Matlamat Wikipedia ialah mencipta sumber maklumat dalam bentuk ensiklopedia secara percuma.
Laman ini mendokumenkan dasar atau polisi Wikipedia Bahasa Melayu, piawai yang telah dipersetujui ramai dan hendaklah diikuti oleh semua pengguna. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan. |
Lesen yang kami guna memberikan capaian percuma kepada kandungan kami sama seperti perisian bebas dilesenkan. Oleh itu kandungan Wikipedia boleh disalin, disunting dan disebarkan selagi versi baru memberikan kebebasan yang sama kepada orang lain dan mengakui Wikipedia sebagai sumber. Oleh itu, rencana Wikipedia kekal percuma selamanya dan boleh digunakan oleh sesiapa pun tertakluk kepada beberapa syarat, yang bertujuan mengekalkan kebebasan tersebut.
Untuk memenuhi matlamat tersebut, teks terkandung dalam Wikipedia dilesenkan kepada umum di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL). Teks penuh lesen ini terdapat di Wiki: Teks Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
Teks bahasa Inggeris GFDL merupakan satu-satunya dokumen sah (legally binding document); kandungan yang berikut merupakan pemahaman kami tentang GFDL: hak dan tanggungjawab pengguna dan penyumbang.
PENTING: Jika anda ingin menggunakan kandungan Wikipedia, baca terlebih dahulu seksyen "hak dan tanggungjawab pengguna". Anda kemudian perlu membaca "Lesen Dokumentasi Bebas GNU".
Jika anda ingin menggunakan bahan Wikipedia dalam buku/rencana/laman web atau sebarang penerbitan, anda boleh melakukannya, tetapi anda perlu mematuhi GFDL, seperti berikut:
Anda boleh memenuhi sebahagian syarat kedua dan ketiga dengan menyediakan pautan terus ke rencana Wikipedia berkenaan di sini. Anda juga perlu menyediakan salinan jelas teks baru. Anda digalakkan memberikan maklumat penulis rencana itu sendiri.
Di bawah ialah satu contoh pemberitahuan untuk sebuah rencana yang menggunakan rencana Wikipedia Cahaya:
("Cahaya" dan URL Wikipedia haruslah digantikan dengan yang sepatutnya.)
Sebagai pilihan, anda boleh menyebarkan salinan rencana Cahaya anda beserta salinan GFDL (seperti dijelaskan dalam teks) dan menyenaraikan sekurang-kurangnya lima (atau semua jika kurang daripada lima) penulis utama pada laman depan dokumen tersebut (atau di atas rencana).
Semua teks asli Wikipedia dilesenkan di bawah GFDL. Kadangkala, rencana Wikipedia mungkin memasukkan gambar, bunyi atau petikan teks di bawah kegunaan adil (fair use) undang-undang hak cipta AS. Perbuatan ini diterima jika tiada gambar/bunyi berlesan bebas dapat dijumpai (sehinggalah ia dijumpai).
Di Wikipedia, penggunaan bahan "kegunaan adil" harus dikenal pasti sebagai berpunca daripada tempat lain (di laman penerangan imej atau laman sejarah). Hal ini boleh menghadkan penggunaan bahan-bahan tersebut di luar Wiki Bahasa Melayu. Kandungan "kegunaan adil" ini tidak termasuk dalam lesen GFDL, tetapi bergantung kepada undang-undang di mana media tersebut diminta (digunakan).
Wiki menggunakan sesetengah teks di bawah lesen yang sesuai dengan GFDL tetapi mungkin memerlukan syarat tambahan yang tidak diperlukan untuk teks asli Wikipedia (seperti Bahagian Tak Berubah (Invariant Sections), tanpa Teks Halaman Hadapan (Front-Cover Texts), dan tanpa Teks Halaman Belakang (Back-Cover Texts)). Apabila bahan ini digunakan, anda harus memasukkan seksyen tak berubah tersebut kata demi kata (verbatim).
Imej dan gambar foto, seperti karya bertulis, tertakluk kepada hak cipta. Ia dimiliki seseorang melainkan ia diletakkan dengan jelas dalam domain awam. Imej yang digunakan di internet perlu dilesenkan daripada pemilik hak cipta ataupun wakilnya. Dalam sesetengah kes, panduan kegunaan adil boleh digunakan untuk membolehkan sesuatu gambar digunakan.
Laman penerangan imej boleh diberikan teg untuk menunjukkan status imej tersebut dari segi undang-undang, seperti di Wikipedia:Teg hak cipta imej.
Baguslah, anda hebat.
Karya oleh pekerja awam atau tentera kerajaan persekutuan AS dalam tugas mereka adalah dalam domain awam. Walau bagaimanapun, karya ini tidak termasuk karya oleh kontraktor yang dilesenkan oleh kerajaan AS. Begitu juga dengan karya kerajaan negeri AS.
Karya kerajaan UK mempunyai hak cipta selama 50 tahun dari tarikh ia diterbitkan/dihasilkan. Selepas itu, ia termasuk dalam domain awam.
