. Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disorotkan lampu listrik atau lampu minyak (blencong) agar para penonton yang berada di sisi lain dari layar dapat melihat bayangan wayang yang jatuh ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.

Wayang Kulit
Wayang Kulit: Sejarah, Cara Memainkan, Wayang Kulit di Malaysia
Wayang Kulit
NegaraIndonesia
DomainSeni dan kerajinan berwujud
Rujukan063
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2008
Wayang Kulit: Sejarah, Cara Memainkan, Wayang Kulit di Malaysia

Wayang kulit telah diakui oleh UNESCO pada tanggal 7 November 2003 (setelahnya 2008), sebagai karya kebudayaan yang mengagumkan dalam bidang cerita narasi dan warisan yang indah dan berharga (bahasa Inggeris: Masterpiece of Oral and Intangible Heritage of Humanity) daripada Indonesia. Wayang kulit lebih popular di Jawa bahagian tengah dan timur, sedangkan wayang golek lebih lazim dimainkan di Jawa Barat.

Sejarah

Perkataan "wayang" merupakan pinjaman bahasa Jawa yang kembar seakar perkataan "bayang", ia pada asalnya bermaksud "patung".:30

Penyebaran dan pengenalan seni wayang kulit di Semenanjung Melayu datang dalam dua gelombang: gelombang pertama melalui orang Kelantan yang berguru dalang-dalang asal Jawa membentuk seni wayang dengan unsur setempat tersendiri yakni Wayang Kulit Kelantan dan gelombang kedua dibawa para imigran Jawa bermukim di kawasan pantai barat negeri Selangor seperti Kuala Selangor dan Kuala Langat pada abad ke-20 dengan bentuk wayang kulit yang asal.

Cara Memainkan

Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada di sebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.

Wayang Kulit di Malaysia

Wayang Kulit: Sejarah, Cara Memainkan, Wayang Kulit di Malaysia 
Alat muzik wayang kulit di Malaysia

Di Malaysia, terdapat empat jenis persembahan wayang kulit iaitu Wayang Kulit Melayu, Wayang Kulit Gedek, Wayang Kulit Purwa (atau Wayang Kulit Jawa) dan Wayang Kulit Kelantan (atau Wayang Kulit Siam). Kesemua empat jenis wayang kulit ini boleh ditemui di Semenanjung Tanah Melayu.

Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

Wayang Kulit Jawa dikatakan berasal dari Wayang Kulit Purwa Suku Jawa, Pulau Jawa, Indonesia. Patung-patungnya membawa watak dari cerita Mahabharata dan cerita-cerita Panji. Wayang kulit ini diperkenalkan ke negeri Kelantan pada 1834 oleh seorang tok dalang Melayu selepas mempelajari teknik-teknik Tok Dalang di Pulau Jawa. Watak wayang kulit ini ialah Sang Kula, Raden Galoh Cendera Kirana, Arjuna, Sang Dewa dan Raden Inu Kartapati.

Wayang Kulit Purwa terkenal di kawasan selatan Semenanjung Tanah Melayu. Ia menggunakan bahasa Jawa.

Wayang Gedek terkenal di Kedah dan Perlis. Ia menggunakan loghat utara (kedah-Perlis). Dua watak utama ialah Etong dan Ekau. Wayang jenis ini menggunakan patung yang berpakaian moden seperti kebaya pendek.

Di Malaysia ada terdapat empat jenis wayang kulit kesemuanya iaitu wayang kulit kelantan, wayang kulit melayu, wayang kulit gedek dan wayang kulit purwa.

1. Wayang Kulit Kelantan - Wayang kulit jenis ini juga di kenali sebagi wayang siam, kerana negeri kelantan pada suatu masa dulu di bawah naungan patani dan patani ni di percayai menjadi pusat kesenian yang terdapat makyung, menora dan wayang kulit. Cerita wayang kulit kelantan kebanyakannya adalah saduran dari epik ramayana versi thai. se orang dalang perempuan berbangsa thai bernama mak eghak adalah di anggap orang yang pertama mendalang dalam wayang jenis ini di kelantan. Patung2 wayangnya juga terutama patung Sri Rama dan Laksemana adalah lebih mirip ke arah pakaian tradisional orang selatan thai. Itulah juga makanya wayang tersebut di sebut sebagai wayang siam

Alat2 muzik yang di gunakan dalam permainan wayang kulit kelantan ini ialah:

 -  Tetawak (gong)       2 biji (ibu dan anak) 
 -  Canang                   1 pasang (ibu dan anak) 
 -  Kesi                        2 pasang (penahan dan pengicah) 
 -  Gedang                   2 biji (ibu dan anak) 
 -  Geduk                     2 biji (ibu dan anak) 
 -  Gedombak               2 biji (Peningkah dan pembawa) 
 -  Mong                       1 biji (Sebagai alat tambahan sahaja, bagaimana pun mustahak                                    juga jika di kehendaki memainkan lagu2 tertentu). 
 -  Serunai                   2 batang (Serunai besar dan serunai nyanyi) 
 -  Pemetek                  1 buah (Alat ini di guna sebagai mengganti suara perintah dalang                                    dan sebagai alat bantu kesan bunyi). 


