Republik Demokratik Congo

Republik Demokratik Congo (dikenali sebagai Zaire dari 1971 ke 1997) merupakan sebuah negara yang terletak di pertengahan benua Afrika.

Negara ini kadangkala disebut dengan nama Congo-Kinshasa untuk membezakannya dari negara jiran, Republik Congo. Populasi Republik Demokratik Congo ialah kira-kira 78 juta orang, menjadikan negara ini sebagai negara dengan penduduk ke-16 terbanyak di dunia dan keempat di Afrika. Bahasa Perancis merupakan bahasa rasmi di republik ini.

Republik Demokratik Congo
ريڤوبليك ديموکراتيك كونݢو
République démocratique du Congo (Perancis)
Repubilika ya Kôngo ya Dimokalasi (Kongo)
Republíki ya Kongó Demokratíki (Lingala)
Jamhuri ya Kidemokrasia ya Kongo (Swahili)
Ditunga dia Kongu wa Mungalaata (Luba-Katanga)
Bendera Republik Demokratik Congo
Jata Republik Demokratik Congo
Bendera Jata
Cogan kata"Justice – Paix – Travail" (Perancis)
"Keadilan – Keamanan – Kerja"
Lagu kebangsaanDebout Congolais (Perancis)
"Bangkitlah Orang Congo"
Lokasi  Republik Demokratik Congo  (dark green)
Lokasi  Republik Demokratik Congo  (dark green)
Ibu negara
dan bandar terbesar
Kinshasa
4°19′S 15°19′E / 4.317°S 15.317°E / -4.317; 15.317
Bahasa rasmiBahasa Perancis
Bahasa kebangsaan
DemonimCongolese
KerajaanPresidensial separa republik
• Presiden
Félix Tshisekedi
• Perdana Menteri
Judith Tuluka Suminwa
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Nasional
Pendirian
• Kemerdekaan
30 Jun 1960
29 Oktober 1971
• Perlembagaan kini
18 Februari 2006
Keluasan
• Jumlah
2,345,409 km2 (905,567 bt2) (ke-11)
• Perairan (%)
3.32
Populasi
• Perkiraan
91,931,000 (anggaran 2019) (ke-16)
39.19/km2 (101.5/sq mi)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$77.486 bilion
$842
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$46.117 bilion
$501
Gini (2006)negative increase 44.4
sederhana
HDI (2018) 0.470
rendah · 176th
Mata wangFranc Congo
(CDF)
Zon waktuUTC+1 to +2 (WAT dan CAT)
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+243
Kod ISO 3166CD
DPT internet.cd

Penamaan

Nama Congo berasal daripada Sungai Kongo, sungai terdalam dunia yang mengalir di sepanjang negara ini.

Sejarah

Sejarah awal

Antara kerajaan-kerajaan awal di kawasan republik ini termasuklah Kerajaan Kongo yang bermula pada abad ke-12 dan Kerajaan Kuba pada abad ke-16 di kawasan selatan republik.

Zaman penjajahan

Pada 1885, raja Belgium, Leopold II telah menubuhkan Negara Bebas Congo sebagai tanah persendirian khusus kepada baginda tanpa sebarang kaitan dengan kerajaan Belgium. Baginda pada awalnya menggalakkan pembangunan dengan membina pelbagai prasarana seperti sebuah laluan kereta api dari pesisir Congo ke Leopoldville (kini Kinshasa) dengan matlamat utamanya ialah memudahkan eksploitasi aset tanah jajahan kepada pihak Leopold.

Namun begitu, kerajaan Leopold mula bertukar menjadi sebuah rejim penindasan apabila penduduk peribumi dipaksa untuk mengutip getah dan sekiranya tidak mencapai kuota, anggota lengan dan kaki akan dipotong sebagai hukuman yang dijalankan oleh tentera Force Publique. Akibatknya, jutaan penduduk maut akibat penindasan serta masalah penyakit, dengan anggaran bahawa kira-kira separuh jumlah penduduk Negara Bebas Congo maut di bawah rejimnya.

