Bandar Raya New York

Bandar Raya New York (bahasa Inggeris: New York Citycode: en is deprecated , NYC) merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia.

Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga menjadi pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandaraya ini dipanggil Bandar Raya New York atau Kota New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandar raya ini.

Bandaraya New York
بندر راي نيو يورك
City of New York
Dari kiri atas: Midtown Manhattan, Ibu Pejabat PBB, Patung Liberty, Times Square, Unisphere di Queens, Jambatan Brooklyn, dan Lower Manhattan dengan Staten Island Ferry
Dari kiri atas: Midtown Manhattan, Ibu Pejabat PBB, Patung Liberty, Times Square, Unisphere di Queens, Jambatan Brooklyn, dan Lower Manhattan dengan Staten Island Ferry
Bendera Bandaraya New York بندر راي نيو يورك
Mohor rasmi Bandaraya New York بندر راي نيو يورك
Nama panggilan: NYC, "Big Apple"
Lokasi di negeri New York
Lokasi di negeri New York
NegaraAmerika Syarikat
NegeriNew York
KauntiBronx
Kings
New York
Queens
Richmond
Diduduki1624
Kerajaan
 • JenisDatuk Bandar-Majlis
 • Datuk BandarayaBill de Blasio
Keluasan
 • Bandar raya468.9 batu persegi (1,214.4 km2)
 • Tanah304.8 batu persegi (789.4 km2)
 • Air165.6 batu persegi (428.8 km2)
 • Urban
3,352.6 batu persegi (8,683.2 km2)
 • Metro
6,720 batu persegi (17,405 km2)
Aras
33 ft (10 m)
Penduduk
 (2012)
 • Bandar raya8,336,697
 • Kepadatan27,532/batu persegi (10,630/km2)
 • Urban
18,223,567
 • Urban density5,400/batu persegi (2,100/km2)
 • Metro
19,006,798
 • Metro density2,800/batu persegi (1,100/km2)
Zon waktuUTC-5 (EST)
 • Musim panas (DST)UTC-4 (EDT)
kod ZIP
100xx-104xx, 11004-05, 111xx-114xx, 116xx
Kod kawasan212, 718, 917, 347, 646
Laman sesawangwww.nyc.gov

Bandar raya ini terletak di sebuah pelabuhan semula jadi yang besar di pantai Atlantik Amerika Syarikat Timur Laut di mana ia terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough), iaitu The Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island. Pada tahun 2009, dianggarkan bahawa jumlah penduduknya menghampiri 8.4 juta, di atas tanah berjumlah keluasan 305 batu persegi (790 km2), Bandar raya ini ialah bandar raya utama yang paling padat dengan penduduk di AS. Jumlah penduduk di seluruh kawasan metropolitan New York juga yang terbesar di negara itu ialah kira-kira 19.1 juta orang yang menduduki tanah seluas 6,720 batu persegi (17,400 km2).

New York didirikan sebagai pusat perdagangan komersil oleh pendatang Belanda pada tahun 1624. Petempatan ini dinamai New Amsterdam sehingga tahun 1664 apabila jajahan ini dikuasai oleh penduduk Inggeris. New York menjadi ibu negara Amerika Syarikat mulai tahun 1785 hingga 1790, tetapi kekal sebagai bandaraya terbesar di negara ini sejak tahun 1790. Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di Bandaraya New York, menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.

Banyak daerah dan mercu tanda di bandar raya ini sudah tidak asing lagi kepada orang luar. Patung Liberty menyambut kedatangan jutaan penghijrah yang tiba di Amerika pada abad ke-19 dan ke-20. Times Square yang dianggap sebagai lambang kepada "Persimpangan Dunia", merupakan pusat daerah teater Broadway yang berwarna-warni, salah sebuah persimpangan jalan yang tersibuk di dunia serta sebuah pusat industri hiburan yang terulung di dunia. New York bersaing dengan London sebagai pusat kewangan dunia dengan adanya Wall Street di Lower Manhattan, tempat terletaknya Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran syarikat tersenarainya.

Sejarah

Rantau ini diduduki oleh kaum peribumi Indian Lenape ketika waktu penemuan orang Eropah oleh seorang berbangsa Itali, Giovanni da Verrazzano. Pendudukan orang Eropah bermula dengan penubuhan penempatan perdagangan kulit haiwan oleh orang Belanda yang digelar "New Amsterdam", di hulu selatan Manhattan pada tahun 1614. Ketua pengarah koloni Belanda Peter Minuit membeli pulau Manhattan dari kaum pribumi Canarsie pada tahun 1626 (menurut legenda yang sekarang disahkan sebagai tidak sahih, Manhattan dibeli untuk manik kaca bernilai $24). Pada tahun 1664, orang British menawan kota tersebut lalu menamakannya "New York" sempena Duke York dan Albany, seorang pembesar dan bakal raja England ketika itu.

Bandar Raya New York 
Lower Manhattan pada tahun 1660, sebagai sebahagian New Amsterdam.

Di bawah pemerintahan British, New York berkembang sebagai pelabuhan perdagangan. Kota ini menjelma sebagai medan bagi sebilangan pertempuran besar seperti Kempen New York ketika Perang Revolusi Amerika. Kongres Benua bersidang di Bandaraya New York dan pada tahun 1789, Presiden Amerika Syarikat yang pertama, George Washington dilantik di Dewan Persekutuan yang terletak di Wall Street. Bandaraya New York dijadikan ibu negara Amerika Syarikat sehingga 1790.

Pada abad ke-19, bandar raya ini dibentuk oleh pengaruh pendatang asing, cadangan pembangunan berwawasan bergelar Rancangan Pesuruhjaya 1811 yang mengembangkan grid jalan-jalan di kota melalui seluruh Manhattan dan pembukaan Terusan Erie pada tahun 1819 yang menghubungkan kota pelabuhan Atlantik ini kepada banyak pasaran pertanian di pedalaman Amerika Utara. Menjelang tahun 1835, Bandar raya New York mengatasi Philadelphia sebagai bandaraya terbesar di AS. Politik tempatan jatuh di bawah tangan dominasi Tammany Hall, satu jentera politik yang didukung oleh pendatang Ireland. Ahli-ahli golongan saudagar berkelas atasan yang berpemikiran awam mendesak untuk pendirian Central Park, taman yang menjadi taman berlanskap pertama dalam sesebuah bandaraya Amerika pada tahun 1857.

Bandar Raya New York 
Pembinaan Empire State Building, 1930.

Rasa marah terhadap penguatkuasaan kerahan tenaga rakyat ketenteraan ketika Perang Saudara Amerika (1861–1865) mengakibatkan tercetusnya Rusuhan Kerahan Tenaga New York pada tahun 1863, iaitu salah satu peristiwa pergolakan sivil yang paling buruk dalam sejarah AS. Pada tahun 1898 Bandar raya New York moden dibentuk dengan penggabungan Brooklyn (yang sebelum itu merupakan sebuah bandar raya berdikari), Manhattan dan perbandaran di kawasan-kawasan lain. Pembukaan New York City Subway pada tahun 1904 membantu untuk mengukuhkan bandaraya baru tersebut. Sepanjang separuh pertama abad ke-20, bandar raya ini menjadi pusat sedunia bagi perindustrian, perdagangan, dan perhubungan. Pada tahun 1911 insiden kebakaran Kilang Triangle Shirtwaist, bencana perindustrian paling teruk pernah dialami kota ini, meragut nyawa 146 pekerja dan mencetuskan perkembangan penting dalam piawaian keselamatan, kod bangunan, dan peningkatan dalam jabatan bomba kota.

