G: Huruf ketujuh abjad Rumi

G ialah huruf Rumi yang ke-7.

Namanya ialah gee (IPA: [dʒiː]). Dalam bahasa Melayu, huruf G mewakili konsonan letupan velar bersuara /ɡ/ sepadan huruf Jawi ݢ‎; huruf G juga digunakan dalam dwilambang "ng" untuk sengauan velar sepadan huruf Jawi ڠ‎. Dalam bahasa Inggeris pula, huruf G digunakan untuk konsonan plosif velum bersuara dan juga afrikat postalveolar bersuara /dʒ/ sebelum sesetengah bunyi vokal hadapan.

G
G
Abjad Rumi dasar
  Aa Bb Cc Dd  
Ee Ff Gg Hh Ii Jj
Kk Ll Mm Nn Oo Pp
Qq Rr Ss Tt Uu Vv
  Ww Xx Yy Zz  

Sejarah

Huruf G diperkenalkan pada zaman Latin lama sebagai satu bentuk kelainan bagi huruf C untuk membezakan konsonan velum bersuara /ɡ/ daripada yang tidak bersuara /k/.

Orang pertama yang diketahui menulis huruf G ialah Spurius Carvilius Ruga, orang Rom pertama yang membuka sekolah beryuran, dan mengajar sekitar 230 SM. Ketika itu, huruf K makin kurang dipakai, manakala huruf C yang mula-mulanya mewakili kedua-dua bunyi /ɡ/ dan /k/ sebelum bunyi vokal terbuka, kemudian hanya mewakili bunyi /k/ dalam apa-apa kedudukan.

Penempatan G oleh Ruga menunjukkan bahawa susunan abjad yang berkaitan dengan nilai-nilai huruf sebagai angka Greek, pun dijadikan isu pada abad ke-3 SM. Sampson (1985) berpendapat bahawa: "Nyata sekali susunan abjad dirasakan sebagai perihal yang begitu konkrit sehingga sesuatu huruf baru bolehditambah di tengah hanya jika terdapat ‘ruangan’ kesan pengguguran huruf lama." Menurut sesetengah catatan, huruf ketujuh yang asal, Z, digugurkan daripada huruf Latin pada awal abad ke-3 SM oleh penapis Rom Appius Claudiusyang mendapati huruf itu asing dan dibenci sekali.

Tidak lama kemudian, kedua-dua konsonan velum /k/ dan /ɡ/ mengalami prosesplatalisasi dan alofon sebelum vokal hadapan; oleh itu, huruf C dan G mempunyai nilai bunyi berbeza dalam pelbagai bahasa Romance, serta juga bahasa Inggeris (akibat pengaruh bahasa Perancis).

Huruf g kecil mempunyai dua bentuk asas yang berlainan: "g berekor terbuka" G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan  dan "g berekor gelung" G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan .

Kod-kod pengkomputeran

Perwakilan alternatif G
fonetik NATO Kod Morse
Golf ––·
G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan  G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan  G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan  G: Sejarah, Kod-kod pengkomputeran, Rujukan 
Bendera isyarat Semafora Panduan ASL Braille
Titik kod Huruf besar
G
Huruf kecil
g
Unikod U+0047 U+0067
ASCII Perpuluhan 71 103
Perduaan 01000111 01100111
EBCDIC 199 135

Rujukan

Pautan luar

Lihat juga

Abjad Rumi/Latin
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz

Tags:

G SejarahG Kod-kod pengkomputeranG RujukanG Pautan luarG Lihat jugaGBahasa InggerisHuruf RumiIPALetupan velar bersuaraSengauan velarTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rukun NegaraKonsonanIslamofobiaKuantanIsmail Sabri YaakobTunku Abdul JalilIntan LadyanaAaron LennonNiezam ZaidiZul YahyaHukum madTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahSekolah Menengah Kebangsaan Alor AkarIstighfarParti Bumiputera Perkasa MalaysiaMohd Sany HamzanNur Amira SyahiraAnugerah Drama Sangat 2023Terbaik dari LangitRemy IshakParti Keadilan RakyatAn-Nuayman bin AmrAida ArisBangladeshSekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, PahangAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Nadhir NasarSaadiahFaizal HusseinKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSistem SuriaSiti NurhalizaElly MazleinLabuanSiti Rosmizah SemailMazlan IdrisUlul AzmiTunku Aminah Maimunah IskandariahKamal AdliSyed Mokhtar Al-BukharyM4M4Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahIpohSlamDaim ZainuddinEira SyaziraAbdul Razak Mohd YusoffSophia AlbarakbahPenggunaNarsisismeRukun IslamKementerian Pendidikan MalaysiaYusry bin Abdul HalimSaddam HusseinKuchingNoorizan Mohd. NoorRakaatSearch (kumpulan muzik)Rosyam NorYa’juj dan Ma’jujAzazilNombor genap dan ganjilAbdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn KhaldunTempoh haram puasaHukum Kanun MelakaNur Qistina RaisahTasha ShillaSyasyaMahkamah MalaysiaPenjara di MalaysiaSenarai raja-raja MelayuSenarai stesen televisyen di MalaysiaWayang KulitMandi wajibRuminah SidekDewan Undangan Negeri KedahNabi Yusuf a.s.Syafiq Kyle🡆 More