Ernest Rutherford

Ernest Rutherford, Baron Rutherford Nelson Pertama (30 Ogos 1871 – 19 Oktober 1937) ialah seorang ahli fizik British kelahiran New Zealand.

Sumbangan utamanya menjadikan beliau disanjung sebagai "bapa fizik nuklear".

The Right Honourable

The Lord Rutherford of Nelson

OM FRS
Ernest Rutherford
Presiden Persatuan Diraja
Dalam jawatan
1925–1930
Didahului olehSir Charles Scott Sherrington
Digantikan olehSir Frederick Gowland Hopkins
Butiran peribadi
Lahir(1871-08-30)30 Ogos 1871
Brightwater, Jajahan New Zealand
Meninggal dunia19 Oktober 1937(1937-10-19) (umur 66)
Cambridge, England
KewarganegaraanBritish
KerakyatanNew Zealand
KediamanNew Zealand, United Kingdom
TandatanganErnest Rutherford
Pusat pendidikan
Terkenal kerana
Anugerah
  • Pingat Rumford (1904)
  • Hadiah Nobel dalam Kimia (1908)
  • Pingat Barnard (1910)
  • Pingat Elliott Cresson (1910)
  • Foreign Associate of the National Academy of Sciences (1911)
  • Pingat Matteucci (1913)
  • Pingat Copley (1922)
  • Pingat Franklin (1924)
  • Pingat Albert (1928)
  • Pingat Faraday (1930)
  • Pingat Wilhelm Exner (1936)
  • Hadiah Pensyarah Faraday (1936)
Kerjaya saintifik
BidangFizik da kimia
Institusi
Penasihat akademik
Pelajar kedoktoran
  • Nazir Ahmed
  • Norman Alexander
  • Edward Victor Appleton
  • Robert William Boyle
  • James Chadwick
  • Rafi Muhammad Chaudhry
  • Norman Feather
  • Daulat Singh Kothari
  • Alexander McAulay
  • Cecil Powell
  • Henry DeWolf Smyth
  • Ernest Walton
  • Evan James Williams
  • C. E. Wynn-Williams
  • Yulii Borisovich Khariton
Pelajar lain yang terkenal
Dipengaruhi oleh

Semasa beliau menjalan penyelidikan di Universiti McGill, Kanada, beliau menemukan konsep separuh hayat radioaktif, unsur radon, serta membezakan antara pereputan jenis alfa dan beta. Hasil-hasil kerja inilah yang menjadikan beliau pemenang Hadiah Nobel dalam Kimia tahun 1908 "kerana penyelidikannya mengenai penyepaian unsur-unsur, dan kimia bahan radioaktif".

Awal hidup dan pendidikan

Ernest Rutherford merupakan anak kepada James Rutherford, seorang petani kelahiran Perth, Scotland, dan isterinya Martha Thompson, kelahiran Hornchurch, Essex, England.

Beliau belajar di Sekolah Havelock, kemudiannya ke Nelson College sebelum mendapat dermasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke Canterbury College, University of New Zealand.

Kerjaya sains

Semasa meletusnya Perang Dunia Pertama, beliau terlibat dalam suatu projek rahsia menyelesaikan masalah pengesanan sonar biasa yang dihadapi dalam kapal-kapal selam.

Penemuan

Pada tahun 1911 telah menemui kewujudan proton iaitu zarah bercas positif. Beliau mengatakan nukleus mengandungi proton di dalamnya. Sebelum ini ahli sains berpendapat bahawa atom mesti mengandungi sejenis zarah kecil lain yang bercas positif untuk mengimbangi cas negatif pada elektron supaya keseluruhan atom adalah neutral. Beliau menjalankan satu eksperimen membedil sekeping logam nipis, iaitu kira-kira 4 × 10 -5 cm tebalnya dengan sinar alfa yang terdiri daripada zarah-zarah positif. Beliau mendapati bahawa kebanyakan zarah alfa menembusi logam itu tanpa memesong. Sebilangan zarah alfa dipesongkan, manakala sebahagian lagi dipantul balik.

Berdasarkan kepada keputusan eksperimen itu, beliau mengemukan model atomnya yang menyatakan bahawa:

  • Hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas berpositif.Kawasan kecil ini dipanggil nukleus.
  • Nukleus mengandungi proton sahaja.
  • Bilangan proton sama dengan bilangan elektron dalam atom
  • Kebanyakan bahagian dalam atom merupakan bahagian kosong.
  • Elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi pusat nukleus pada jarak yang berlainan.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam model atom yang dikemukan oleh Ernest Rutherford kerana jisim atom yang dihitung daripada model Rutherford kurang daripada jisim atom yang sebenar. Masalah ini diselesaikan oleh James Chadwick.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ernest Rutherford Awal hidup dan pendidikanErnest Rutherford Kerjaya sainsErnest Rutherford PenemuanErnest Rutherford RujukanErnest Rutherford Pautan luarErnest Rutherford187119 Oktober193730 OgosAhli fizikFizik nuklear

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan PerakDaerah di SabahSenarai pelakon lelaki MalaysiaNegeri-Negeri SelatPeribahasa MelayuBima SaktiSabri YunusKerajaan Bani AbbasiyahRaja berperlembagaanCabang dan mazhab IslamNasi lemakFalsafah Pendidikan MalaysiaGrup Gerak KhasMalaysiaTuanku Syed Sirajuddin JamalullailKamus DewanNabi Nuh a.s.Akut (perubatan)Pertubuhan Keselamatan SosialSingapura dalam MalaysiaMierul AimanAwieMaharaja MeijiSimpulan bahasaPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaFC Bayern MunichZizie EzetteFrekuensi radio di JohorMahathir MohamadMaktab Rendah Sains MARAKeluarga 69Islam di IranAsia TenggaraImperialismeDaun salamZarina ZainoordinNaim DanielPulau (filem)PahangPemerintahan berajaBuaya katakSeri KembanganTentera Laut Diraja MalaysiaFauzi NawawiJohor BahruKongsi RayaKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Bandar TaipingKetua Polis Negara MalaysiaJean Retno AryaniNasionalismeJohor Darul Ta'zim F.C.KongkekAlor SetarSijil Pelajaran MalaysiaLembah BujangKhairy JamaluddinR.A. KartiniSenarai buahAbdul Hadi AwangMakkahGua NiahZahirah MacWilsonProton Holdings BerhadBuah kerasRahsia (filem 2023)Undang-Undang Laut MelakaOne Cent ThiefSiti Rosmizah SemailSenario LagiKhairulamingErra FaziraNazim OthmanNadia AqilahTahun Baru CinaGangga NegaraFilem Malaysia tahun 2024Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia🡆 More