Petroleum

Petroleum (secara harfiah minyak batu, daripada bahasa inggeris petroleum, gabungan perkataan bahasa Yunani πέτρα petra – batu dan ἔλαιον elaion – minyak) merupakan sejenis cecair gelap dan pekat yang juga dipanggil emas hitam.

Istilah "petroleum" pertama kali digunakan dalam karya bertajuk De Natura Fossilium, diterbitkan pada tahun 1546 oleh seorang pakar mineralogi berbangsa Jerman bernama Georg Bauer, juga dikenali sebagai Georgius Agricola.

Petroleum
Perbezaan eksport import minyak
Petroleum
Bicu pengepam satu telaga minyak berdekatan dengan Lubbock, Texas
Petroleum
Sebuah pelantar minyak di perairan Scotland

Petroleum biasanya merupakan sebatian pelbagai hidrokarbon, terutamanya siri alkana, dan biasanya didapati di bahagian atas kerak bumi. Kegunaan utama petroleum ialah sebagai sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan. Selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik, bahan letupan dan lain-lain.

Komposisi

Apabila diimbas dengan makna yang sempit, petroleum hanya mengandungi minyak mentah. Akan tetapi dalam keadaan penggunaan yang biasa, ia termasuklah minyak mentah dan gas asli. Kedua-dua minyak mentah dan gas asli ialah campuran komponen-komponen hidrokarbon yang lebih banyak. Di bawah keadaan-keadaan tekanan dan suhu permukaan, hidrokarbon-hidrokarbon yang lebih ringan seperti metana, etana, propana dan butana wujud sebagai gas, manakala yang lebih berat seperti pentana dan ke atas wujud sebagai cecair ataupun pepejal. Walau bagaimanapun, di dalam takungan minyak bawah tanah, nisbah mereka sama ada ia merupakan gas atau cecair berlain-lainan bergantung kepada keadaan pada bawah permukaan, dan juga bergantung kepada rajah fasa bagi campuran petroleum berkenaan.

Kimia

Komponen kimia minyak bumi dipisahkan oleh proses penyulingan, yang kemudian, setelah diolah lagi, menjadi minyak tanah, benzena, lilin, aspal, dll.

Minyak bumi terdiri daripada hidrokarbon, paduan hidrogen dan karbon.

Empat alkana teringan— CH4 (metana), C2H6 (etana), C3H8 (propana), dan C4H10 (butana) — semuanya ialah gas yang mendidih pada -161.6 °C, -88.6 °C, -42 °C, dan -0.5 °C, berturut-turut (-258.9°, -127.5°, -43.6°, dan +31.1° F).

Rantaian dalam wilayah C5-7 semuanya ringan, dan mudah mengewap, nafta jernih. Senyawaan tersebut digunakan sebagai pelarut, cairan pencuci kering (dry clean), dan produk cepat kering lainnya. Rantaian daripada C6H14 sampai C12H26 dicampur bersama dan digunakan untuk bensin. Minyak tanah terbuat daripada rantaian di wilayah C10 sampai C15, diikuti oleh minyak diesel (C10 hingga C20) dan bahan bakar minyak yang digunakan dalam mesin kapal. Senyawaan daripada minyak bumi ini semuanya dalam bentuk cair dalam suhu ruangan.

Minyak pelincir dan gemuk setengah padat (termasuk Vaseline®) berada antara C16 sampai ke C20.

Rantaian di atas C20 berwujud padat, dimulai daripada "lilin, kemudian tar, dan bitumen aspal.

Titik pendidihan dalam tekanan atmosfera penyulingan pecahan dalam suhu dalam darjah Celcius:

  • minyak eter: 40 - 70 °C (digunakan sebagai pelarut)
  • minyak ringan: 60 - 100 °C (bahan bakar kenderaan)
  • minyak berat: 100 - 150 °C (bahan bakar kenderaan)
  • minyak tanah ringan: 120 - 150 °C (pelarut dan bahan bakar untuk rumah tangga)
  • kerosena: 150 - 300 °C (bahan bakar enjin jet)
  • minyak gas: 250 - 350 °C (minyak diesel/pemanas)
  • minyak pelincir: > 300 °C (minyak mesin)
  • sisanya: tar, aspal, bahan bakar residu

Beberapa saintis menyatakan bahawa minyak ialah zat abiotik, yang bermaksud zat ini tidak berasal daripada fosil tetapi berasal daripada zat anorganik yang dihasilkan secara semula jadi dalam perut bumi. Namun, pandangan ini diragukan dalam lingkungan ilmiah.