Karya-karya yang dihasilkan di Malaysia terlindung di bawah Akta Hakcipta 1987 selama 50 tahun sebelum memasuki domain umum.
Hal ini berdasarkan panduan imej di IMDB, jadi ia amat berkaitan dengan gambar orang terkenal, tetapi boleh juga digunakan untuk gambar lain. Gambar foto sah biasanya datang daripada tiga sumber dan boleh digunakan dengan kebenaran:
Jika anda menyumbang bahan kepada Wikipedia, anda dianggap melesenkannya kepada awam di bawah lesen GFDL (tanpa bahagian tak Berubah, teks halaman hadapan atau halaman belakang). Untuk menyumbang, anda mestilah mempunyai kuasa menggunakan lesen ini, yang beerti sama ada anda:
Dalam kes pertama, hak cipta bahan tersebut masih milik anda. Anda boleh menerbitkannya semula dengan apa lesen atau bentuk yang anda inginkan. Namun, anda tidak boleh mengambil balik versi GFDL yang anda letakkan di sini, ia kekal di bawah GFDL selama-lamanya. Dalam kes kedua, jika anda menggunakan bahan GFDL, sebagai memenuhi tuntutan GFDL, anda harus mengakui penciptanya dan memberikan pautan kembali kepada lokasi rangkaian salinan asal.
Jika anda menggunakan sebahagian karya orang lain atas sebab "kegunaan adil", atau anda mendapat izin untuk menggunakannya daripada pemilik hak cipta, anda harus menyatakan sedemikian (bersama nama dan tarikh). Tujuan kami adalah untuk menyebarkan sebanyak mungkin kandungan Wikipedia, jadi gambar dan fail bunyi asal yang dilesenkan di bawah GFDL atau dalam domain awam sentiasa lebih disukai berbanding fail media berhak cipta yang berstatus kegunaan adil.
Jangan gunakan bahan yang melanggar hak cipta orang lain. Perbuatan ini boleh menghasilkan liabiliti undang-undang dan menjejaskan projek ini. Jika tidak pasti, karang sendiri.
Sila perhatikan bahawa undang-undang hak cipta mengawal penyataan kreatif idea, bukan idea atau maklumat itu sendiri. Jadi adalah sah untuk anda membaca rencana ensiklopedia atau karya lain, menulis kembali dengan cara anda dan menghantarnya kepada Wiki Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, anda digalakkan menyatakan sumber anda supaya lebih beretika. Lihat penciplakan dan kegunaan adil untuk perbincangan sejauh anda karya tersebut harus ditulis semula secara am.
Memaut kepada karya berhak cipta biasanya tiada masalah, asalkan anda telah mencuba memastikan bahawa laman tersebut tidak mencabuli hak cipta orang lain. Jika ya, harap jangan pautkannya. Sama ada pautan tersebut akan turut dikira melanggar hak cipta boleh diperbahaskan di mahkamah, tetapi memaut kepada tapak yang sengaja melanggar hak cipta akan memberikan tanggapan buruk kepada kita. Jika tapak tersebut menggunakan konsep kegunaan adil, pautan dibolehkan.
Ia bukanlah tugas setiap ahli Wikipedia untuk memantau setiap rencana bagi memastikannya tidak melanggar hak cipta, tetapi jika anda terjumpa atau merasakan ada pelanggaran, silalah sekurang-kurangnya nyatakan rasa syak anda di laman perbualan rencana terbabit. Orang lain akan memeriksa keadaan tersebut dan mengambil tindakan jika perlu. Maklumat terbaik yang anda boleh berikan ialah URL atau sumber lain yang anda percaya merupakan sumber asal. Sekadar mengatakan sesuatu perkara melanggar hak cipta tidak membantu.
Sesetengah kes akan didapati palsu. Contohnya jika penyumbang tersebut merupakan pemilik suatu karya berhak cipta yang diterbitkan di tempat lain, dia masih boleh meletakkannya di sini sebagai GFDL jika dia mahu. Malah kadang-kadang juga kes sebaliknya berlaku, iaitu laman web lain yang meniru Wiki Bahasa Melayu. Dalam kedua-dua kes, dinasihatkan untuk dinyatakan sedemikian untuk mengelakkan amaran palsu lagi di masa hadapan.
Jika sebahagian kandungan laman memang melanggar hak cipta, ia patut dikeluarkan dan dinyatakan di laman perbualan bersama dengan sumber asal. Jika izin dapat diperolehi kemudian, teks tersebut boleh dikembalikan kepada rencana.
Jika semua kandungan laman tersebut disyaki melanggar hak cipta. Sila berikan sumber asal dan beritahu mana-mana penyelia. Jika anda benar dan tiada usaha untuk menulis kembali teks tersebut, ia akan dihapuskan. Dalam kes melampau seseorang penyumbang masih meletakkan bahan berhak cipta walaupun diberikan amaran, dia boleh disekat daripada menyunting untuk melindungi projek ini.
Perbincangan lanjut...
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wiki:Hak cipta, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.