Pada 1920-an Bandar raya New York dijadikan destinasi bagi orang Afrika-Amerika ketika penghijrahan besar-besaran dari serata AS. Menjelang 1916, bandar raya New York menjadi rumah kepada pendudukan bandar orang Afrika terbesar di Amerika Utara. Suatu pergerakan budaya turut berkembang dalam kalangan masyarakat kulit hitam hasil keadaan ekonomi melambung ketika zaman pelarangan arak memperlihatkan pembinaan pencakar langit yang bersaing dengan sengit di angkasa. New York menjadi bandar raya paling banyak penduduknya di dunia pada tahun 1925,mengatasi London yang paling ramai bilangan warganya selama seabad sebelum itu. Zaman Meleset melihat pemilihan reformis bernama Fiorello LaGuardia sebagai Datuk Bandar dan kejatuhan Tammany Hall setelah 80 tahun dominasi politiknya.

Bandar Raya New York 
Serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia.

Kepulangan veteran Perang Dunia II serta pendatang baru dari Eropah mencetuskan pelambungan ekonomi pascaperangdan pembangunan kawasan perumahan besar di Queens timur. Setelah perang tersebut tanpa mengalami serangan New York menjadi bandaraya peneraju dunia, dengan Wall Street mengemudi kebangkitan AS sebagai kuasa ekonomi dominan di dunia, ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (dibina pada tahun 1952) mengetengahkan pengaruh politik New York, dan kebangkitan Abstract Expressionism di kota yang membolehkan New York mengatasi Paris sebagai pusat dunia seni. Namun begitu, seperti mana yang dialami bandaraya Amerika yang lain, New York turut mengalami kejatuhan dalam perindustrian dan peningkatan jenayah, rusuhan perkauman, dan white flight yang menjadi-jadi pada 1960-an. Menjelang 1970-an, kota ini tercalar imejnya dengan menjadi peninggalan sejarah yang dibelenggui jenayah.

Pergolakan sosial dan ekonomi New York reda pada tahun 1980-an apabila kebangkitan dalam industri kewangan yang amat penting memulihkan kesihatan fiskal kota ini. Menjelang 1990-an hubungan antara kaum makin tenang, kadar jenayah jatuh mendadak, dan satu gelombang pendatang baru tiba dari Asia dan Amerika Latin. Sektor baru yang penting seperti Silicon Alley muncul dalam ekonomi kota manakala bilangan penduduk New York mencapai paras tertinggi dalam sejarah menurut Banci Amerika Syarikat 2000.

Bandar raya ini menjadi salah satu tempat terjadinya Serangan 11 September 2001 yang mana hampir 3,000 orang terkorban dalam kemusnahan Pusat Dagangan Dunia. Ini adalah serangan pengganas paling teruk pernah terjadi di Amerika Syarikat. Penggantinya, One World Trade Center bakal dibina pada tapak pusat tersebut dan dijangka siap pada tahun 2014. Pada 2012, New York teruk dilanda Taufan Sandy, menyebabkan 53 kematian dan kerosakan harta bernilai AS$23 bilion.

Geografi

Bandar Raya New York 
Imej satelit yang menunjukkan teras kawasan metropolitan New York

Bandar Raya New York terletak di bahagian timur laut Amerika Syarikat, di bahagian tenggara Negeri New York, kira-kira separuh jalan antara Washington, D.C. dan Boston. Lokasinya di muara Sungai Hudson, yang mengalir ke dalam pelabuhan semula jadi dan terus ke Lautan Atlantik, telah menjulang nama New York ini sebagai kota perdagangan. Sebahagian besar New York terletak di tiga buah pulau iaitu Manhattan, Staten Island, dan Long Island, sehingga menggalakkan kepadatan penduduk yang tinggi di atas tanah yang makin berkurangan.

Sungai Hudson mengalir melalui Lembah Hudson ke dalam Teluk New York. Di antara Bandar Raya New York dan bandar Troy, New York, sungai ini membentuk muara. Sungai Hudson memisahkan bandar raya ini daripada New Jersey. Sebatang selat pasang surut bernama Sungai East mengalir dari Long Island Sound dan memisahkan Bronx dan Manhattan dari Long Island. Sungai Harlem, sebatang lagi selat pasang surut di antara Sungai East dan Hudson, memisahkan Manhattan dan Bronx. Sungai Bronx yang mengalir melalui Bronx dan Kaunti Westchester, adalah satu-satunya sungai berair tawar sepenuhnya di bandar raya ini.

Seluruh daratan bandar raya New York telah banyak menerima perubahan kesan kegiatan manusia, terutamanya penebusgunaan tanah secara besar-besaran di sepanjang kawasan dermaga sejak zaman penjajahan Belanda. Penebusgunaan tanah paling menjadi di Lower Manhattan, dengan usaha pembangunan seperti Battery Park City pada 1970-and dan 1980-an.

Keluasan tanah bandar raya ini dianggarkan pada 304.8 batu persegi (789 km2). Jumlah keluasannya adalah 468.9 batu persegi (1,214 km2); iaitu 164.1 batu persegi (425 km2) perairan dan 304.8 batu persegi (789 km2) daratan. Tempat tertinggi di bandar raya ini ialah Todt Hill di Staten Island pada 409.8 kaki (124.9 m) di atas paras laut, iaitu tempat tertinggi di Hadap Laut Timur di selatan Maine. Puncak rabung sebahagian besarnya dilitupi kawasan hutan dalam Staten Island Greenbelt.

Iklim

Mengikut pengelasan iklim Köppen, Bandaraya New York mempunyai iklim subtropika lembap (Cfa). Kawasan ini mendapat purata 234 hari bercahaya suria setahun, atau purata 2540 jam bercahaya suria setahun. Musim sejuknya dingin dan lembap, apalagi pola anginnya yang sering bertiup ke arah laut mengurangkan kesan penyederhanaan Lautan Atlantik. Namun begitu, Lautan Atlantik serta perlindungan separa kawasan Appalachian sedikit memberi New York sedikit pemanasan pada musim sejuk berbanding bandaraya pedalaman Amerika Utara yang terletak di garis lintang yang sama atau ke bawah, seperti Pittsburgh, Cincinnati, dan Indianapolis. Purata suhunya pada bulan Januari (bulan tersejuk di kawasan ini) adalah 32.1 °F (0.1 °C). Suhunya pada musim sejuk boleh mencapai serendah 10 °F (−12 °C) atau setinggi 50 °F (10 °C) dalam beberapa hari. Musim bunga dan luruhnya sukar diramal, boleh jadi dingin ataupun hangat, namun pada kebiasaannya bersuhu sederhana dengan kelembapan rendah. Musim panas biasanya panas dan lembap; purata suhu pada bulan Julai adalah 76.5 °F (24.7 °C). Suhu pada waktu malam biasanya dipengaruhi oleh fenomena pulau haba bandar yang menyebabkan suhu mencecah 90 °F (32 °C) pada purata 18 hari setiap musim panas, dan juga boleh melampaui 100 °F (38 °C) setiap 4–6 tahun.

Bandaraya ini menerima kerpasan tahunan sebanyak 49.7 inci (1,260 mm) yang ditabur sama rata sepanjang tahun. Purata curahan salji musim sejuk sejak seabad lalu berada pada takat 28 inci (71 cm), tetapi ini biasanya berubah-ubah setiap tahun; litupan salji biasanya tidak banyak. Hurikan dan ribut tropika jarang dialami di kawasan New York, namun bandar raya itu sentiasa berjaga-jaga akan kemungkinan dilanda ribut sebegini.

