Scarlett Johansson: Pelakon wanita Amerika Syarikat

Scarlett Johansson (/dʒoʊˈhænsən/ joh-HAN-sən; lahir November 22, 1984) ialah seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Amerika Syarikat.

Beliau membuat penampilan pertamanya dalam filem North (1994). Pada tahun 1996, beliau telah dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit untuk lakonannya dalam Manny & Lo, mendapat pujian dan menjadi lebih terkenal menerusi The Horse Whisperer (1998) dan Ghost World (2001). Beliau beralih kepada peranan dewasa dalam Girl with a Pearl Earring (2003) dan Lost in Translation (2003), dimana untuk filem itu beliau memenangi anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik.

Scarlett Johansson
Scarlett Johansson: Kehidupan awal, Kerjaya lakonan, Kehidupan peribadi
Kelahiran (1984-11-22) 22 November 1984 (umur 39)
PekerjaanPelakon, penyanyi, model
Tahun aktif1994–kini
Pasangan
  • Ryan Reynolds (k. 2008–2011)
  • Romain Dauriac (k. 2014–2017)
  • Colin Jost (k. 2020)
Anak-anak2
SaudaraEjner Johansson (datuk)
Tandatangan
Scarlett Johansson: Kehidupan awal, Kerjaya lakonan, Kehidupan peribadi

Filem beliau selepas itu termasuk A Love Song for Bobby Long (2004), Match Point (2005), The Island (2005), The Black Dahlia (2006), The Prestige (2006), The Other Boleyn Girl (2008), Vicky Cristina Barcelona (2008) dan He's Just Not That Into You (2009). Beliau telah melakonkan watak Marvel Comics, Natasha Romanoff / Black Widow di dalam Marvel Cinematic Universe; muncul dalam Iron Man 2 (2010), The Avengers (2012), Captain America: The Winter Soldier (2014) Avengers: Age of Ultron (2015), Captain America: Civil War (2016), Avengers: Infinity War (2018), Captain Marvel dan Avengers: Endgame (kedua-duanya 2019). Filem Johansson terbaru termasuk Don Jon (2013), Her dan Under the Skin (2013). Beliau memenangi Persembahan Terbaik oleh Pelakon Wanita dalam pementasan Anugerah Tony untuk persembahannya dalam Broadway 2010, A View from the Bridge. Sebagai penyanyi, Johansson telah mengeluarkan dua album iaitu Anywhere I Lay My Head dan Break Up.

Kehidupan awal

Johansson dilahirkan di Bandar Raya New York. Bapanya, Karsten Johansson adalah seorang arkitek kelahiran Denmark berasal dari Copenhagen, dan datuk sebelah bapa beliau, Ejner Johansson adalah seorang penulis skrip dan pengarah. Ibunya, Melanie Sloan, seorang pengeluar filem, datang dari keluarga Yahudi Ashkenaz berasal dari the Bronx; Nenek moyang Sloan ialah pendatang Yahudi dari kedua-dua Poland dan Minsk dalam Empayar Rusia. Beliau mempunyai seorang kakak, Vanessa, yang juga merupakan seorang pelakon; seorang abang, Adrian; kembar lelakinya, Hunter (juga muncul bersamanya di dalam filem Manny & Lo); dan seorang abang daripada perkahwinan pertama bapanya, Christian.

Johansson membesar di rumah yang mempunyai "sedikit wang", dengan ibunya seorang "peminat filem". Dia dan kembar lelakinya menghadiri P.S. 41 di kejiranan Greenwich Village, Manhattan untuk sekolah rendah. Johansson memulakan latihan teaternya dengan menghadiri dan menamatkan pengajian di Professional Children's School, Manhattan pada tahun 2002.

Kerjaya lakonan

Peranan awal

Johansson mula berlakon semasa zaman kanak-kanak selepas ibunya mula membawa beliau ke uji bakat. Beliau menjalani uji bakat untuk iklan komersial tetapi sangat kecewa jika ditolak dan ibunya mula mengehadkan beliau hanya menghadiri uji bakat filem. Dia membuat penampilan pertamanya dalam filem ketika berumur 9 tahun, sebagai anak perempuan John Ritter dalam filem fantasi komedi tahun 1994, North. Susulan watak kecil dalam filem 1995 Just Cause sebagai anak perempuan Sean Connery dan Kate Capshaw, dan If Lucy Fell pada tahun 1996, beliau melakonkan watak Amanda dalam Manny & Lo (1996). Lakonannya dalam Manny & Lo mendapatkannya pencalonan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Independent Spirit, dan ulasan positif, satu daripadanya menyatakan, "[filem] itu menyerap dalam diri anda, sebahagian besarnya kerana pesona ... Scarlett Johansson", manakala pengkritik San Francisco Chronicle, Mick LaSalle memberi komen terhadap "aura tenang" beliau, dan menulis, "Jika beliau boleh melalui akil baligh tanpa terganggu auranya, beliau boleh menjadi seorang pelakon penting."

