Karachi

Karachi (Urdu: کراچی‎; ALA-LC: 'Karācī', IPA: , Sindh: ڪراچي) merupakan ibu kota wilayah Sindh dan bandar raya terbesar di Pakistan.

Terletak di pantai Laut Arab dan berhampiran Delta Sungai Indus. Karachi merupakan bandar metropolitan dengan pelbagai fungsi. Luasnya ialah 2,330 km persegi. Bandar ini digelar 'Bandar Cahaya' dan "Bandar Raya Quaid". Di sinilah pengasas Pakistan, Muhammad Ali Jinnah dilahirkan dan dikebumikan. Penduduknya dipanggil sebagai Karachiites dalam bahasa Inggeris.

Karachi
كراچى
Karachi
NegaraPakistan
WilayahSindh
Kerajaan
 • Datuk BandarSyed Mustafa Kamal
Penduduk
 (2017)
 • Jumlah14,916,456
Zon waktuUTC+ 5 (PST)
Laman sesawangLaman web Kerajaan Karachi

Penamaan

Karachi dikatakan diasaskan pada 1729 sebagai petempatan Kolachi. Petempatan tersebut dikatakan dinamakan sempena Mai Kolachi, apabila anaknya dikatakan membunuh seekor buaya di perkampungan tersebut selepas membunuh abangnya. Nama "Karachi" mula digunakan buat pertama kalinya dalam sebuah laporan Belanda pada 1742 apabila kapal mereka, de Ridderkerk karam berdekatan petempatan asal.

Sejarah

Karachi diasaskan sebagai petempatan Kolachi pada 1729 oleh pihak etnik Baloch, Talpur Mils. Petempatan itu ditadbir olehnya hingga dijajah oleh pihak British pada Februari 1839.

Syarikat Hindia Timur Inggeris menangkap Karachi pada 3 Februari 1839 apabila kapal HMS Wellesley menyerang dan memusnahkan kubu tanah liat Manora dengan mudah. Bandar itu kemudian dimasukkan ke dalam India British pada 1843. Sebahagian besar kawasan Sindh ditangkap oleh Charles James Napier selepas kejayaan dalam Pertempuran Miani dan Karachi dijadikan sebagai ibu kota provinsi Sindh yang baharu.

Pelabuhan Karachi pula dibina pada 1854. Karachi menjadi pengeksport gandum terbesar di Timur pada 1899. Pembangunan Karachi juga menarik imigran dari pelbagai latar belakang seperti pihak Marathi, Anglo-British, Parsi dan Yahudi. Pada akhir abad ke-19, penduduk Karachi dianggarkan sebanyak 105,000 orang.

Ketika kemerdekaan Pakistan pada 1947, Karachi menjadi bandar terbesar Sindh dengan jumlah penduduk sebanyak 400,000 orang. Pada masa ini, keadaan Karachi adalah aman secara relatif dengan bandar-bandar di utara yang terkesan dengan keganasan antara India dan Pakistan. Hal ini menyebabkan Karachi menjadi pilihan orang Muhajir yang berpindah dari India dan menyebabkan ledakan dalam perkembangan penduduk bandar. Imigrasi ini berlaku hingga 60-an.

Iklim

Karachi memiliki iklim padang pasir. Di sini, hampir tidak ada curah hujan sepanjang tahun di Karachi. Iklim di sini diklasifikasikan sebagai BWh berdasarkan sistem Köppen-Geiger. Suhu purata tahunan ialah 25.9 °C di Karachi. Purata curahan hujan di sini pula ialah 194 mm.

Rekod taburan hujan tertinggi diukur pada Julai 1967, iaitu sebanyak 239.3 mm.. Taburan hujan tertinggi dalam tempoh 24 jam diukur pada 7 Ogos 1953 dengan ukuran 278.1 mm, menyebabkan banjir besar di bandar ini. Suhu terpanas yang pernah direkodkan di Karachi ialah 48 °C pada 9 Mei 1938, manakala suhu paling sejuk yang pernah direkodkan ialah 0 °C pada 21 Januari 1934.

