Bahasa Norway: Bahasa Jermanik Utara yang ditutur di Norway

Bahasa Norway (norsk) merupakan satu Bahasa Jermanik Utara yang dituturkan di Norway, di mana bahasa ini merupakan bahasa rasmi.

Bahasa Norway sebuah kontinum loghat variasi tempatan bahasa-bahasa yang saling difahami, dengan Bahasa Sweden dan Bahasa Denmark. Bahasa-bahasa Scandinavia ini bersama dengan Bahasa Faroe, Bahasa Iceland, dan juga sesetengah bahasa yang pupus, membentukkan kumpulan bahasa-bahasa Jermanik Utara (juga dikenali sebagai bahasa-bahasa Scandinavia). Bahasa Faroe dan Bahasa Iceland tidak lagi bersefahaman dengan Bahasa Norway dari segi lisan, kerana bahasa-bahasa Scandinavia telah berpisah dengan kedua-dua bahasa ini.

Bahasa Norway
norsk
Asli kepadaNorway (termasuk Svalbard dan Jan Mayen) dan kemungkinan oleh orang yang lebih tua di penempatan Scandinavia di Amerika Syarikat.
Penutur bahasa
4.7 juta
Indo-European
  • Jermanik
    • Bahasa Jermanik Utara
      • Bahasa Scandinavia Barat
        • Bahasa Norway
Status rasmi
Bahasa rasmi di
Bahasa Norway: Bahasa tulisan, Lihat juga, Rujukan Norway
Majlis Nordik
Dikawal selia olehMajlis Bahasa Norway
Kod bahasa
ISO 639-1no — Bahasa Norway
nbBokmål
nnNynorsk
ISO 639-2nor — Bahasa Norway
nobBokmål
nnoNynorsk
ISO 639-3Pelbagai:
nor – Bahasa Norway
nob – Bokmål
nno – Nynorsk

Seperti dalam undang-undang dan dasar kerajaan, terdapat dua bentuk tulisan rasmi Bahasa Norway — Bokmål (secara harfiah "bahasa buku") dan Nynorsk (secara harfiah "Bahasa Norway baru").

Dari abad ke-16 hingga abad ke-19, Bahasa Denmark merupakan bahasa tulisan rasmi untuk Norway. Akibatnya, perkembangan Bahasa Norway tulisan moden menjadi perkara kontroversi kuat yang berkaitan dengan nationalisme. Dalam sejarah, Bokmål merupakan Bahasa Denmark ala Norway, manakala Nynorsk merupakan sebuah bahasa yang berdasarkan loghat Norway dan pembangkangan linguistik kepada Bahasa Denmark. Polisi rasmi yang dimansuhkan kini yang bertujuan untuk menggabungkan Bokmål dan Nynorsk kepada satu bahasa dikenali sebagai Samnorsk, telah melalui satu siri reformasi ejaan telah membentuk satu spektrum variasi yang luas untuk Bokmål dan Nynorsk. Bentuk tidak rasmi yang dikenali sebagai Riksmål dianggap lebih konservatif daripada Bokmål, dan Høgnorsk yang juga tidak rasmi dianggap lebih konservatif daripada Nynorsk.

Orang Norway berpendidikan dalam kedua-dua Bokmål dan Nynorsk. Satu pemungutan suara pada tahun 2005 mendapati bahawa 86.3% menggunakan Bokmål dalam kehidupan harian mereka, 5.5% menggunakan kedua-dua Bokmål dan Nynorsk, manakala 7.5% menggunakan Nynorsk. Oleh itu hanya 13% sering menulis Nynorsk, walaupun kebanyakan daripada mereka menuturi loghat yang lebih mirip Nynorsk daripada Bokmål.[perlu rujukan] Lazimnya, Bokmål dan Riksmål lebih didapati di kawasan urban dan suburban; Nynorsk didapati di kawasan perkampungan, terutamanya di Norway Barat. Korporasi penyiaran Norway (NRK) membuat siaran dalam kedua-dua Bokmål dan Nynorsk, dan semua agensi kerajaan dikehendaki menyokong kedua-dua bahasa tulisan ini. Bokmål digunakan oleh 92% daripada semua publikasi, Nynorsk digunakan oleh 8% (2000).

Bahasa tulisan

Abjad

Abjad Norway ialah seperti berikut:

    a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z æ ø å

Huruf-huruf c, q, w, x, dan z hanya digunakan dalam perkataan pinjaman dan sesetengah nama keluarga.

Sesetengah huruf boleh diubah dengan diakritik: é, è, ê, ó, ò, â, dan ô. Kadangkala ì dan ù dan Juga terdapat dalam Nynorsk. Diakritik adalah tidak wajib, tapi kadangkala digunakan untuk membezakan maksud perkataan. Perkataan pinjaman juga boleh dieja dengan diakritik yang lain, terutamanya ü, á, dan à.

Lihat juga

  • Perbezaan antara Bahasa Norway dan Bahasa Denmark
  • Det Norske Akademi for Sprog og Litteratur
  • Noregs Mållag
  • Norsk Ordbok
  • Riksmålsforbundet
  • Russenorsk

Rujukan

Bibliografi

  • Rolf Theil Endresen, Hanne Gram Simonsen, Andreas Sveen, Innføring i lingvistikk (2002), ISBN 82-00-45273-5

Pautan luar

Bahasa Norway: Bahasa tulisan, Lihat juga, Rujukan 
Wikibooks
Norwegian Wikibooks mempunyai maklumat lanjut mengenai:
[[wikibooks:Norwegian/{{{2}}}|{{{2}}}]]

Tags:

Bahasa Norway Bahasa tulisanBahasa Norway Lihat jugaBahasa Norway RujukanBahasa Norway BibliografiBahasa Norway Pautan luarBahasa NorwayBahasa DenmarkBahasa FaroeBahasa IcelandBahasa SwedenKefahaman menyalingKontinum loghatNorway

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hadha min fadhle RabbiEmpirisismeCinema (Slot TV3)FuckJean Retno AryaniAliff Syukri KamarzamanYasmin NapperTabbyKata bantuNombor dalam budaya CinaPuteri Gunung LedangKL GangsterPenjajahan Jepun di Tanah MelayuIzara AishahSyafiq YusofPiala Asia B-23 AFC 2024Upin & IpinAman Ramli JaafarTakdir Itu Milik AkuFardu KifayahKelentitAlam sekitarKamal AdliPuteri KhareezaKadazan-DusunNombor telefon di MalaysiaKuala TerengganuLee Hsien LoongZamarul HishamInflasiKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaBaju kurungMisteri Jalan LamaBahasa MelayuCarles PuigdemontSalahuddin al-AyyubiHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMRaja EmaSenarai bank di MalaysiaJep SepahtuPentadbiran Tentera British (Tanah Melayu)Aziz HarunSabahLembah BujangProton SatriaUltrabunyiAaron AzizJam 24 jamNik Abdul Aziz Nik MatCabang dan mazhab IslamRevolusi PerindustrianMuhyiddin YassinTelaga BarhutGeografi JohorBank Negara MalaysiaNabi Adam a.s.Yus Raja LawakKetumProton PersonaTwitterBlack (penyanyi)Hero RemajaUniversiti Utara MalaysiaNabi Nuh a.s.Liga Super Malaysia 2024–25Kata tugasLebuhraya Kota Bharu-Kuala KraiPerlisFikry IbrahimTauratBangladeshMs PuiyiWan SharmilaBatu Pahat🡆 More