Selepas muncul sebagai watak kecil dalam Fall dan Home Alone 3 pada tahun 1997, Johansson mendapat perhatian meluas kerana lakonannya beliau di dalam filem tahun 1998, The Horse Whisperer, diarahkan oleh Robert Redford. Beliau menerima pencalonan untuk Pelakon Wanita Harapan Anugerah Persatuan Kritikan Filem Chicago. Pada tahun 1999, beliau muncul dalam My Brother the Pig dan pada tahun 2001, dalam filem neo-noir The Man Who Wasn't There. Juga pada tahun 1999, beliau muncul dalam video muzik Mandy Moore, "Candy". Walaupun filem ini tidak mendapat kejayaan box office, beliau menerima pujian melalui lakonannya dalam Ghost World (2001). Dikreditkan dengan "sensitiviti dan bakat [yang] menjangkaui umurnya". Pada tahun 2002, beliau muncul dalam Eight Legged Freaks bersama David Arquette.

2003–2004

Johansson membuat peralihan dari peranan remaja kepada peranan dewasa, dengan dua peranan pada tahun 2003. Dalam filem Lost in Translation, beliau melakonkan watak Charlotte, seorang isteri muda kesepian, bertentangan Bill Murray. Roger Ebert menulis bahawa dia menyukai filem itu dan mengambarkan persembahan Johansson dan Murray sebagai "bagus." Johansson memenangi Anugerah BAFTA untuk Pelakon Wanita Terbaik dan dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Golden Globe. Beliau menerima pencalonan daripada beberapa organisasi pengkritik filem termasuk Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran, dan Persatuan Pengkritik Filem Chicago.

Ketika berumur 18 tahun, Johansson melakonan watak Griet dalam Girl with a Pearl Earring. Beliau dicalonkan untuk Pelakon Wanita Terbaik Dalam Drama dan Pelakon Wanita Terbaik Anugarah BAFTA. Beliau dicalonkan oleh Bulatan Pengkritik Filem London, Persatuan Pengkritik Filem Phoenix.

Johansson diundang untuk menyertai Academy of Motion Picture Arts and Sciences pada bulan Jun 2004. Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan dalam lima filem: The SpongeBob SquarePants Movie; A Good Woman, romantik komedi In Good Company dan A Love Song for Bobby Long dimana beliau mendapat pencalonan ketiganya untuk Pelakon Wanita Terbaik Golden Globe.

2005–07

Scarlett Johansson: Kehidupan awal, Kerjaya lakonan, Kehidupan peribadi 
Johansson di set pengambaran Vicky Cristina Barcelona, 2007

Pada bulan Julai 2005, Johansson membintangi bersama Ewan McGregor dalam filem sains fiksyen Michael Bay, The Island, melakonkan dua watak sebagai Sarah Jordan dan klonnya, Jordan Two Delta. Lakonannya sebagai Nola dalam Match Point diterima dengan baik. Johansson menerima pencalonan Golden Globe keempatnya dan satu dari Persatuan Pengkritik Filem Chicago untuk Pelakon Wanita Sokongan Terbaik.

Dia berlakon bertentangan Hugh Jackman dalam filem 2006, Scoop. Pada tahun yang sama, dia muncul dalam The Black Dahlia.

Johansson kemudiannya mempunyai peranan sokongan dalam filem Christopher Nolan, The Prestige (2006), sekali lagi bertentangan Hugh Jackman dan juga Christian Bale. Juga pada tahun 2006, Johansson membintangi filem pendek 'When The Deal Goes Down, diarahkan oleh Bennett Miller.

Johansson membintangi filem 2007, The Nanny Diaries bersama-sama Laura Linney.

2008–sekarang

Pada tahun 2008, Johansson membintangi filem The Other Boleyn Girl bersama-sama Natalie Portman dan Eric Bana, a film which garnered mixed reviews.