Data iklim untuk Karachi
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 32.8
(91.0)
36.1
(97.0)
41.5
(106.7)
44.4
(111.9)
47.8
(118.0)
47.0
(116.6)
42.2
(108.0)
41.7
(107.1)
42.8
(109.0)
43.3
(109.9)
38.5
(101.3)
34.5
(94.1)
47.8
(118.0)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 25.8
(78.4)
27.7
(81.9)
31.5
(88.7)
34.3
(93.7)
35.2
(95.4)
34.8
(94.6)
33.1
(91.6)
31.7
(89.1)
32.6
(90.7)
34.7
(94.5)
31.9
(89.4)
27.4
(81.3)
31.7
(89.1)
Purata suhu harian, °C (°F) 18.1
(64.6)
20.2
(68.4)
24.5
(76.1)
28.3
(82.9)
30.5
(86.9)
31.4
(88.5)
30.3
(86.5)
28.9
(84.0)
28.9
(84.0)
27.9
(82.2)
23.9
(75.0)
19.5
(67.1)
26.0
(78.8)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) 10.4
(50.7)
12.7
(54.9)
17.6
(63.7)
22.3
(72.1)
25.9
(78.6)
27.9
(82.2)
27.4
(81.3)
26.1
(79.0)
25.2
(77.4)
21.0
(69.8)
15.9
(60.6)
11.6
(52.9)
20.3
(68.5)
Rekod rendah suhu, °C (°F) 0.0
(32.0)
3.3
(37.9)
7.0
(44.6)
12.2
(54.0)
17.7
(63.9)
22.1
(71.8)
22.2
(72.0)
20.0
(68.0)
18.0
(64.4)
10.0
(50.0)
6.1
(43.0)
1.3
(34.3)
0.0
(32.0)
Purata curahan hujan, mm (inci) 6.0
(0.24)
9.8
(0.39)
11.7
(0.46)
4.4
(0.17)
0.0
(0.0)
5.5
(0.22)
85.5
(3.37)
67.4
(2.65)
19.9
(0.78)
1.0
(0.04)
1.8
(0.07)
4.4
(0.17)
217.4
(8.56)
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 270.7 249.4 271.6 277.4 299.1 231.8 155.0 147.7 218.8 283.5 273.3 272.0 2,950.3
Sumber 1: NOAA
Sumber 2: PMD (extremes)

Demografi

Karachi disifatkan sebagai bandar dengan kepelbagaian bahasa, etnik dan bahasa yang paling ketara di Pakistan. Bancian 2017 mengesahkan Karachi memiliki penduduk sejumlah 14,910,352 orang, meningkat 2.49% per tahun sejak bancian 1998, ketika jumlah penduduk Karachi dianggarkan sebanyak 9.3 juta orang.

Agama

Agama di Karachi
Agama Peratus
Islam
  
93.6%
Kristian
  
2%
Hindu
  
4%
Lain-lain
  
0.4%

Karachi ialah salah satu bandar dengan kepelbagaian agama paling ketara di Pakistan. Penduduk Karachi mengikut pelbagai mazhab Islam. Segelintir masyarakat juga menganut Kristian Protestan dan Katolik Goa. Selain itu, Karachi juga memiliki golongan penganut Hindu dan komuniti Majusi yang kecil.

Sebelum kemerdekaan Pakistan, masyarakat bandar dianggarkan terdiri daripada 50% orang Muslim, 40% penganut Hindu dengan selebihnya adalah kebanyakannya penganut Kristian (orang British serta tempatan) serta komuniti kecil Yahudi. Selepas kemerdekaan negara, banyak penduduk Hindu berpindah ke India manakala pihak Muslim dari India pula berpindah ke Karachi. Bandar ini juga menari imigran dari seluruh Pakistan, menyebabkan populasi bandar meningkat hampir dua kali ganda pada 50-an. Oleh sebab migrasi ini, hampir 96.5% penduduk bandar ialah Muslim.

Hampir keseluruhan penduduk Karachi ialah Muslim, tetapi bandar ini ialah salah satu bandar paling sekular di Pakistan. Kira-kira 85% penduduk Muslim Karachi ialah Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) manakala selebihnya ialah Syiah. Penganut Sunni secara lazimnya mengikut mazhab Hanafi dengan pengaruh kesufian terhadap amalan keagamaan dengan menggalakkan puji-pujian kepada tokoh sufi seperti Abdullah Shah Ghazi dan Mewa Shah. Penganut Syiah pula biasanya mengikut mazhab Imam Dua Belas denga minoriti Ismailiyah.

Bahasa

Karachi memiliki penutur bahasa Urdu terbesar Pakistan. Saiz penduduk Karachi berdasarkan bahasa pertuturan adalah seperti di bawah:

Bahasa Bancian 1998 Penutur Bancian 1981 Penutur
Urdu 48.52% 4,497,747 54.34% 2,830,098
Punjabi 13.94% 1,292,335 13.64% 710,389
Pashto 11.42% 1,058,650 8.71% 453,628
Sindh 7.22% 669,340 6.29% 327,591
Baloch 4.34% 402,386 4.39% 228,636
Saraiki 2.11% 195,681 0.35% 18,228
Lain-lain 12.44% 1,153,126 12.27% 639,560
Jumlah 100% 9,269,265 100% 5,208,132

Ekonomi

Karachi merupakan ibu kota kewangan dan ekonomi Pakistan. Sejak kemerdekaan Pakistan, Karachi menjadi pusat ekonomi Pakistan serta ekonomi bandar terbesar negara meskipun menghadapi pertelingkahan sosiopolitik pada 80-an dan 90-an. Bandar ini membentuk sebuah koridor ekonomi yang melitupi Karachi dan bandar-bandar berdekatan, Hyderabad dan Thatta. Karachi memiliki KDNK sebanyak kira-kira $113 bilion setakat 2014.