Data iklim untuk New York (Central Park)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °F (°C) 72
(22)
75
(24)
86
(30)
96
(36)
99
(37)
101
(38)
106
(41)
104
(40)
102
(39)
94
(34)
84
(29)
75
(24)
106
(41)
Purata maksimum suhu harian, °F (°C) 38.0
(3.3)
41.0
(5.0)
49.8
(9.9)
60.7
(15.9)
70.9
(21.6)
79.0
(26.1)
84.2
(29.0)
82.4
(28.0)
74.7
(23.7)
63.5
(17.5)
53.1
(11.7)
42.9
(6.1)
61.7
(16.5)
Purata minimum suhu harian, °F (°C) 26.2
(−3.2)
28.1
(−2.2)
35.1
(1.7)
44.2
(6.8)
54.2
(12.3)
63.3
(17.4)
68.8
(20.4)
67.7
(19.8)
60.3
(15.7)
49.6
(9.8)
41.0
(5.0)
31.6
(−0.22)
47.5
(8.6)
Rekod rendah suhu, °F (°C) −6
(−21.1)
−15
(−26.1)
3
(−16.1)
12
(−11.1)
28
(−2.2)
44
(7)
52
(11)
50
(10)
39
(4)
28
(−2.2)
7
(−13.9)
−13
(−25)
−15
(−26.1)
Purata kerpasan, inci (mm) 4.13
(105)
3.15
(80)
4.37
(111)
4.28
(109)
4.69
(119)
3.84
(98)
4.62
(117)
4.22
(107)
4.23
(107)
3.85
(98)
4.36
(111)
3.95
(100)
49.69
(1,262)
Purata curahan salji, inci (cm) 8.3
(21)
7.1
(18)
3.4
(8.6)
.4
(1.0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
0
(0)
.4
(1.0)
2.6
(6.6)
22.2
(56.2)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 0.01 in) 10.3 9.4 10.7 11.1 11.4 10.8 10.2 9.5 9.1 8.3 9.3 10.6 120.7
Purata bilangan hari salji (≥ 0.1 in) 4.1 2.9 1.6 .2 0 0 0 0 0 0 .3 1.8 10.9
Purata kelembapan relatif (%) 63.8 63.0 62.3 60.9 69.4 71.7 70.7 73.2 74.7 71.6 68.3 66.6 68.0
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 162.7 163.1 212.5 225.6 256.6 257.3 268.2 268.2 219.3 211.2 151.0 139.0 2,534.7
Sumber: NOAA

Pandangan bandaraya

Panorama Bandar Raya New York yang dirakam dari Hoboken, NJ. Bermula di Jambatan George Washington di kiri sekali hingga Midtown Manhattan di tengah-tengah, dan Jambatan Verrazano-Narrows di kanan sekali.

Seni bina

Bandar Raya New York 
Bangunan pencakar langit di Lower Manhattan.
Bandar Raya New York 
Bandar Raya New York di waktu malam

.

Bandar Raya New York 
Bangunan Empire State dan Bangunan Chrysler yang dibina mengikut gaya Art Deco.

Latar langit Manhattan cukup terkenal kerana diisi berbilang pencakar langit, termasuklah antara bangunan-bangunan yang tertinggi di dunia. Pada Ogos 2008, Bandaraya New York mempunyai 5,538 buah bangunan bertingkat tinggi, termasuk 50 pencakar langit siap dibina yang melampaui paras 656 kaki (200 m). Justeru itu, New York menjadi bandaraya yang paling banyak pencakar langitnya di Amerika Syarikat, dan kedua terbanyak di dunia, di belakang Hong Kong.

New York bermegah dengan bangunan-bangunan yang beraneka gaya seni binanya. Antaranya, Bangunan Woolworth (1913), sebuah pencakar langit Gothic revival yang dibina dengan perincian gothik yang besar-besaran. Resolusi Pengezonan 1916 mewajibkan anjakan dalam bangunan baharu, serta mengehadkan keluasan menara kepada suatu peratusan saiz lotnya, supaya cahaya matahari sampai ke jalan raya di bawah.

Gaya Art Deco pada Bangunan Chrysler (1930), dengan bumbung yang tirus dan berpuncak keluli, mencerminkan keperluan pengezonan tersebut. Bangunan ini disergamkan oleh perhiasan yang tersendiri seperti replika hiasan bumbung Chrysler berbentuk helang di setiap sudut di aras 61.

Satu contoh gaya "antarabangsa" yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat ialah Bangunan Seagram (1957) yang menonjol kerana mukanya yang dilengkapi rasuk I berwarna gangsa untuk membangkitkan struktur bangunan. Bangunan Condé Nast (2000) pula ialah satu contoh pencakar langit yang berekabentuk "hijau" di AS.

Daerah-daerah perumahan yang besar di New York sering kelihatan rumah teres, rumah bandar dan rumah pangsa klasik buatan batu coklat yang dibina pada zaman pembangunan pesat mulai tahun 1870 hingga 1930. Batu dan bata menjadi bahan pilihan untuk membina bangunan di bandar raya ini setelah pembinaan rumah berangka kayu berkurangan ekoran Kebakaran Besar pada tahun 1835.

Satu ciri penting yang ada pada bangunan kota ini ialah menara air buatan kayu yang terpasang pada bumbung. Pada abad ke-19, pihak berkuasa bandaraya mewajibkan semua bangunan yang melebihi enam tingkat terpasang menara air untuk mengelakkan tekanan air berlebihan di paras rendah yang boleh memecah paip air bandar.

Rumah pangsa bertaman menjadi keutamaan di kawasan yang jauh dari bandaraya pada 1920-an, contohnya Jackson Heights di Queens.

Taman

Bandar Raya New York 
Battery Weed bersejarah di bahagian Staten Island dalam Sistem Taman Negara

Bandar Raya New York mempunyai kawasan taman perbandaran seluas lebih 28,000 ekar (110 km2) dan pantai awam sepanjang 14 batu (23 km). Kawasan taman ini diperluas oleh kawasan taman persekutuan dan negeri yang beribu-ribu ekarnya.

Sistem Taman Negara

Gateway National Recreation Area; bahagian Negeri New York merangkumi Jamaica Bay Wildlife Refuge di Brooklyn, rawang garam yang lebih 9,000 ekar (36 km2) luasnya, pulau-pulau dan perairan yang meliputi sebahagian besar Teluk Jamaica. Kubu Wadsworth di Staten Island dengan binaan bersejarah Battery Weed dan Kubu Tompkins dan Great Kills Park juga terletak di Staten Island bersama kawasan pantai dan Great Kills Harbor.

Taman Negeri New York

Terdapat tujuh taman negeri dalam lingkungan Bandar Raya New York, termasuk Taman Negeri Clay Pit Ponds, sebuah kawasan semula jadi yang merangkumi rangkaian denai yang menyeluruh, dan Taman Negeri Riverbank, kemudahan seluas 28 ekar (110,000 m2) yang terletak 69 kaki (21 m) di atas paras Sungai Hudson.

Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York

  • Central Park, sebuah taman seluas 883 ekar (3.57 km2) di Manhattan, ialah taman bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di AS dengan 25 juta orang setiap tahun. Taman ini mempunyai beraneka tarikan, termasuk beberapa tasik dan kolam, dua gelanggang luncur ais, Central Park Zoo, Central Park Conservatory Garden, dan Takungan Jackie Onassis yang seluas 106 ekar (0.43 km2). Tidak lupa juga tarikan terlindung seperti Belvedere Castle dengan pusat alamnya, Swedish Cottage Marionette Theatre, dan Carousel yang bersejarah.
  • Prospect Park di Brooklyn, merangkumi tanah rumput, tasik dan hutan seluas 90 ekar (360,000 m2). Di dalam taman ini ada tapak bersejarah Battle Pass yang pernah memainkan peranan penting dalam Pertempuran Long Island.
  • Flushing Meadows–Corona Park di Queens, bandaraya ketiga terbesar di bandaraya ini, menjadi tempat penganjuran 1939 World's Fair dan the 1964 World's Fair.
  • Lebih satu perlima kawasan Bronx, iaitu 7,000 ekar (28 km2), diserahkan kepada kawasan lapang dan taman, termasuk Taman Van Cortlandt, Taman Pelham Bay, Bronx Zoo dan Taman Botani New York.
  • Di Staten Island, Conference House Park mengandungi tapak bersejarah Conference House di mana berlangsungnya satu-satunya cubaan mencapai peleraian damai bagi Revolusi Amerika yang dihadiri oleh Benjamin Franklin sebagai wakil Amerika dan Lord Howe sebagai wakil British. Di dalam taman ini juga terdapat Burial Ridge, tanah perkuburan Peribumi Amerika yang terbesar di dalam Bandar Raya New York.
Central Park ialah taman bandaraya yang paling ramai pengunjungnya di Amerika Syarikat.