Johansson menjalani pengambaran filem ketiganya untuk Woody Allen, Vicky Cristina Barcelona, di Sepanyol, muncul bertentangan Javier Bardem dan Penélope Cruz. Filem ini adalah salah satu filem Allen paling menguntungkan dan muncul dalam banyak senarai sepuluh teratas pengkritik untuk filem terbaik pada tahun 2008. Beliau juga melakonkan watak Silken Floss dalam The Spirit. Filem itu kebanyakkanya menerima ulasan yang teruk. Johansson kemudiannya melakonkan watak Anna dalam filem 2009, He's Just Not That Into You bersama-sama Jennifer Connelly, Bradley Cooper, Drew Barrymore dan Kevin Connolly. Filem itu mencapai kejayaan dalam box office.

Pada bulan Mac 2009, Johansson didatangani untuk melakonkan watak Natalia Romanova/Natasha Romanoff, aka "The Black Widow" dalam Iron Man 2 selepas Emily Blunt menolak tawaran itu. Filem itu ditayangkan pada bulan Mei 2010. Filem itu mencapai kejayaan dalam box office adan menerima kebanyakannya ulasan positif daripada pengkritik. Pada tahun 2011, Johansson melakonkan watak Kelly, seorang penjaga zoo dalam We Bought a Zoo.

Pada bulan November 2011, ia telah dilaporkan bahawa beliau telah merancang untuk membuat penampilan pertama sebagai pengarah untuk adaptasi novel Truman Capote, Summer Crossing. Johansson menyambung watak Natasha Romanoff dalam The Avengers pada tahun 2012. The Avengers menerima ulasan positif dan mencapai kejayaan dalam box office, emnjadi filem ketiga dengan kutipan tertinggi di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Pada bulan Mac 2012, ia telah diumumkan bahawa Johansson telah diambil untuk watak Janet Leigh dalam filem Hitchcock. Ditayangkan pada bulan November 2012, Hitchcock menerima ulasan bercampur dan positif.

Johansson menerima satu bintang di Hollywood Walk of Fame pada Mei 2, 2012 terletak di 6931 Hollywood Blvd., di hadapan muzium lilin Madame Tussauds Hollywood. Juga pada tahun 2012, Johansson telah berlakon dalam filem arahan Joseph Gordon-Levitt, Don Jon. Filem itu ditayangkan di Festival Filem Sundance 2013 dan ditayangkan secara meluas pada bulan September 2013. Don Jon menerima ulasan positif.

Pada tahun 2013, Johansson meminjamkan suara untuk watak Samantha dalam filem Her. Filem ini menerima pujian kritis sebaik sahaja ditayangkan dengan lakonan Johansson diterima dengan baik dikalangan pengkritik. Johansson dipilih untuk berlakon di dalam filem sains fiksyen arahan Jonathan Glazer, Under the Skin (2013). Lakonan Johansson mendapat sambutan yang positif.

Pada bulan Oktober 2014, ia telah diumumkan bahawa Johannson akan membintangi dan menghasilkan sebagai eksekutif untuk siri lapan episod The Custom of the Country. Beliau akan melakonkan watak Undine Spragg.

Johansson menyambung wataknya sebagai Black Widow dalam filem sekuel 2014, Captain America: The Winter Soldier bersama-sama Chris Evans. Filem ini menerima ulasan positif. Dia melakonkan watak Molly dalam filem 2014, Chef bersama-sama Jon Favreau, Robert Downey, Jr. dan Sofía Vergara. Beliau juga membintangi filem Lucy, sebuah filem aksi sains fiksyen diarahkan oleh Luc Besson dan ditayangkan pada Julai 25, 2014. Filem ini mengutip $458 juta bertentangan bajet $40 juta.

Pada tahun 2015, Johansson sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Avengers: Age of Ultron. Pada Januari 5, 2015, majalah Variety mengumumkan bahawa Johannson telah ditandatangani untuk melakonkan watak utama filem adaptasi francais Ghost in the Shell. The casting of Johansson for the film was met with immense criticism from fans and critics, calling the choice "whitewashing". A petition was created in the effort to have Johansson removed from the project.

Johansson akan sekali lagi melakonkan watak Black Widow dalam Captain America: Civil War. Filem ini akan ditayangkan pada bulan Mei 2016.

Kehidupan peribadi

Johansson menyambut "kedua-dua" Krismas dan Hanukkah, dan menyifatkan dirinya sebagai Yahudi.