Pembentukan

Pandangan ahli geologi terhadap minyak mentah dan gas asli sebagai satu keluaran pemampatan dan pemanasan suatu bahan organik (contohnya kerogen) terhadap masa geologi. Pembentukan petroleum terjadi daripada pirolisis hidrokarbon, dalam satu kepelbagaian yang kebanyakan tindak balas endotermik pada suhu dan/atau tekanan tinggi. Minyak yang digunakan sekarang terbentuk daripada baki zooplankton dan alga prasejarah, yang tenggelam di dasar laut atau tasik dalam kuantiti banyak di bawah keadaan anoksik (tinggalan prasejarah tumbuhan daratan, dalam sebaliknya, cenderung untuk membentuk arang batu). Setelah waktu geologi bahan organik telah bercampur dengan lumpur, dan telah terbenam di bawah lapisan-lapisan mendapan yang terhasil dalam aras haba dan tekanan yang tinggi (dikenali sebagai diagenesis). Hal ini menyebabkan bahan organik berubah secara kimia, pada mulanya menjadi bahan melekit dipanggil kerogen yang boleh didapati dalam pelbagai syel minyak di sekeliling dunia, dan kemudian dengan lebih haba menjadi hidrokarbon cecair dan gas dalam satu proses dikenali sebagai katagenesis.

Negara pengeluar petroleum terbesar

(Disusun berdasar jumlah penghasilan tahun 2003)

(Disusun berdasar jumlah yang dieksport di 2003):

  • Arab Saudi (OPEC)
  • Rusia
  • Norway
  • Iran (OPEC)
  • Emiriah Arab Bersatu (OPEC)
  • Venezuela (OPEC)
  • Kuwait (OPEC)
  • Nigeria (OPEC)
  • Mexico
  • Algeria (OPEC)
  • Libya (OPEC)

Catatan: Amerika Syarikat menggunakan seluruh minyak yang dihasilkannya.

Sumber: Statistik Tenaga daripada kerajaan AS

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Buku tentang industri petroleum

  • The Coming Oil Crisis (2004)
  • Out of Gas: The End of the Age of Oil (2004)
  • Hubbert's Peak : The Impending World Oil Shortage (2003)
  • Energy at the Crossroads : Global Perspectives and Uncertainties (2003)
  • The Prize: The Epic Quest for Oil, Money, and Power (Daniel Yergin, 1991, ISBN 0-671-50248-4)

Penulis yang membahas industri petroleum

  • C.J Campbell
  • Kenneth S. Deffeyes
  • David Goodstein
  • Daniel Yergin

Tags:

Petroleum KomposisiPetroleum KimiaPetroleum PembentukanPetroleum Negara pengeluar petroleum terbesarPetroleum Lihat jugaPetroleum RujukanPetroleum Pautan luarPetroleum Buku tentang industri petroleumPetroleum Penulis yang membahas industri petroleumPetroleumBahasa InggerisBahasa YunaniCecairJerman

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nike ArdillaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaLatKerajaan Bani AbbasiyahMedia sosialPuteri BalqisSijil Tinggi Agama MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqCaturPuchong, SelangorPerempuan Itu (drama)Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKMNadia BrianKomunikasiFil MarsyalSharifah HusnaJenis air untuk bersuci dalam IslamGerakan Aceh MerdekaMohamad bin HasanNa’im BrundageKamal Affandi HashimKecerdasan buatanBaby ShimaIsmail Mohamed SaidAzizulhasni AwangProses pilihan raya di MalaysiaMusa HassanOrang Asli di MalaysiaKesan perubahan iklimAsertifKerana Dia SukaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaPembentukan MalaysiaJam 24 jamSabahAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaDewan Negeri SelangorPontianak Harum Sundal Malam IISherry AlhadadHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Raja berperlembagaanMasya-AllahRindu Kasih 2Cristiano RonaldoUniversiti MalayaSerembanFrekuensi radio di MelakaDewan Undangan Negeri di MalaysiaPenebangan hutanNina JurenSheriffPrabowo SubiantoHarimau MudaPenunggang AgamaAkta Dadah Berbahaya 1952DollaMia Sara ShaukiPosisi seksualGayatri Su-Lin PillaiFrekuensi radio di JohorUndang-undang MalaysiaSultan Mizan Zainal AbidinKamilia AfiqahSepahtu Reunion Al-RayaIntegritiJepunAiman Hakim RidzaBiokepelbagaianEmma MaembongKata hubung (bahasa Melayu)Perikatan NasionalMaktab Rendah Sains MARA ArauZakar manusiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaProton Saga (generasi kedua)Nafiez ZaidiManchester United F.C.KelurAedy Ashraf🡆 More