Daerah perbandaran

Sepintas Lalu Lima Daerah Perbandaran
Bandar Raya New York
Bidang
kuasa
Bilangan
penduduk
Keluasan
tanah
Daerah
perbandaran
Kaunti anggaran
1 Julai 2009
batu
persegi
km
persegi
Manhattan New York 1,629,054 23 59
The Bronx Bronx 1,397,287 42 109
Brooklyn Kings 2,567,098 71 183
Queens Queens 2,306,712 109 283
Staten Island Richmond 491,730 58 151
8,391,881 303 786
19,541,453 47,214 122,284
Sumber: United States Census Bureau

Bandar Raya New York terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough). Setiap daerah perbandaran sama peringkat dengan kaunti di Negeri New York, seperti yang ditunjukkan berikutnya. Dalam setiap daerah terdapat ratusan kawasan tetangga, setiap satunya ada sejarah dan keistimewaan yang tersendiri. Andai kelima-lima daerah ini menjadi bandaraya berasingan, Brooklyn, Queens, Manhattan, dan Bronx pasti tersenarai dalam sepuluh bandaraya teramai penduduknya di Amerika Syarikat.

  • Manhattan (Kaunti New York; Ang. Pend. 2009: 1,629,054) ialah daerah perbandaran yang paling padat dengan penduduk, dan juga tempat terletaknya Central Park dan sebilangan besar pencakar langit di bandaraya ini. Daerah ini merupakan pusat kewangan bandaraya ini yang merangkumi ibu pejabat syarikat-syarikat besar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sebilangan universiti terunggul, dan pelbagai tarikan kebudayaan. Manhattan dibahagikan kepada tiga kawasan iaitu Lower, Midtown, dan Uptown. Uptown Manhattan terbahagi lagi oleh Central Park, kepada Upper East Side dan Upper West Side, dan Harlem di utara taman tersebut.
  • The Bronx (Kaunti Bronx: Pend. 1,397,287) ialah daerah paling utara di Bandar Raya New York, tempat terletaknya Stadium Yankee (pangkalan besbol New York Yankees), dan juga kompleks perumahan milik koperasi terbesar di AS, iaitu Co-op City. Selain sebahagian kecil Manhattan yang dikenali sebagai Marble Hill, Bronx ialah satu-satunya bahagian bandaraya yang terletak di atas tanah besar AS. Di sini terletaknya juga Zoo Bronx, taman haiwan metropolitan terbesar di Amerika Syarikat yang menjadi tempat tinggal lebih 6,000 haiwan atas tanah seluas 265 ekar (1.07 km2). Bronx juga merupakan tempat kelahiran budaya rap dan hip hop.
  • Brooklyn (Kaunti Kings: Pend. 2,567,098), di hujung barat Long Island, merupakan daerah perbandaran yang teramai penduduknya dalam bandaraya ini. Ia merupakan bandaraya berasingan sehingga tahun 1898. Brooklyn terkenal kerana kepelbagaian budaya, sosial dan etnik, persada seni bebas, kelainan besar sesama kawasan kejiranan dan warisan seni bina yang tersendiri. Inilah satu-satunya daerah di luar Manhattan yang mempunyai kawasan kejiranan pusat bandar yang tersendiri. Daerah ini bercirikan dermaga pantai yang panjang dan Coney Island, taman hiburan terawal di negara yang ditubuhkan pada 1870-an.
  • Queens (Kaunti Queens: Pend. 2,306,712) ialah daerah yang terluas di New York dan yang paling pelbagai etnik di AS, dan mungkin bakal mengatasi Brooklyn dari segi jumlah penduduk kerana. Pada mulanya Queens merupakan sebuah gugusan pekan dan desa yang didirikan oleh Belanda; kini, daerah ini dikuasai oleh kawasan perumahan dan golongan menengah. Kaunti Queens ialah satu-satunya kaunti besar di AS di mana median pendapatan orang keturunan Afrika (kira-kira $52,000 setahun) lebih tinggi daripada orang berkulit putih. Queens merupakan tapak Citi Field, pangkalan pasukan New York Mets, dan juga menjadi tuan rumah kejohanan tenis terbuka AS setiap tahun. Selain itu, ia merupakan tempat terletaknya dua daripada tiga lapangan terbang yang berkhidmat untuk kawasan metropolitan New York, iaitu Lapangan Terbang LaGuardia dan Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy. (Yang satu lagi ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty di Newark, New Jersey.)
  • Staten Island (Kaunti Richmond: Pend. 491,730) adalah yang paling berciri subbandar antara kelima-lima daerah. Staten Island dihubungkan dengan Brooklyn oleh Jambatan Verrazano-Narrows, dan dengan Manhattan menerusi khidmat Staten Island Ferry yang percuma. Staten Island Ferry adalah salah satu tarikan pelancong yang paling diminati di Bandar Raya New York kerana ia menyediakan pemandangan Statue of Liberty, Ellis Island, dan Lower Manhattan yang tiada tandingannya. Di tengah-tengah Staten Island, terletaknya Greenbelt berkeluasan 2,500 ekar (10 km2) yang dilengkapi laluan pejalan kaki sejauh 28 batu (45 km) dan antara hutan dara yang terakhir di bandaraya ini. Greenbelt yang merangkumi tujuh taman bandaraya ditandakan pada tahun 1984 untuk melindungi tanah semula jadi.

Ekonomi

Bandar Raya New York 
Bursa Saham New York di Wall Street merupakan bursa saham terbesar di dunia dari segi jumlah dolar.

New York merupakan pusat kegiatan perniagaan dan perdagangan antarabangsa dan juga salah satu daripada "pusat operasi" ekonomi dunia (di samping London dan Tokyo). Bandar raya ini merupakan salah sebuah pusat kewangan, insurans, hartanah, media dan kesenian utama di Amerika Syarikat.

Kawasan metropolitan New York mencatat keluaran metropolitan kasar sebanyak kira-kira $1.13 trilion pada tahun 2005, menjadikannya ekonomi serantau terbesar di Amerika Syarikat, dan menurut IT Week, ekonomi bandaraya kedua terbesar di dunia. Menurut majalah Cinco Dias, New York menguasai 40% kewangan dunia pada akhir tahun 2008, menjadikannya pusat kewangan terbesar di dunia.

Kebanyakan badan korporat utama beribu pejabat di Bandaraya New York City, termasuk 42 syarikat Fortune 500. New York juga unik di kalangan semua bandaraya di Amerika Syarikat kerana bilangan syarikat luar negara yang besar. 10% pekerjaan sektor swasta di bandaraya ini berada dalam syarikat asing.

Manhattan mempunyai ruang pejabat seluas 353.7 juta kaki persegi (32,860,000 m²) pada tahun 2001.

Midtown Manhattan merupakan daerah perniagaan pusat terbesar di Amerika Syarikat. Lower Manhattan pula daerah perniagaan pusat ketiga terbesar di AS, dan juga tempat terletaknya Bursa Saham New York di Wall Street, dan NASDAQ, yang masing-masing merupakan bursa saham nombor satu dan dua terbesar di dunia, mengikut ukuran purata jumlah dagangan harian dan pemodalan pasaran keseluruhan. 35% hasil pendapatan bekerja di bandaraya ini didatangkan daripada sektor perkhidmatan kewangan.