Hubungan

Dari tahun 2001 ke 2002, sewaktu Johansson menghadiri Professional Children's School, beliau mempunyai hubungan dengan Jack Antonoff, yang kemudiannya menjadi pemain gitar band Fun. Beliau mempunyai hubungan dengan Josh Hartnett selama dua tahun sehingga akhir tahun 2006.

Johansson mula berhubungan dengan pelakon Kanada, Ryan Reynolds pada tahun 2007, dan pada bulan Mei 2008 ia telah dilaporkan bahawa mereka telah bertunang. Pada September 27, 2008, pasangan itu berkahwin di Tofino, British Columbia. Mereka membeli rumah berharga $2.8 juta berdekatan Los Angeles. Pada Disember 14, 2010, pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka. Perceraian mereka dimuktamadkan pada Julai 1, 2011.

Susulan perpisahannya dari Reynolds, Johansson berhubungan dengan Sean Penn yang kekal sehingga bulan Jun 2011, selepas itu Johansson mempunyai hubungan dengan eksekutif pengiklanan Nate Naylor. Pasangan itu berpisah pada bulan Oktober 2012.

Pada bulan November 2012, Johansson mula berhubungan dengan orang Perancis, Romain Dauriac, seorang pemilik agensi pengiklanan bebas. Pada bulan September 2013, ia telah diumumkan bahawa Johansson dan Dauriac telah bertunang. Pada tahun 2014, Johansson dan Dauriac mula membahagikan masa mereka di antara tempat tinggal di Bandar Raya New York dan Paris. Wakilnya mengesahkan pada September 4, 2014, bahawa anak perempuan mereka, Rose Dorothy telah dilahirkan pada tarikh tidak dinyatakan. Johansson dan Dauriac berkahwin pada Oktober 1, 2014 di Philipsburg, Montana.

Filemografi

Scarlett Johansson: Kehidupan awal, Kerjaya lakonan, Kehidupan peribadi 
Johansson di San Diego Comic-Con 2013

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 North Laura Nelson
1995 Just Cause Kate Armstrong
1996 If Lucy Fell Emily
Manny & Lo Amanda
1997 Fall Little Girl
Home Alone 3 Molly Pruitt
1998 The Horse Whisperer Grace MacLean
1999 My Brother the Pig Kathy Caldwell
2001 The Man Who Wasn't There Rachael "Birdy" Abundas
Ghost World Rebecca
An American Rhapsody Zsuzsi / Suzanne Sandor (at 15)
2002 Eight Legged Freaks Ashley Parker
2003 Lost in Translation Charlotte Pencalonan Golden Globe
Girl with a Pearl Earring Griet Pencalonan Golden Globe
2004 The Perfect Score Francesca Curtis
A Love Song for Bobby Long Pursy Will Pencalonan Golden Globe
A Good Woman Meg Windermere
The SpongeBob SquarePants Movie Mindy (suara)
In Good Company Alex Foreman
2005 Match Point Nola Rice Pencalonan Golden Globe
The Island Jordan Two Delta / Sarah Jordan
2006 Scoop Sondra Pransky
The Black Dahlia Katherine "Kay" Lake
The Prestige Olivia Wenscombe
2007 The Nanny Diaries Annie Braddock
2008 The Other Boleyn Girl Mary Boleyn
Vicky Cristina Barcelona Cristina
TheSpirit Silken Floss
2009 He's Just Not That Into You Anna Marks
2010 Iron Man 2 Natasha Romanoff / Black Widow
2011 We Bought a Zoo Kelly Foster
2012 The Avengers Natasha Romanoff / Black Widow
Hitchcock Janet Leigh
2013 Don Jon Barbara Sugarman
Her Samantha (suara)
2014 Under the Skin Laura
Chef Molly
Lucy Lucy
Captain America: The Winter Soldier Natasha Romanoff / Black Widow
2015 Avengers: Age of Ultron
2016 Captain America: Civil War
Hail, Caesar! DeAnna Moran
The Jungle Book Kaa (suara)
Sing Ash (suara)
2017 Ghost in the Shell Major Mira Killian / Motoko Kusanagi
Rough Night Jessica "Jess" Thayer
2018 Isle of Dogs Nutmeg (suara)
Avengers: Infinity War Natasha Romanoff / Black Widow
2019 Captain Marvel Babak selepas kredit; kameo
Avengers: Endgame
Marriage Story Nicole
Jojo Rabbit Rosie Betzler
2021 Black Widow Natasha Romanoff / Black Widow Sebagai penerbit eksekutif

