Takwim Gregorius

Takwim Gregorius (bahasa Inggeris: Gregorian calendarcode: en is deprecated ) merupakan takwim yang paling banyak digunakan di hampir seluruh dunia.

Takwim ini diasaskan daripada takwim Julius yang telah mengalami sedikit perolahan. Ia pertama kali diusulkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan dituruti oleh Paus Gregorius XIII pada 24 Februari 1582.

Kalendar ini dicipta kerana takwim Julius dinilai sebagai kurang tepat, sebab permulaan musim bunga (21 Mac) semakin maju sehingga perayaan Easter yang sudah disepakati sejak Konsili Nicea I pada tahun 325 tidak tepat lagi.

Lalu pada tahun 1582, hari Sabtu 4 Oktober diikuti dengan hari Ahad 15 Oktober.

Perbezaan dengan takwim Julius

Sebuah tahun dalam takwim Julius berlangsung selama 365.25 hari. Tetapi kerana putaran bumi mengelilingi matahari hanya berlangsung selama 365.2422 hari, maka setiap satu alaf, takwim Julius akan berlebih 7 - 8 hari. Masalah ini diselesaikan dengan hari-hari lompat yang agak berbeza pada kalendar baru ini. Pada takwim Julius, setiap tahun yang boleh dibahagi dengan 4 merupakan tahun lompat. Tetapi pada kalender baru ini tahun yang boleh dibahagi dengan 100 hanya dianggap sebagai tahun lompat, jika tahun ini juga boleh dibahagi dengan 400. Contohnya tahun 1700, 1800 dan 1900 bukan tahun lompat. Tetapi tahun 1600 dan 2000 merupakan tahun lompat. Dengan ini Kalendar Gregory mempunyai 365.2425 hari setahun.

Masalah Baru

Setelah Kalendar Gregory dicanangkan, tidak semua negara mahu memakainya. Baru beberapa abad setelah ini, hampir semua negara barat mahu memakainya. Russia misalkan baru memakai pada tahun 1918. Sehingga Revolusi Komunis Russia yang sekarang diperingati setiap tanggal 7 November, disebut sebagai Revolusi Oktober.

Gereja Ortodoks sehingga sekarang masih memakai takwim Julius.

Permulaan Tahun

Pada tanggal 1 Januari 1622, 1 Januari ditetapkan sebagai permulaan tahun. Sebelumnya hal ini setiap negara Eropah berbeza-beza.

Bulan-Bulan Tahun

Setiap tahun dibahagi menjadi 12 bulan
No. Nama Jumlah Hari
1 Januari 31
2 Februari 28 (29 pada tahun lompat)
3 Mac 31
4 April 30
5 Mei 31
6 Jun 30
7 Julai 31
8 Ogos 31
9 September 30
10 Oktober 31
11 November 30
12 Disember 31

Pautan Luar


Januari | Februari | Mac | April | Mei | Jun | Julai | Ogos | September | Oktober | November | Disember

Tags:

Takwim Gregorius Perbezaan dengan takwim JuliusTakwim Gregorius Permulaan TahunTakwim Gregorius Bulan-Bulan TahunTakwim Gregorius Pautan LuarTakwim GregoriusBahasa bahasa InggerisItaliNapoliPaus Gregorius XIIITakwim Julius

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Slot AkasiaNa’im BrundageSijil Tinggi Agama MalaysiaCiri-ciri orang munafikIstinjakRangka manusiaUniversiti Teknologi MARABahasa ArabBabiHarimauPrivate BodyguardHari Raya AidilfitriAmerika SyarikatDollaKetumFrekuensi radio di JohorZainol MacWilsonSenarai pelakon lelaki MalaysiaUjian dadahIbanJohor Darul Ta'zim F.C.Kugiran MasdoPosisi seksualCinta Buat DaraAiman Hakim RidzaFrekuensi radio di PerakSepahtu Reunion Al-RayaBeto KusyairySenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukPuteri KhareezaPulau RedangAngkatan Tentera MalaysiaPerjanjian PangkorAb Rauf YusohPontianak Harum Sundal MalamFrekuensi radio di MelakaSabronzoKementerian Pendidikan MalaysiaYasmin AhmadAbang Long Fadil 3AllahMasam-Masam ManisPertubuhan Keselamatan SosialInfrastrukturKitab suci IslamBaby ShimaSepahtu Reunion LiveKelapa sawitOrang India MalaysiaTentera Darat MalaysiaSenarai saluran Astro NJOIJangan Menangis Cinta (drama)Piagam MadinahNepenthesMira FilzahJamrahDe FamAbang Long FadilSekolah Kluster KecemerlanganIntan NajuwaShah RezzaRasuahJambatan Pulau PinangSemenanjung MalaysiaCarles PuigdemontSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaAbu Bakar BasyirSeri KembanganProton Holdings BerhadPerceraian dalam IslamHuruf syamsiah dan qamariahNajis dalam IslamSyed Mokhtar Al-BukharyA. Rahman HassanSkop ProductionsAbdul Rahman HashimElla (penyanyi)🡆 More