Sektor hartanah merupakan kuasa besar dalam ekonomi bandaraya, kerana segala harga Bandar Raya New York bernilai $802.4 bilion pada tahun 2006. Time Warner Center merupakan harta yang paling tinggi nilai pasarannya di bandaraya ini, iaitu bernilai $1.1 bilion pada tahun 2006. Di Bandaraya New York terletaknya antara hartanah yang paling bernilai di negara dan seluruh dunia. 450 Park Avenue dijual pada 2 Julai 2007 dengan harga $510 juta, iaitu kira-kira $1,589 sekaki persegi ($17,104/m²), sekaligus memecah rekod yang dipegang oleh sebuah bangunan pejabat 660 Madison Avenue yang bernilai $1,476 sekaki persegi ($15,887/m²) yang dijual tak sampai sebulan lalu pada Jun 2007.

Industri penyiaran televisyen dan perfileman di Bandar Raya New York adalah yang kedua terbesar di negara, hanya di belakang Hollywood. Industri kreatif seperti media baru, pengiklanan, fesyen, rekabentuk dan seni bina semakin banyak tenaga kerjanya, apatah lagi Bandar Raya New York memiliki kelebihan daya saing yang lebih kuat dalam industri-industri tersebut.

Industri berteknologi tinggi seperti bioteknologi, pembangunan perisian, reka bentuk permainan, dan khidmat internet turut berkembang kerana diperkuat oleh kedudukan bandaraya ini di terminus yang menghubungkan beberapa talian gentian optik rentas Atlantik. Sektor-sektor lain yang penting termasuk penyelidikan dan teknologi perubatan, institusi bukan untung, dan universiti.

Industri perkilangan juga banyak sekali bilangan pekerjanya, walaupun semakin berkurangan. Antara hasil keluaran utamanya termasuk pakaian, kimia, barangan logam, makanan diproses, dan perabot. Industri pemprosesan makanan merupakan sektor perkilangan utama yang paling stabil di bandar raya ini. Pembuatan makanan merupakan industri bernilai $5 bilion yang mengambil kerja lebih 19,000 orang. Makanan khusus paling utama yang dieksprot dari Bandaraya New York ialah coklat dengan nilai eksport pada kira-kira $234 juta setiap tahun.

New York Kos kehidupan (Cost Of Living), Amerika Syarikat, adalah salah satu bandar yang paling terkenal di dunia dan juga antara yang paling mahal untuk tinggal. Kos kehidupan di sini lebih tinggi daripada kebanyakan tempat lain di dunia. Sewa rumah di kawasan metropolitan New York adalah sangat tinggi, terutama di Manhattan, di mana harga sewa boleh mencapai ribuan dolar sebulan. Makanan, pengangkutan awam, dan perkhidmatan lain juga lebih mahal berbanding tempat lain.

Gaji purata di New York adalah lebih tinggi daripada kebanyakan kawasan lain di Amerika Syarikat. Purata gaji tahunan pekerja di New York pada 2021 ialah antara $70,000 dan $75,000.

Dalam industri kewangan, gaji purata bagi seorang analis kewangan di New York mungkin sekitar $85,000 hingga $95,000 setahun, manakala gaji bagi pengurus dana pelaburan dan pedagang boleh mencecah $100,000 hingga $150,000 atau lebih, bergantung kepada pengalaman dan prestasi.

Demografi

Bandar Raya New York 
Perempuan Lenape, (Oklahoma, 1910) pewaris darah orang peribumi kawasan New York.
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
16984,937—    
17125,840+18.3%
17237,248+24.1%
173710,664+47.1%
174611,717+9.9%
175613,046+11.3%
177121,863+67.6%
179049,401+126.0%
180079,216+60.4%
1810119,734+51.1%
1820152,056+27.0%
1830242,278+59.3%
1840391,114+61.4%
1850696,115+78.0%
18601,174,779+68.8%
18701,478,103+25.8%
18801,911,698+29.3%
18902,507,414+31.2%
19003,437,202+37.1%
19104,766,883+38.7%
19205,620,048+17.9%
19306,930,446+23.3%
19407,454,995+7.6%
19507,891,957+5.9%
19607,781,984−1.4%
19707,894,862+1.5%
19807,071,639−10.4%
19907,322,564+3.5%
20008,008,288+9.4%
2009*8,391,881+4.8%
Catatan: Perangkaan banci (1790-2009) meliputi kelima-lima daerah perbandaran, sebelum dan selepas penggabungan pada tahun 1898. Sumber: 1698–1771, 1790–1890, 1900–1990, Banci 2000 dan *anggaran 2009.

New York ialah bandaraya yang paling ramai penduduknya di Amerika Syarikat. Pada tahun 2010, Biro Banci Amerika Syarikat menganggarkan bahawa jumlah penduduk New York pada 1 Julai 2009 adalah 8,391,881 orang (meningkat dari 8.0 juta pada 2000 dan 7.3 juta pada 1990); ini bersamaan dengan 40% jumlah penduduk negeri New York. Ahli demografi menganggarkan bahawa jumlah penduduk New York bakal mencapai 9.2 hingga 9.5 juta pada tahun 2030.

Dua ciri-ciri demografi yang penting di New York ialah kepadatan penduduk dan kepelbagaian etniknya. Pada tahun 2000, bandar raya ini mencatat kepadatan penduduk yang amat tinggi, iaitu 26,403 sebatu persegi (10,194/km²), iaitu 10,000 orang sebatu persegi lebih daripada bandaraya kedua terpadat di AS, iaitu San Francisco. Kepadatan penduduk kaunti New York (Manhattan) sahaja adalah 66,940 orang sebatu persegi (25,846/km²), menjadikannya kaunti yang paling padat di Amerika Syarikat.

Bandar Raya New York sememangnya pelbagai budaya. Selama sejarahnya, bandar raya ini menjadi pintu masuk utama untuk penghijrah; lebih 12 juta pendatang Eropah melalui Pulau Ellis dari tahun 1892 hingga 1924. Menjelang tahun 1900, Bandar Raya New York mempunyai lebih ramai orang Itali daripada mana-mana kota di Itali kecuali Rom, lebih ramai orang Poland daripada mana-mana kota di Poland kecuali Warsaw, seramai orang Ireland dengan Dublin, dan lebih ramai orang Yahudi daripada mana-mana kota di dunia. Istilah "melting pot" (wadah tumpuan) diperkanalkan untuk menghuraikan petempatan yang sangat padat dengan pendatang di Lower East Side.

Kira-kira 36% penduduk bandaraya ini lahir di luar negara. Sepuluh negara terbesar yang menyumbang kepada penghijrahan ke New York pada masa kini adalah Republik Dominica, China, Jamaica, Guyana, Mexico, Ecuador, Haiti, Trinidad dan Tobago, Colombia dan Rusia. Kelompok-kelompok etnik terbesar di Bandar Raya New York ialah Afrika, Itali, Yahudi, dan Ireland. Kawasan New York masih kekal sebagai pintu masuk metropolitan utama untuk pendatang yang diizinkan untuk memasuki Amerika Syarikat.

Bandar Raya New York 
Manhattan Chinatown

Kawasan metropolitan New York menjadi tempat tinggal masyarakat Yahudi terbesar di luar Israel, khususnya bandar rayanya sendiri yang mepunyai komuniti Yahudi terbesar di dunia. New york juga menjadi tempat tinggal satu perempat golongan berketurunan Asia Selatan di negara, dan masyarakat Amerika Afrika terbesar di kalangan semua bandaraya di AS, di samping juga memiliki masyarakat Cina terbesar di luar asia dengan kira-kira 660 ribu orang (pada tahun 2008). Ramai juga orang berbangsa Puerto Rico dan Dominica yang menetap New York. Antara kelompok-kelompok etnik lain yang penting di sini ialah orang Itali yang berhijrah beramai-ramai ke bandar raya ini pada awal abad ke-20, dan juga Ireland, di mana satu daripada 50 warga New York yang berketurunan Eropah membawa tanda genetik tersendiri pada kromosom Y mereka yang diwarisi dari puak Niall Sembilan Sandera, seorang raja tinggi Ireland dari abad ke-5 M. ataupun puak-puak yang berkaitan iaitu Uí Briúin dan Uí Fiachrach.

