Ketua Pegawai Eksekutif

Ketua pegawai eksekutif (KPE, chief executive officer CEO) atau ketua eksekutif ialah salah satu pegawai syarikat yang berpangkat tertinggi di dalam sebuah perbadanan, syarikat, pertubuhan bukan untung, atau agensi. Dia bertanggungjawab atas seluruh pengurusan serta juga kepada lembaga pengarahnya untuk prestasi.

Ketua Pegawai Eksekutif
Bill Gates, bekas ketua pegawai eksekutif Microsoft yang juga salah satu ketua pegawai eksekutif yang paling terkenal di dunia.

Tanggungjawab

Ketua pegawai eksekutif bertanggungjawab untuk menyelaraskan syarikat, baik secara dalaman mahupun secara luaran, dengan visi strategik syarikatnya. Teras kewajipan seseorang ketua pegawai eksekutif adalah untuk memudahkan urusan di luar syarikat semasa memandu pekerja dan pegawai eksekutifnya ke arah tujuan yang utama. Saiz dan sektor syarikat akan menentukan tanggungjawab lain yang tidak begitu penting. Seseorang ketua pegawai eksekutif perlu mempunyai keseimbangan daya usaha dalaman dan daya usaha luaran untuk membina sebuah syarikat yang boleh kekal.

  • Untuk perbadanan, ketua pegawai eksekutif terutamanya menyelaraskan daya usaha luaran pada peringkat tinggi. Oleh sebab adanya eksekutif berperingkat ketua yang lain (misalnya ketua eksekutif pemasaran, maklumat, teknik, dll.), dia jarang diperlukan melakukan fungsi berperingkat rendah.
  • Untuk usahawan yang baharu yang kekadangnya juga merupakan pengasas syarikat, jawatan pemangku mereka sebagai ketua pegawai eksekutif adalah amat berbeza daripada ketua pegawai eksekutif berperingkat perbadanan. Oleh sebab biasanya tiada eksekutif berperingkat ketua yang lain di dalam syarikat yang kecil, tanggungjawab berperingkat eksekutif itu perlu diambil alih oleh ketua pegawai eksekutif.
  • Untuk syarikat bersaiz sederhana, tanggungjawab ketua pegawai eksekutif adalah antara tanggungjawab ketua pegawai eksekutif perbadanan dan tanggungjawab ketua pegawai eksekutif syarikat usahawan yang baharu. Walaupun mereka mencuba meniru bentuk perbadanan, oleh sebab syarikat sebegini tidak mempunyai eksekutif berperingkat ketua yang lengkap, maka ketua pegawai eksekutifnya perlu mengambil alih sesetengah tanggungjawab berperingkat eksekutif ataupun menugasinya kepada orang yang lain.

Struktur

Ketua pegawai eksekutif biasanya mempunyai sebilangan eksekutif bawahan, dengan setiap mereka mempunyai tanggungjawab fungsian yang tertentu. Antaranya termasuk:

  • ketua pegawai kewangan
  • ketua pegawai operasi
  • ketua pegawai teknik
  • ketua pegawai pemasaran
  • ketua pegawai maklumat
  • ketua pegawai kreatif
  • ketua pegawai kepatuhan
  • ketua pegawai sumber manusia.

Lihat juga

Rujukan

2. Rujukan Exam Pegawai Eksekutif 41 LHDNM 20 September 2017[pautan mati kekal]

Tags:

Ketua Pegawai Eksekutif TanggungjawabKetua Pegawai Eksekutif StrukturKetua Pegawai Eksekutif Lihat jugaKetua Pegawai Eksekutif RujukanKetua Pegawai Eksekutif

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Proton WajaKota KinabaluPetaling JayaMuhammad Haji Muhd TaibNajib RazakSemenanjung MalaysiaKerajaan Persekutuan MalaysiaSandrinna MichelleFuckHalim RadziPuteri BalqisNora DanishWings (kumpulan muzik Malaysia)Perodua MyViFalasiRaysha RizroseTahun Baru CinaKKN di Desa Penari (filem)Rahsia (filem 2023)Mierul AimanKanun KeseksaanShah RezzaShah AlamSenarai poskod di MalaysiaBanjaran TitiwangsaSunan MuriaBangunan Sultan Abdul SamadTalasemiaSenarai saluran AstroSoffi JikanNabi Nuh a.s.Amelia HendersonZainol MacWilsonPiala FA InggerisPolis EVODidi AstillahMelioidosisKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)MunafikPiagam MadinahAzhar SulaimanErysha EmyraMaya KarinIndonesiaMuhammad bin Idris al-SyafiiPontianak Harum Sundal Malam IIBatu PahatMandi wajibHarimauBugisBendera ThailandZizan RazakNabi Saleh a.s.MikroplastikPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaHarris AlifZul AriffinJanna NickRevolusi PerindustrianArab SaudiI.D.Senarai syarikat MalaysiaAdat resam kahwin MelayuPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Nungsari Ahmad RadhiA FamosaBabiAbdullah bin Ahmad BadawiUjian dadahPenebangan hutanOrang BanjarPeristiwa 13 MeiAngkatan Tentera MalaysiaSyahadahFilem Malaysia tahun 2024Uqasha SenroseTuanku Abdul Rahman🡆 More