Televisyen

Tahun Tajuk Watak Nota
1995 The Client Jenna Halliwell Episod: "Pilot"
2001 Anatomy of a Scene Dirinya sendiri Episod: "Girl with the Pearl Earring"
2004 Entourage Dirinya sendiri Episod: "New York"
2005–08 Robot Chicken Pelbagai suara 6 episod
2006–15 Saturday Night Live Pelbagai watak 6 episod
2014 HitRecord on TV Olivia Episod: "Re: Games"

Pentas

Tahun Tajuk Watak Venue
2010 A View from the Bridge Catherine Cort Theatre
2012 Cat on a Hot Tin Roof Margaret Richard Rodgers Theatre

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Anywhere I Lay My Head
  • Keluar: 16 Mei 2008 (2008-05-16)
  • Label: Atco Records
  • Format: CD, muat turun digital
Live Session (iTunes Exclusive)
  • Keluar: 15 Julai 2008 (2008-07-15)
  • Label: Periwinkle Entertainment, Rhino Entertainment
  • Format: muat turun digital
Break Up bersama Pete Yorn
  • Keluar: 15 September 2009 (2009-09-15)
  • Label: Atco Records, Rhino Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital

Penampilan lagu

Tahun Lagu Album
2009 "Last Goodbye" He's Just Not That Into You: Original Motion Picture Soundtrack
2011 "One Whole Hour" Wretches & Jabberers Soundtrack
2012 "Summertime" (feat. 3D) Days of Grace (Original Motion Picture Soundtrack)
2012 "Before My Time" (feat. J. Ralph & Joshua Bell) Chasing Ice (Original Motion Picture Soundtrack)
2014 "The Moon Song" (feat. Joaquin Phoenix) The Moon Song (Music from and Inspired by the Motion Picture Her)]

Penampilan album lain

Tahun Lagu Artis Album
2006 "Summertime" Pelbagai artis Unexpected Dreams – Songs From the Stars
2010 "Bullet" Steel Train Terrible Thrills Vol. 1
2011 "I'll Be Home for Christmas" (duet) Dean Martin My Kind of Christimas
2012 "Bonnie & Clyde" Lulu Gainsbourg From Gainsbourg to Lulu
2012 "Coteau Guidry" The Lost Bayou Ramblers Mammoth Walt

Rujukan

Bacaan lanjutan

Pautan luar

Tags:

Scarlett Johansson Kehidupan awalScarlett Johansson Kerjaya lakonanScarlett Johansson Kehidupan peribadiScarlett Johansson FilemografiScarlett Johansson DiskografiScarlett Johansson RujukanScarlett Johansson Bacaan lanjutanScarlett Johansson Pautan luarScarlett Johansson

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Solat hajatSubang JayaOman AirMenteri Pelancongan, Seni dan BudayaBendera PalestinFattah Amin0FarajSarawakPutri ArianiBaju MelayuInflasiIsmail Sabri YaakobCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahRukun NegaraFauziah LatiffRoyKedahBendera AustraliaZizan RazakGununganAvatar RokuMenara Berkembar PetronasPerodua MyViPetronasKerajaan TarumanagaraAhmad Zulqarnain OnnAnwar IbrahimPerikatan NasionalQarinSawiShah AlamRusdi RamliMimi ErnidaBajauSherry IbrahimPuteri Sarah LiyanaPuasa (Islam)Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Hanifah Hajar TaibNasi goreng (Nusantara)Takdir Itu Milik AkuSudirman (penyanyi)Tan MalakaChacha MaembongUniversiti Putra MalaysiaKulim (bandar)Nabila RazaliChinaIpohOrang Melayu IndonesiaGenting HighlandsIntegritiJenis darahTuanku Syed Faizuddin Putra JamalullailReriangYusry bin Abdul HalimKhalid Mohamad JiwaMelanauRaja Zarith SofiahTV3AlhamdulillahRuqyahPulau PangkorHospital Sultan Idris Shah SerdangBangiNabila HudaSetem (filem)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaPelesitKelapa sawitAnugerah Juara Lagu ke-38Sekolah Kluster KecemerlanganLabuanPilihan raya umum Indonesia 2024Shakilla KhoririNina JurenHeliza HelmiSemenyih🡆 More