Kebanyakan bank awam dan swasta Pakistan beribu pejabat di Jalan I. I. Chundrigar di Karachi yang juga dikenali sebagai "Wall Street Pakistan", dengan kebanyakan aliran wang dalam ekonomi Pakistan berlaku di jalan ini. Kebanyakan syarikat antarabangsa asing yang beroperasi di Pakistan beribu pejabat di Karachi. Karachi ialah pusat bagi Bursa Saham Karachi.

Pendidikan

Fail:DJS College.jpg
Bangunan Kolej Sains Kerajaan D. J. Sindh.

Karachi memiliki institut pendidikan awam dan swasta. Kebanyakan institusi pendidikan di Karachi adalah berasaskan jantina, daripada peringkat sekolah rendah hingga tahap universiti. Beberapa sekolah di Karachi seperti Sekolah Tinggi St. Patrick dikendalikan oleh pihak gereja dan dikenali sebagai antara sekolah-sekolah paling berprestij di Pakistan.

Karachi menetapkan beberapa institusi pengajian tinggi awam utama Pakistan seperti Universiti Karachi, universiti terbesar Pakistan. Universiti awam tertua Pakistan, Sindh Madressatul Islam ditubuhkan pada 1885 dan mendapat taraf universiti pada 2012. Insitut pengajian tinggi swasta tertua Karachi ialah Universiti Aga Khan yang ditubuhkan pada 1983 dan disifatkan sebagai salah satu kolej perubatan paling masyhur di Pakistan.

Pengangkutan

Karachi memiliki jaringan kereta api dengan panjang kira-kira 9,500 km. Bandar ini dihubungkan dengan laluan kereta api ke seluruh negara oleh Pakistan Railways. Stesen-stesen kereta api utama termasuklah Stesen Bandar Karachi dan Karachi Cantonment. Bandar ini juga memiliki hubungan laluan kereta api antarabangsa, iaitu hubungan ke Stesen Bhagat Ki Kothi di Jodhpur di India dari Stesen Karachi Cantonment oleh Thar Express.

Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah merupakan lapangan terbang utama Karachi dan lapangan terbang tersibuk Pakistan dengan mengendalikan 6.2 juta orang penumpang pada 2015. Struktur terminal kini dibina pada 1992 dan dibahagikan kepada bahagian domestik dan antarabangsa. Lapangan terbang ini dijadikan sebagai platform bagi syarikat penerbangan kebangsaan, Pakistan International Airlines, PIA.

Pelabuhan Karachi dan Pelabuhan Qasim merupakan pelabuhan-pelabuhan utama Pakistan yang terletak di Karachi. Pelabuhan-pelabuhan ini mengendalikan 95% perdagangan kargo Pakistan antara pelabuhan-pelabuhan asing.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Karachi PenamaanKarachi SejarahKarachi IklimKarachi DemografiKarachi EkonomiKarachi PendidikanKarachi PengangkutanKarachi RujukanKarachi Pautan luarKarachiBahasa SindhBahasa UrduDeltaIPALaut ArabMetropolitanMuhammad Ali JinnahPakistanSindhSungai Indus

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Carles PuigdemontCiri-ciri orang munafikBella Dally15 Puasa (telefilem)De FamNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuNorreen ImanBola jaringSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirParti Komunis MalayaMimi LanaPerubahan iklimPuteri KhareezaOrang BanjarSenarai saluran AstroAlergiAgamaTarian ZapinDini SchatzmannNaim DanielThe GadysDaerah di MalaysiaPerodua KancilSophia AlbarakbahAzan dan iqamatBahasa Melayu KunoSunan Gunung JatiSultan Mizan Zainal AbidinPerluasan Persatuan Negara-negara Asia TenggaraSosialPeribahasa MelayuLim Kit SiangWinai KraibutrOmanTakwim HijrahMisteri Wan PeahPantang larang MelayuSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaOrang utanKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Kata kerja transitifSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaUmar bin Al-KhattabAisha RetnoLiga Super Malaysia 2024–25IntegritiHarissa AdlynnTunku Ismail ibni Sultan IbrahimNorman HakimSenarai saluran Astro NJOIBahasa MaduraBetty RahmadAzhar SulaimanSofia JaneLee Chong WeiDaerah LangkawiKhir RahmanTunku Abdul RahmanKhalid bin al-WalidRibaErra FaziraBendera PalestinSel (biologi)Kelapa sawitNuzul QuranNabi Ibrahim a.s.Azahari HusinKerajaan TarumanagaraStadium Nasional Bukit JalilNazim OthmanNegara-Negara KomanwelMadaniyahPutri ArianiSarah SuhairiPasukan Gerakan AmAzhan RaniLabuanDoa Iftitah🡆 More