Jurang pendapatan di Bandar Raya New York City amat besar. Pada tahun 2005, median pendapatan isirumah adalah $188,697 di kawasan banci terkaya, dan adalah $9,320 di kawasan termiskin. Jurang ini diakibatkan oleh gaji yang sentiasa meningkat untuk golongan berpendapatan tinggi, tetapi terbantut untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Pada tahun 2006, purata upah mingguan di adalah $1,453, iaitu yang tertinggi di kalangan kaunti-kaunti terbesar di AS. Daerah Manhattan juga mengalami ledakan kelahiran yang unik di kalangan bandaraya Amerika. Sejak tahun 2000, bilangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun yang tinggal di Manhattan meningkat 32% ke atas.

Pengangkutan

Bandar Raya New York 
Dua stesen keretapi tersibuk di AS terletak di Bandar Raya New York, termasuk Grand Central Terminal.

Bandar Raya New York mempunyai sistem transit massa yang paling kompleks dan menyeluruh di Amerika Utara. Kebanyakan sistem ini berjalan 24 jam sehari. Satu pertiga pengguna transit massa di Amerika Syarikat dan dua pertiga penumpang tren di negara ini tinggal di New York dan pinggirannya. Sistem New York City Subway ialah rangkaian landasan bawah tanah tersibuk di Hemisfera Barat, manakala Grand Central Terminal (atau "Grand Central Station") ialah stesen keretapi terbesar di dunia dari segi bilangan platform. Ruang udara New York ialah salah sebuah koridor pengangkutan udara yang tersibuk di dunia. Jambatan George Washington ialah jambatan kenderaan bermotor yang tersibuk di dunia.

Warga kota New York paling menggemari sistem transit massa. Pada tahun 2005, 54.6% penduduk New York berulang alik ke tempat kerja dengan menaiki tren transit massa; jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh AS, di mana kira-kira 90% pengguna memandu kereta ke tempat kerja. Mengikut Biro Banci AS, warga kota New York menghabiskan kira-kira 38.4 minit sehari untuk ke tempat kerja, yakni masa perjalanan terlama antara bandaraya-bandaraya besar di negara.

Bandar Raya New York 
New York City Subway ialah sistem transit massa terbesar di dunia dari segi bilangan stesen.

Bandar Raya New York mendapat khidmat Amtrak yang berhenti di Stesen Pennsylvania. Amtrak menghubungkan New York dengan Boston, Philadelphia, dan Washington, D.C., sepanjang Koridor Timur Laut; dan perkhidmatan keretapi jarak jauh ke bandar-bandar seperti Chicago, New Orleans, Miami, Toronto dan Montreal. Port Authority Bus Terminal, terminal bas antarabandar di bandar raya ini, memberi kemudahan kepada 7,000 bas dan 200,000 penumpang sehari, menjadikannya stesen bas yang tersibuk di dunia.

New York City Subway merupakan sistem alihan laju terbesar di dunia dari segi bilangan stesen yang beroperasi, iaitu 468 buah. Hampir kesemua stesen keretapi bawah tanah New York dibuka 24 jam sehari, berbeza pula dengan bandaraya lain di mana sistem metronya tutup pada waktu tengah malam.

Sistem pengangkutan di Bandar Raya New York menyeluruh dan kompleks sekali, merangkumi jambatan gantung terpanjang di Amerika Utara, terowong kenderaan beralih udara mekanik pertama di dunia, more than 12,000 yellow cabs, sebatang jalan tali udara yang mengangkut penumpang di antara Roosevelt Island dan Manhattan, dan sebuah sistem feri yang menghubungkan Manhattan dengan tempat-tempat lain di dalam dan luar bandaraya. Feri yang paling sibuk di AS ialah Staten Island Ferry yang mengangkut lebih 19 juta penumpang setiap tahun dalam perjalanan sepanjang 5.2-batu (8.4 km) di antara Staten Island dan Lower Manhattan. Sistem alihan deras Staten Island Railway hanya memberikan kemudahan di Staten Island. Tren "PATH" (Port Authority Trans-Hudson) menghubungkan Midtown dan Lower Manhattan dengan bahagian timur laut New Jersey, terutamanya Hoboken, Jersey City dan Newark. Sama dengan New York City Subway, PATH beroperasi 24 jam sehari. Oleh itu, dua daripada empat sistem transit laju di dunia yang beroperasi 24 jam berkhidmat di pulau Manhattan (yang selebihnya ialah sebahagian rangkaian Chicago "L" dan PATCO Speedline).

Kumpulan bas dan rangkaian rel komuter di Bandar Raya New York adalah yang terbesar di Amerika Utara. Rangkaian rel yang menghubungkan kawasan-kawasan pinggir bandar di negeri-negeri New York, New Jersey dan Connecticut dengan bandaraya ini, terdiri daripada Long Island Rail Road, Metro-North Railroad dan New Jersey Transit. Kesemua sistem tersebut yang berjumlah 250 stesen dan 20 landasan ini, bertemu di Grand Central Terminal dan Stesen Pennsylvania.

Bandar Raya New York 
TWA Flight Center Building di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy

Bandar Raya New York ialah pintu masuk penumpang udara antarabangsa yang paling utama di AS. Kawasan ini mendapat khidmat dari tiga lapangan terbang utama, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy, Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty dan Lapangan Terbang LaGuardia. Pada tahun 2005, ketiga-tiga lapangan terbang ini dimanfaatkan oleh 100 juta penumpang, jadi ruang udara bandaraya ini adalah yang paling sibuk di negara. Satu perempat penerbangan ke luar negara untuk pelancong AS datang dari JFK dan Newark pada tahun 2004.

Kadar penggunaan transit awam yang tinggi, 120,000 penunggang basikal sehari dan betapa ramainya pejalan kaki menjadikan New York bandaraya utama yang paling cekap tenaga di AS. 21% perjalanan dalam bandaraya ini adalah secara berjalan kaki dan berbasikal; berbanding purata 8% untuk kaedah tersebut bagi semua kawasan metropolitan di seluruh negara.

Untuk melengkapi rangkaian transit massa yang amat besar, New York juga ada sebuah rangkaian expressways and parkway menyeluruh yang menghubungkan Bandar Raya New York dengan New Jersey utara, Kaunti Westchester, Long Island, dan Connecticut barat daya menerusi jambatan dan terowong. Oleh sebab lebuh raya ini memberi kemudahan kepada jutaan penduduk pinggir bandar yang berulang alik ke New York, tidak hairanlah pemandu kereta terkandas dalam kesesakan lalu lintas selama beberapa jam sehari, terutamanya pada waktu sibuk. Jambatan George Washington ialah jambatan yang laing sibuk di dunia dari segi jumlah lalulintas kenderaan.

Budaya

Bandar Raya New York 
Muzium Kesenian Metropolitan ialah salah sebuah muzium terbesar di dunia.

Bandar raya ini paling menonjol dalam bidang seni, masakan, tarian, muzik, opera, teater, filem bebas, fesyen, muzium, dan sastera. Di sinilah lahirnya bermacam-macam pergerakan kebudayaan, termasuk Harlem Renaissance dalam bidang sastera dan seni visual; ekspresionisme abstrak (juga dikenali sebagai Aliran New York) dalam seni lukis; dan hip hop, punk, salsa, disko, freestyle, and Tin Pan Alley dalam bidang muzik. Bandar Raya New York juga disanjung tinggi dalam peribudaya popular sebagai latar tempat dalam cerita buku, filem dan rancangan televisyen. Bandaraya ini mempunyai lebih 2,000 pertubuhan seni dan budaya dan lebih 500 galeri seni.