2. Wayang Melayu - Wayang kulit melayu ini di mainkan oleh masyarakat di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Patani. Cerita yang di lakonkan juga adalah dari epik Mahabharata (Padawa Lima) dan Ramayana, yang terbanyak sekali adalah dari hikayat Panji. Patung wayang kulit jenis ini lebih mirip kepada patung wayang purwa tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian menjadi hampir kepada patung wayang gedog.

Alat muziknya terdiri dari:

 -  Gong                       2 buah (Setaraf dgn bunyi kempul dlm gamelan jawa). 
 -  Canang                   6 biji (Di sebut juga sebagai kelenangan) 
 -  Mong                      1 biji 
 -  Kesi                       3 pasang (2 set penahan dan 1 set pengicah) 
 -  Gendang                2 biji (Ibu dan anak) 
 -  Rebab                    1 batang (Bertali dua) 


3. Wayang Gedek - Wayang ini biasanya di mainkan oleh Orang Siam. Di negeri Kedah, wayang gedek ini di mainkan oleh Orang Melayu dengan memakai loghat utara. Cerita-cerita yang selalu dibawanya ialah cerita2 yang bercampur dari hikayat lama dan cerita tanggaman yg baru seperti cerita awang kudis buta. Kalau zaman dahulu ada juga di mainkan cerita dalam hikayat ramayana seperti Phra lak. Patung wayangnya bersaiz kecil kebanyakannya mempunyai pandangan muka pada posisi depan.

Alat2 muziknya pula terdiri daripada:

 -  Serunai                   1 batang (kalau di negeri kedah serunai yg di gunakan ialah                                   jenis serunai tempatan) 
 -  Geduk                     1 buah (Klong that) 
 -  Gedombak               2 buah (Thon) 
 -  Canang                   2 biji 
 -  kesi kecil                 1 pasang (Cing) 


4. Wayang Purwa - Wayang purwa ini biasanya di mainkan oleh Orang Malaysia berketurunan Jawa di Johor dan Selangor. Cerita yang di lakonkan ialah dari epik Mahabharata danjuga epik Ramayana. Alat2 muzik yang mengiringi permainan wayang purwa di panggil gamelan dan nadanya pula slendro.

Alat gamelannya terdiri dari:

 -  Gong agong              1 buah 
 -  Gong suwukan          1 buah 
 -  Kempul                    5 biji 
 -  Kenong                    5 biji 
 -  Gender                    1 atau 2 set 
 -  Slentem                   1 set 
 -  Saron Demung          1 set 
 -  Saron Barung           1 set 
 -  Saron Penerus          1 set 
 -  Gambang                 1 set 
 -  Bonang                    2 set (Barung dan penerus) 
 -  Rebab                      1 batang 
 -  Gendang                  3 biji (Gede, wayangan, ketipung) 


Wayang Alat Penerapan Pengajaran Dalam tiap2 jenis wayang, lelakon penceritaannya tetap di selitkan pengajaran kepada masyarakat. Kelakuan serta watak antara baik dan jahat nyata di gambarkan oleh dalang. Untuk menjadi seorang dalang, seharusnya ia hendaklah mahir dalam hukum agama dan adat istiadat. Gambaran perletakan patung2 yg berperwatakan jahat di sebelah kiri dan patung2 yang berperwatakan baik di sebelah kanan adalah bermaksud untuk memisahkan antara baik dan jahat.

Pembahagian Jenis Cerita Dalam Wayang Kulit Kelantan

1. Cerita pokok - Bermula dari hikayat Maharajawana, kesah Sri Rama memperisterikan Siti Dewi, Siti Dewi di culik oleh Maharajawana, Sri Rama berjaya mengalahkan Maharajawana dan mengambil balik Siti Dewi.

2. Cerita Ranting - Berdasar kepada cerita pokok yang di atas tetapi terkeluar dari jalan ceritanya, seperti cerita Anak Kerbau Hamuk.

3. Cerita Taggaman - Bagi dalang yang pandai, ia dapat mereka cerita2 yag di beri watak utamakan kepada Sri Rama, tetapi cerita tersebut bukan terdapat di dalam hikayat Sri Rama pun, sebagai contohnya seperti cerita burung ketitir kuning, ikan permata sisek tersona, wak long jadi raja dan bermacam2 lagi.

4. Cerita Saduran - Cerita-cerita ini tidak ada kena mengena dengan watak yang terdapat dalam ketiga2 jenis cerita di atas, ianya di ambil dari hikayat melayu lama dan hikayat yang mempunyai pengruh arab dan sebagainya. Sebagai contohnya ialah hikayat Hang Tuah, Hikayat Ahmad dan Muhammad, Kuda Hijau Baitulkafrah, Syah Kobat dan lain lagi.