Pada 1908, kerajaan Belgium membuat keputusan untuk mengambil alih pentadbiran Negara Bebas Congo daripada Raja Leopold II akibat tekanan masyarakat antarabangsa berikutan penindasan yang berlaku di situ lalu mengasaskan tanah jajahan rasmi Congo Belgium.

Gerakan nasionalisme dan kemerdekaan Congo bermula pada 1950-an dan mencapai kemuncak pada 1960 dengan kemunculan gerakan-gerakan seperti Mouvement National Congolais (MNC) dan Alliance des Bakongo (ABAKO). Congo Belgium memperoleh kemerdekaan pada 30 Jun 1960 dengan nama "Republik Congo".

Krisis pascakemerdekaan

Republik Demokratik Congo 
Potret rasmi Patrice Lumumba, Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo.

Sebulan sebelum kemerdekaan, sebuah pilihan raya parlimen telah diadakan dengan Patrice Lumumba, wakil MNC memenangi pilihan raya tersebut dan seterusnya, menjadi Perdana Menteri pertama Republik Demokratik Congo. Parlimen kemudiannya melantik Joseph Kasavubu sebagai Presiden negara tersebut.

Sejurus selepas kemerdekaan, pihak Force Publique yang dinamakan semula sebagai Armée Nationale Congolaise, ANC pada 8 Julai mula memberontak dan pada 11 Julai, konflik pemisahan menentang kepimpinan baharu mula berlaku di kawasan Katanga dan Kasai Selatan. Kebanyakan dalam kalangan 100 ribu orang penduduk Eropah yang menetap di situ mula meninggalkan negara. Pada 5 September, Kasavubu bertindak memecat Lumumba daripada jawatannya. Lumumba menggelar tindakan Kasavubu sebagai tidak berperlembagaan dan konflik antara dua orang ketua tersebut mula timbul. Pada 17 Januari 1961, Lumumba dihukum bunuh oleh puak pemisah Katanga.

Joseph Mobutu dan Republik Zaire

Sebelumnya, Lumumba telah melantik Joseph Mobutu sebagai ketua tentera ANC. Dengan bantuan kewangan daripada Amerika Syarikat dan Belgium, Mobutu melancarkan kudeta terhadap kerajaan dan mengambil alih kuasa pada November 1965. Amerika Syarikat (AS) menganggap bahawa pemerintahan Mobutu akan mengekang gerakan komunisme yang berkembang di Afrika. Pada 1971, Mobutu menukarkan nama negara menjadi Zaire.

Mobutu mentadbir negara melalui sistem diktator parti tunggal; Gerakan Revolusi Popular merupakan satu-satunya parti yang dibenarkan beroperasi. Sepanjang pemerintahannya, Mobutu menerima sokongan daripada AS disebabkan oleh fahaman antikomunisnya dalam suasana Perang Dingin. Mobutu dipelawa oleh para Presiden AS untuk mengunjungi AS.

Setelah Kesatuan Soviet runtuh, Zaire tidak lagi menjadi rakan baik AS kerana fahaman antikomunis Mobutu tidak lagi dikira penting. Pada akhir pemerintahannya, tentangan kepada Mobutu menjadi semakin ketara. Pada 1990, Mobutu mengisytiharkan "Republik Ketiga" yang dikatakan bakal menjanjikan reformasi demokrasi, tetapi hanya menjadi angan-angan. Pada 1997, pihak bersenjata berjaya menghalau Mobutu.

Perang di Congo

Kejadian genosid di negara jiran, Rwanda terhadap kaum Tutsi dibawa ke Zaire apabila penubuhan kerajaan Tutsi yang berjaya menyebabkan pihak militan Hutu, Interahamwe melarikan diri ke timur Zaire. Mereka menubuhkan kem-kem pelarian dan diasaskan sebagai pangkalan untuk merancang balas dendam kepada orang Tutsi, dan dijadikan sasaran oleh puak Tutsi di Rwanda.

