Gunung

Gunung (Jawi: ‏ݢونوڠ‎code: ms is deprecated ‎ ; kata ganda: gunung-ganang ݢونوڠ-ݢانڠ‎code: ms is deprecated ) merupakan bentuk muka bumi yang menonjol daripada rupa kawasan di sekitarnya mendedahkan batuan dasar; sebuah gunung biasanya lebih tinggi dan curam berbanding bukit antara 300–600 meter dari aras laut.

Gunung
Gunung Everest, gunung tertinggi di Bumi.
Gunung
Gunung Kinabalu dilihat dari Kundasang, Sabah.

Gunung dibentuk melalui kuasa tektonik, penghakisan atau letusan magma yang berlaku selama puluh jutaan tahun. Gunung banyak ditemukan berderet dalam satu banjaran; banjaran-banjaran ini terbentuk disebabkan pergerakan kerak bumi yang bertembung. Sekiranya kedua-dua kerak bumi menjulang naik, banjaran gunung terhasil, sebaliknya sekiranya salah satu kerak bumi terlipat bawah kerak yang lain, gunung berapi terhasil.

Banjaran gunung boleh memberi kesan kepada cuaca kerana menghalang pergerakan awan. Banjaran gunung Alp yang merupakan banjaran gunung yang terbesar di Eropah dianggap masih muda. Kemudaannya dibuktikan oleh puncak dan rabung gunung yang tajam dan masih belum terhakis menjadi tumpul oleh tindakan cuaca, air, dan angin.

Gunung meliputi 54% kawasan Asia, 36% Amerika utara, 25% Eropah, 22% Amerika Selatan, 17% Australia dan 3% Afrika. Secara keseluruhan, 24% daripada daratan di Bumi terdiri daripada banjaran gunung. Selain itu, 1 dalam 10 orang tinggal di kawasan pergunungan. Semua sungai utama di dunia bermula dari gunung dan lebih separuh manusia bergantung kepada gunung untuk air.. Gunung yang diiktiraf sebagai gunung tertinggi di dunia ialah Gunung Everest.

Tinggi gunung pada umumnya diukur dari aras laut, lantas menjadikan gunung Everest yang tingginya 8,848 meter (29,028 kaki) gunung tertinggi di dunia. Sekiranya ukuran ketinggian gunung diambil dari kaki gunung hingga ke puncak, Gunung Berapi Mauna Kea di Hawaii yang berdiri 10,203 meter (33,476 kaki) dari dasar lautan Pasifik adalah tertinggi di dunia. Cara mengukur ketiga adalah dari pusat bumi hingga ke puncak, menjadikan gunung Chimborazo di banjaran Andes sebagai tertinggi.

Galeri

Senarai gunung

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Gunung GaleriGunung Senarai gunungGunung Lihat jugaGunung RujukanGunung Pautan luarGunungAras lautBatuan dasarBentuk muka bumiBukitBumiRupa bumiTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perubahan iklimIbnu KhaldunHarissa AdlynnSenarai peribahasa (A–M)Daerah LangkawiKerajaan SalakanagaraSifat-sifat AllahMinyak sapiSusunan Keutamaan Persekutuan MalaysiaSenarai syarikat MalaysiaSejarah MelakaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraTV OkeyInflasiRosyam NorSalomaAdi PutraProton SagaSepahtu Reunion LiveIntegritiFrekuensi radio di PerakSultan KedahBendera PalestinKhir RahmanJanna NickNabi Musa a.s.BruneiIpohJabatan Kastam Diraja MalaysiaZakar manusiaFattah AminSepahtu Reunion Al-PuasaKata pinjamanSultanah Nur Diana Petra AbdullahUniversiti MalayaOrang Banjar17 RamadanBaju MelayuNadhir NasarMerdeka 118Shahril Sufian HamdanPerluasan Persatuan Negara-negara Asia TenggaraPasukan bola sepak kebangsaan bawah-20 Taipei CinaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahShuib SepahtuPermainan videoBahasa Melayu MalaysiaSenarai Saintis IslamKhulafa al-RasyidinYang Bakal Mati Ramadan IniKuala Kubu Bharu2022SingapuraDoa IftitahFarajAgama BuddhaBella DallyBumiputeraKontroversi stoking kalimah Allah 2024Kerajaan Bani UmaiyahSenarai peribahasa (N–Z)Malang Si PuteriRukun NegaraDeria bauMenara Berkembar PetronasAbdul Hadi AwangAssalamualaikumKata sendi (bahasa Melayu)Senarai kaum di MalaysiaSumber primerAntun kanak-kanakMimi LanaHun HaqeemSijil Tinggi Agama MalaysiaOlahragaAzhar SulaimanPrabowo Subianto🡆 More