Hiburan dan seni persembahan

Bandar Raya New York 
Lincoln Center for the Performing Arts

New York ialah salah sebuah bandar raya pilihan industri perfileman Amerika Syarikat. Manhatta (1920), sebuah filem avant-garde yang terawal, digambarkan di sini. Kini, New York City ialah pusat kedua terbesar untuk inudstri perfileman AS.

Kerajaan bandar raya membiayai industri seni dengan bajet tahunan yang lebih besar daripada National Endowment for the Arts. Para usahawan kaya-raya pada abad ke-19 membina sebuah rangkaian institusi kebudayaan utama seperti Carnegie Hall dan Muzium Kesenian Metropolitan yang terkenal di pentas dunia. Kemunculan pencahayaan elektrik mencetuskan terbitan lakon pentas yang lebih rumit. Pada 1880-an, teater-teater di Broadway dan 42nd Street mula menampilkan bentuk pementasan baru yang dikenali sebagai muzikal Broadway.

Atas pengaruh kuat daripada golongan penghijrah ke bandaraya ini, pementasan Harrigan and Hart, George M. Cohan dan lain-lain berlagu dalam naratif yang sering mencerminkan tema harapan dan cita-cita. Kini, pementasan sedemikian menjadi kebiasaan dalam persada teater New York.

39 teater terbesar di bandaraya ini (dengan lebih 500 kerusi) bersama-sama dikenali sebagai "Broadway," sempena jalan besar utama yang merentasi daerah teater Times Square.

Masakan

Budaya makanan New York merangkumi beraneka masakan dunia hasil pengaruh dari sejarah penghijrahan ke bandaraya ini.

Pendatang Eropah Timur dan Itali menjulang nama bandaraya ini dengan bagel, kek keju, dan piza ala New York. Sekitar 4,000 penjaja makanan berlesen, kebanyakannya milik pendatang asing, menjaja makanan Timur Tengah seperti falafel dan kebab, di samping hot dog dan pretzel yang masih menjadi makanan jalanan pilihan warga kota.

Di bandaraya ini juga lahirnya antara restoran haute cuisine (mewah) yang terunggul di AS.

Pelancongan

Pelancongan merupakan salah satu industri terpenting di Bandar Raya New York, dengan kunjungan lebih 40 juta pelancong tempatan dan asing setiap tahun dari tahun 2005–2010. Antara destinasi utama pelancong di sini termasuk Bangunan Empire State; Patung Liberty; Pulau Ellis; persembahan teater Broadway; muzium-muzium seperti Muzium Kesenian Metropolitan; ruang hijau seperti Central Park dan Washington Square Park; Rockefeller Center; Times Square; pusat beli-belah mewah sepanjang Fifth Avenue dan Madison Avenue; dan acara-acara menarik seperti Halloween Parade di Greenwich Village, Macy's Thanksgiving Day Parade, perayaan Hari St. Patrick, aktiviti bermusim seperti meluncur ais di Central Park pada musim sejuk, Pesta Filem Tribeca, dan hiburan percuma Summerstage di Central Park.

Pada tahun 2008, Bandar Raya New York mencatat dua rekod pencapaian iaitu jumlah pelancong sebanyak 47 juta, dan perbelanjaan mereka yang menyumbangkan AS$32.1 bilion secara langsung kepada ekonomi bandaraya.

Media

Bandar Raya New York 
Rockefeller Center, pangkalan NBC Studios

New York merupakan sebuah pusat industri televisyen, pengiklanan, muzik, penerbitan buku dan akhbar dan juga pasaran media terbesar di Amerika Utar (diikuti Los Angeles, Chicago, dan Toronto).

Antara konglomerat media yang berpusat di bandaraya ini termasuk Time Warner, Thomson Reuters Corporation, News Corporation, Hearst Corporation, dan Viacom. Tujuh daripada lapan rangkaian agensi pengiklanan global terulung di dunia beribu pejabat di New York. Tiga ibu pejabat label rakaman muzik terbesar di dunia juga terletak di sini, iaitu Universal Music Group, Sony Music Entertainment dan Warner Music Group. Satu pertiga filem bebas buatan AS dibuat di New York.

Lebih 200 suratkhabar dan 350 majalah pengguna membuka pejabat di bandaraya ini. Industri penerbitan buku di sini mengambil kerja kira-kira 25,000 orang. Dua akhbar harian kebangsaan AS berasal dari New York, iaitu The Wall Street Journal dan The New York Times yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer terbanyak untuk kewartawanan.

Di bandaraya ini wujudnya sebuah industri akhbar etnikc besar yang menerbitkan 270 suratkhabar dan majalah dalam lebih 40 bahasa. El Diario La Prensa ialah akhbar berbahasa Sepanyol terbesar di New York dan juga yang tertua di negara. The New York Amsterdam News yang diterbitkan di Harlem, ialah sebuah akhbar utama yang khusus untuk bacaan golongan berketurunan Afrika.

Industri televisyen berkembang besar di New York sehingga menjadi industri penting dalam ekonomi bandaraya. Empat rangkaian penyiaran AS yang utama beribu pejabat di New York, iaitu ABC; CBS; FOX and NBC. Di sini juga berpangkalannya beberapa saluran TV kabel, termasuk MTV, Fox News, HBO dan Comedy Central. Pada tahun 2005 sahaja, terdapat lebih 100 rancangan televisyen yang dirakam di Bandar Raya New York.

New York juga menjadi pusat utama media bukan komersil. Saluran televisyen capaian awam tertua di AS ialah Manhattan Neighborhood Network yang ditubuhkan pada tahun 1971. WNET merupakan stesen televisyen awam utama di bandaraya ini dan juga sumber utama rancangan kebangsaan dari PBS. WNYC, sebuah stesen radio awam yang pernah dimiliki oleh pihak bandaraya sehingga tahun 1997, menikmati jumlah pendengar radio awam terbesar di AS. Pihak berkuasa Bandar Raya New York mengendali sebuah perkhidmatan penyiaran awam, iaitu NYCTV yang menerbitkan rancangan yang meliputi kebudayaan dan muzik di sekitar bandaraya ini.

Pendidikan

Bandar Raya New York 
Perpustakaan Memorial Low di Columbia Universiti

Sistem sekolah awam terbesar di AS terletak di New York dan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Bandar Raya New York. Kira-kira 1.1 juta pelajar diajar di lebih 1,200 buah sekolah rendah dan menengah awam. Sekolah carter hanya menerima separa dananya dari orang awam, contohnya Harlem Success Academy dan Girls Prep. Terdapat kira-kira 900 sekolah swasta di bandar raya ini. Bandar Raya New York mempunyai bilangan penuntut universiti yang terbesar di AS dengan kira-kira 594 ribu orang. Pada tahun 2005, tiga perlima penduduk Manhattan ialah lepasan kolej, yang mana satu perempat daripadanya memegang ijazah sarjana ke atas, sekaligus membentuk salah sebuah tumpuan golongan berpendidikan tinggi yang terbesar di kalangan semua bandaraya di Amerika.

Di Bandar Raya New York terletaknya universiti swasta yang terunggul seperti Kolej Barnard, Universiti Columbia, Cooper Union, Universiti Fordham, Macaulay Honors College, Universiti New York, The New School, Universiti Pace, dan Universiti Yeshiva. Selain itu, juga terdapat berpuluh-puluh institusi pengajian tinggi swasta yang lebih kecil, terutamanya institusi keagamaan dan tujuan khas, misalnya Universiti St. John, Juilliard School, Kolej Mount Saint Vincent, dan School of Visual Arts.