5. Cerita Pinjaman - Cerita ini termasuk dalam cerita saduran tetapi lebih menjurus kepada cerita2 panji (Inu kertapati) yang terdapat dalam wayang melayu tetapi di mainkan dalam wayang kelantan. Dengan menggunakan patung Sri Rama tetapi nama watak jelmaannya ialah di pakai ama watak wayang melayu. Sebagai contoh Misa iling mercu jiwa, Sri Panji Angga digunung, Misa lara pati, Misa lara sari, Aria demang semangkok dll.

Pembahagian Dalam Pertunjukan Wayang Kulit Kelantan

A) Babak Dalang Muda.

 -  Lagu bertabuh 
 -  Lagu lenggang beringin/tok mahasiko 
 -  Lagu perang dewa panah 
 -  Lagu Sri Rama keluar (gedombak) 
 -  Lagu hulubalang 
 -  Lagu menyembah (mengadap raja) 
 -  Lagu Sri Rama berkabar 
 -  Lagu Berjalan (masuk anjung) 

B) Babak Dalang Tua.

 -  Lagu tukar dalang 
 -  Lain2 lagu mengikut perjalanan cerita.  


Tujuan Persembahan Sekarang

1. persembahan kerana belajar bermain wayang.

2. Bersemah (bagi acara ini biasanya di buat oleh dalang yang sudah mempunyai ijazah perdalangan,

                     acara ini juga di panggil sembah guru di buat setiap satu atau tiga tahun sekali). 

3. Melepas niat (Persembahan ini selalunya atas jemputan tertentu utk mereka yg telah berniat akan mengadakan

                        persembahan wayang kulit sekiranya mendapat sesuatu kurnia'an atau terlepas dari musibah) 

4. Undangan khusus (Persembahan utk acara2 keramaian, hari jadi, perayaan, seminar dll)

5. Pertunjukan sendiri (mengadakan persembahan kerana sara hidup seperti mengenakan bayaran secara membeli

                                 tiket utk menonton) 


Wayang Kulit Secara Umum

1. Seni Muzik - Kita ketahui seni muziknya amat unik dan memerlukan keahlian khusus. Lebih dari 35 buah lagu mesti

                        di hafal oleh dalang dan panjaknya. 

2. Hikayat - Bagi meneruskan penceritaan, dalang haruslah mahir dalam hikayat2 (bersifat Paramakawi dan Paramasastra).

3. Lakunan - Dalang seharusnya pandai melakunkan cerita supaya menarik, pandai dalam menbawa suasana gembira, takut,

                     kasih sayang, sedih, garang dan lucu (Awicarita). 

4. Pengetahuan agama - Oleh kerana cerita yg di lakonkan mempunyai unsur2 pengajaran yg bercorak agama, maka

                                      kewibawaan dalang sangat2 di pelihara utuh dan menjadi tauladan dan ikutan kpd masyarakat. 

5. Seni Lukis/ukir - Melukis dan memahat/menatah patung wayang adalah satu kesenian khusus yg mempunyai kemahiran

                              dan kesabaran yg tinggi. 

>

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Wayang Kulit SejarahWayang Kulit Cara MemainkanWayang Kulit di MalaysiaWayang Kulit RujukanWayang Kulit Pautan luarWayang KulitBahasa JawaDalangGamelanIndonesiaJawaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penyimpan Mohor Besar Raja-RajaChinaPenanda wacanaAlyssa DezekIndonesiaPerceraian dalam IslamBatu PahatPulau PinangTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahRejimen Askar Melayu DiRajaHadisAl-QuranSenarai raja-raja MelayuBugisSheikh Muszaphar ShukorFrekuensi radio di SelangorPerikatan NasionalGerawat GalaNajib RazakSuntikanSophia AlbarakbahLesbianSenarai SBP di MalaysiaWarganetTV1Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaLokman Noor AdamFrekuensi radio di MelakaBola sepakRedza RosliHubungan intimKuala LumpurSidratulmuntahaSenarai bank di MalaysiaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuTony EusoffSongkranOne Cent ThiefAlhamdulillahCik ManggisJanna NickLaman UtamaBaju MelayuHizbullahTengku Permaisuri NorashikinKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaMenteri Kesihatan MalaysiaFilem Sex and Zen IIGeografi JohorWanita SyurgaSabronzoFrekuensi radio di PahangProton WajaRuhainiesPerang Dunia KeduaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahSawiBella AstillahNormah DamanhuriWan SharmilaMuhtar SuhailiPolis EVO 3Menara Berkembar PetronasIPhoneUmmi NazeeraSyed Saddiq Syed Abdul RahmanMarion CaunterSM Nasimuddin SM AminSyamAbu Bakar as-SiddiqAmir AhnafAlor SetarJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaLee Kuan YewKata kerja transitifMamat KhalidErry Putra🡆 More