Rajasthan

Rājasthān (Devanāgarī: राजस्थान, IPA: ) sebutan (bantuan·maklumat) ialah negeri yang terbesar di Republik India dari segi keluasan.

Rajasthan meliputi kebanyakan kawasan Gurun India Besar (Gurun Thar) yang besar dan tidak boleh dihuni, yang tepinya selari dengan lembah sungai Sutlej-Indus sepanjang sempadannya dengan Pakistan. Rajastahn bersempadan dengan negara Pakistan di barat, negeri Gujarat di barat daya, negeri Madhya Pradesh di tenggara, negeri Uttar Pradesh dan Haryana di timur laut dan negeri Punjab di utara. Rajasthan meliputi keluasan sebanyak 342,239km² (132,139 batu persegi).

Rajasthan

राजस्थान

—  state  —
Rajasthan
Lokasi Rajasthan
Koordinat
Negara Rajasthan India
Daerah 32
Tarikh ditubuhkan 1956-11-01
Ibu negeri Jaipur
Bandar terbesar Jaipur
Gabenor A.R.Kidwai
Ketua Menteri Vasundhara Raje
Perundangan (kerusi) Unikameral (200)
Penduduk

• Kepadatan

56,473,122 (8th)

165/km2 (427/sq mi)

Bahasa rasmi Bahasa Hindi, Rajasthani
Bahasa Gujarat juga ditutur
Zon masa IST (UTC+5:30)
Keluasan 342236 km2 (132138 sq mi)
ISO 3166-2 IN-RJ
Laman web www.rajasthan.gov.in

Ibu negeri Rajasthan ialah Jaipur. Ciri-ciri geografi Rajasthan termasuklah Gurun Thar di sepanjang bahagian barat laut Rajasthan dan penamatan Sungai Ghaggar berhampiran runtuhan arkeologi di Kalibanga, iaitu runtuhan sedemikian yang tertua pernah ditemui di subbenua itu sehingga kini.

Salah sebuah banjaran gunung tertua di dunia, iaitu Banjaran Aravalli, menempatkan satu-satunya balai bukit di Rajasthan, Gunung Abu, dan Kuil-kuil Dilwara yang terkenal sebagai tempat ziarah yang suci untuk penganut agama Jain. Bahagian timur Rajasthan mempunyai dua rizab harimau antarabangsa, iaitu Ranthambore dan Sariska, serta juga Taman Negara Keoladeo berdekatan Bharatpur yang terkenal kerana kehidupan burungnya. Juga terletak di Rajasthan merupakan kuil Karni Mata berhampiran Bikaner yang dikenali sebagai "Kuil Tikus".

Rajasthan dibentuk pada 30 Mac 1949, apabila semua negeri-negeri beraja dahulu kala bergabung menjadi India. Satu-satunya perbezaan antara bekas negeri Rajputana dan Rajasthan adalah adanya bahagian-bahagian tertentu yang ditadbir secara langsung oleh Kerajaan British di bekas wilayah Ajmer-Merwara. Bahagian-bahagian yang bertempat di luar kawasan Rajputana dan tertakluk di bawah negeri Tonk diberi kepada Madhya Pradesh.

Pautan luar

Tags:

DevanāgarīFail:Rajasthan.oggGujaratHaryanaIndiaMadhya PradeshMengenai audio iniPakistanPunjab, IndiaRajasthan.oggSenarai negeri-negeri dan wilayah-wilayah IndiaUttar PradeshWikipedia:Bantuan audioWikipedia:IPA

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

NasabAnzalna NasirMas AnizanProjector BandTakwim HijrahOrang MandailingUndang-undang MalaysiaHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMohd Sany HamzanDataran MerdekaSenarai raja-raja MelayuFuckKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air MalaysiaPerodua KancilSekularismeKesultanan Melayu MelakaSharnaaz AhmadXVideosTengku Adnan Tengku MansorKhairulamingRaja Azlan Muzzaffar ShahPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuKementerian Pendidikan MalaysiaMd Rozai ShafianSophia AlbarakbahSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah12 Dewa OlympusKulim (bandar)Tunku Abu BakarMerdeka 118Senarai negara berdaulatSolat hajatMaktab Rendah Sains MARAHang TuahPemancutan maniPendidikan di IndonesiaNajis dalam IslamBatik Air MalaysiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamZulkifli Hasan (Malaysia)Mentega TerbangKuala LumpurSultan KelantanRejimen Askar Melayu DiRajaHamzah ZainudinSolat jamakTengku Amir ShahMalaysiaPerkhidmatan awam di MalaysiaAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaSekatan ekonomiNegara PalestinJordanBumiputera di SabahPensterilan (mikrobiologi)Andi Arsyil RahmanSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaMelayuSultan JohorPerakSiti Khadijah HalimPenyakit anemiaPenyelenggaraanJudiShuib SepahtuThe Original GangsterMimi LanaSiti NurhalizaLa Luna (filem)Ahli Sunah WaljamaahRangka manusiaNajwa LatifJepunTwitterKetua Polis Negara MalaysiaAzzim ZahidTakdir Itu Milik Aku🡆 More