Bandar Raya New York 
Dewan Keating Universiti Fordham di Bronx

Kebanyakan usaha penyelidikan saintifik yang dilakukan di bandar raya ini adalah dalam bidang perubatan dan sains hayat. Bandar Raya New York berbangga dengan jumlah ijazah sains hayat siswazah terbanyak setiap tahun di AS, 40,000 pakar perubatan berlesen, dan 127 pemenang hadiah Nobel yang berakar umbi dari institusi tempatan. Bandar raya ini juga menerima jumlah pembiayaan tahunan kedua terbesar dari National Institutes of Health di kalangan semua bandaraya AS. Antara institusi penyelidikan bioperubatan utama di sini termasuk Memorial Sloan-Kettering Cancer Center, Universiti Rockefeller, SUNY Downstate Medical Center, Kolej Perubatan Albert Einstein, Sekolah Perubatan Mount Sinai dan Kolej Perubatan Weill Cornell.

Dibuka khusus untuk pembaca di Manhattan, Bronx dan Pulau Staten Perpustakaan Awam New York merupakan sistem perpusatakaan awam yang memiliki himpunan terbesar di Amerika Syarikat. Queens pula mendapat khidmat Perpustakaan Awam Daerah Queens, sistem perpustakaan awam kedua terbesar di negaram, manakala Perpustakaan Awam Brooklyn adalah untuk Brooklyn. Perpustakaan Awam New York mempunyai beberapa perpustakaan penyelidikan, seperti Schomburg Center for Research in Black Culture.

Sukan

Bandar Raya New York 
Stadium Yankee, pangkalan pasukan New York Yankees sejak tahun 2009.

Antara sukan kegemaran ramai warga kota New York ialah besbol, bola sepak Amerika, hoki ais dan bola keranjang.

Kawasan metropolitan New York adalah salah satu daripada lima kawasan metro yang mempunyai dua pasukan besbol (New York Yankees dan New York Mets); empat yang selebinya ialah Chicago, Washington-Baltimore, Los Angeles dan Teluk San Francisco. Kedua-dua pasukan New York itu berbangga dengan pencapaian cemerlang sepanjang sejarah masing-masing, terutamanya dalam kejohanan Major League Baseball. New York juga pernah menjadi pangkalan New York Giants (kini San Francisco Giants) dan Brooklyn Dodgers (kini Los Angeles Dodgers). Kedua-dua pasukan berpindah ke California pada tahun 1958.

Dalam sukan bola sepak Amerika, New York diwakili dalam National Football League oleh dua pasukan juga, iaitu New York Jets dan New York Giants (atau nama rasminya New York Football Giants), namun kedua-duanya berkongsi pangkalan di Stadium New Meadowlands berdekatan East Rutherford, New Jersey.

Bandar Raya New York 
New York Marathon ialah acara maraton terbesar di dunia.

Dalam sukan hoki ais, pasukan New York Rangers mewakili bandar raya mereka di National Hockey League. Dalam kawasan metropolitan New York ada dua lagi francais NHL, iaitu New Jersey Devils yang bermain di Newark, New Jersey; dan New York Islanders yang bermain di Nassau County, Long Island. New York ialah satu-satunya kawasan metropolitan yang ada tiga pasukan dalam mana-mana satu daripada empat liga sukan profesional yang utama di Amerika Utara.

Bandaraya New York diwakili oleh New York Knicks dalam kejohanan anjuran NBA. Juga dalam kawasan metropolitannya ialah pasukan NBA New Jersey Nets, yang bercadang untuk berpindah ke Brooklyn seawal tahun 2012. Kejohanan bola keranjang peringkat kolej kebangsaan yang tertua di negara, iaitu National Invitation Tournament, diadakan di New York sejak tahun 1938.

Bandar Raya New York 
Perlawanan Tenis Terbuka A.S. (diadakan di Queens) ialah acara kejohanan tenis Grand Slam keempat dan terakhir setiap tahun.

Untuk bola sepak pula, New York diwakili dalam Major League Soccer oleh Red Bull New York yang berpangkalan di Red Bull Arena di Harrison, New Jersey.

Queens merupakan tuan rumah perlawanan tenis Terbuka AS, satu daripada empat kejohanan Grand Slam. New York merupakan salah sebuah tempat acara maraton terbesar di dunia, apatah lagi tiga edisi pada tahun 2004–2006 menyaksikan jumlah pelumba teramai yang menamatkan perlumbaan mereka, khususnya 37,866 orang pada tahun 2006. Di Madison Square Garden diadakannya Millrose Games, acara olahraga tahunan yang menampilkan acara Wanamaker Mile; dan juga acara tinju seperti Amateur Boxing Golden Gloves yang juga diadakan secara tahunan.

Kebanyakan sukan dikaitkan dengan masyarakat pendatang di New York. Stickball, sejenis sukan jalanan seakan besbol, dipopularkan oleh golongan belia dari kelas bawahan keturunan Itali, Jerman, dand Ireland pada 1930-an. Sebatang jalan di Bronx diberi nama Stickball Blvd sebagai penghormatan kepada sukan jalanan terunggul di New York.

Bandaraya saudara

Bandaraya New York mempunyai sepuluh bandaraya saudara yang diiktiraf oleh Sister Cities International (SCI):

Bandaraya Negara Sejak
Tokyo Bandar Raya New York  Jepun 1960
Beijing Bandar Raya New York  Republik Rakyat China 1980
Kaherah Bandar Raya New York  Mesir 1982
Madrid Bandar Raya New York  Sepanyol 1982
Santo Domingo Bandar Raya New York  Republik Dominika 1983
Budapest Bandar Raya New York  Hungary 1992
Rome Bandar Raya New York  Itali 1992
Jerusalem Bandar Raya New York  Israel 1993
London Bandar Raya New York  United Kingdom 2001
Johannesburg Bandar Raya New York  Afrika Selatan 2003

Rujukan

Pautan luar

Bandar Raya New York  Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.

}}

Tags:

Bandar Raya New York SejarahBandar Raya New York GeografiBandar Raya New York Pandangan bandarayaBandar Raya New York EkonomiBandar Raya New York DemografiBandar Raya New York PengangkutanBandar Raya New York BudayaBandar Raya New York MediaBandar Raya New York PendidikanBandar Raya New York SukanBandar Raya New York Bandaraya saudaraBandar Raya New York RujukanBandar Raya New York Pautan luarBandar Raya New YorkAmerika SyarikatBahasa bahasa InggerisBandar raya globalIbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuKawasan metropolitan New YorkNew YorkPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSenarai kawasan metropolitan mengikut jumlah penduduk

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Fadhlina SidekStadium Nasional Bukit JalilSenarai negara mengikut sistem kerajaanPerodua MyViPasukan bola sepak kebangsaan OmanFrekuensi radio di SelangorPahangRumah teresZizan RazakAdat resamBatu PahatMuhamad Akmal SalehHukum madSenarai Saintis IslamRedza RosliKota KinabaluRujukan kehormatSamuel RizalKelayakan Piala Asia AFC 2027Saifuddin Nasution IsmailProton SatriaDialog Antarabangsa LangkawiKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Pakatan HarapanNabi Ya'akub a.s.CampaBaby ShimaSistem pembiakan manusiaSosialRosyam NorSolat tarawihSenarai bank di MalaysiaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSejarah bahasa MelayuFaraj12 Dewa OlympusTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahBumiputera di SabahPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKK Super MartHubungan seksAgama BuddhaFalsafah Pendidikan MalaysiaPutri JannahPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuDalil NaqliSurah al-FatihahJohorPengatur caraShazia RozainiPertubuhan Pribumi PerkasaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiTanah Melayu British17 RamadanAngeline TanPeristiwa 13 MeiSlot AkasiaSunan KalijagaPerang AhzabPemerintahan berajaKetua Kerajaan Negeri di MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaBanserMajapahitTamadunKedah TuaRakaatBioteknologiBola sepak di Sukan Asia 2006AgamaPulau PinangJata MalaysiaPerang BadarShuib SepahtuNadia BrianMohd Zaquan Adha Abdul RadzakAbdullah bin Ahmad BadawiJam 24 jam🡆 More