Pasukan militan Hutu berpakat dengan angkatan tentera Zaire dan menyerang puak Tutsi yang menetap di timur Zaire. Insiden ini menyebabkan puak Tutsi menubuhkan sebuah kumpulan militan dan merancang untuk menggulingkan Mobutu, membawa kepada Perang Congo Pertama.

Republik Demokratik Congo 
Beberapa orang tentera pemberontak Congo, 2001.

Kumpulan ini yang diketuai oleh Laurent-Desire Kabila berjaya menawan ibu kota, Kinshasa pada 17 Mei 1997 sementara Mobutu lari ke luar negara, dan Joseph melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan menamakan semula negara sebagai Republik Demokratik Congo. Kabila mengarahkan semua tentera negara asing untuk berundur dari Congo. Namun begitu, Kabila dilihat tidak dapat mentadbir negara dengan cekap.

Seterusnya, pihak Rwanda menubuhkan sebuah kumpulan militan bernama Rassemblement Congolais pour la Democratie (RCD) manakala pihak Uganda menlancarkan Movement for the Liberation of Congo (MLC). Pasukan-pasukan ini mula menyerang DR Congo pada 1998 dan memulakan Perang Congo Kedua. Secara keseluruhan, sembilan negara Afrika serta 25 kumpulan ketenteraan terlibat dalam perang ini.

Kabila dibunuh oleh penjaga keselamatan peribadinya pada 2001 dan digantikan oleh anaknya, Joseph Kabila lalu memanggil perbincangan demi kedamaian. Pada Julai 2003, sebuah kerajaan baharu telah terbentuk dan perang ini tamat secara rasmi, meskipun konflik-konflik berkaitan masih berlanjutan hingga kini.

Geografi

Republik Demokratik Congo 
Taman Negara Salonga.

Republik Demokratik Congo terletak di Afrika Sub-Sahara, dengan keluasan 2,345,408 kilometer persegi, menjadikan negara ini sebagai negara kedua terbesar di Afrika selepas Algeria serta negara ke-11 terbesar dunia. Iklim negara ini ialah iklim tropika dengan cuaca yang panas dan lembap. Iklim negara berperanan dalam pembentukan sistem Sungai Kongo.

Negara ini mempunyai beberapa taman negara seperti Taman Negara Virunga, Garamba, Kahuzi-Biega, Salonga serta sebahagian Rizab Hidupan Liar Okapi, kesemuanya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, tetapi kesemuanya juga dalam status bahaya. Negara ini mempunyai biokepelbagaian yang ketara, dan disifatkan sebagai negara dengan biokepelbagaian paling ketara di Afrika.

Isu pemburuan haram merupakan isu alam sekitar di negara, pemburuan haram dilakukan untuk menampung kemiskinan serta menampung perbelanjaan perang kumpulan militan.

Pentadbiran

Kerajaan

Mengikut perlembagaan 2006, sistem kerajaan Republik Demokratik Congo ialah republik demokrasi berpresiden. Parlimen negara ini adalah bikameral, terdiri daripada Senat dan Perhimpunan Nasional.

Provinsi

Republik Demokratik Congo dibahagikan kepada 25 buah provinsi pentadbiran dan sebuah provinsi bandar, yakni ibu negaranya, Kinshasa berdasarkan perlembagaan negara. Provinsi-provinsi ini seterusnya dibahagikan kepada daerah dan kemudiannya, wilayah dan komun. Sebelum 2015, negara ini memiliki 11 buah provinsi. Senarai provinsi adalah seperti di bawah:

  • Bas-Uele
  • Équateur
  • Haut-Lomami
  • Haut-Katanga
  • Haut-Uele
  • Ituri
  • Kasaï
  • Kasaï-Oriental
  • Kongo Central
  • Kwango
  • Kwilu
  • Lomami
  • Lualaba

Ketenteraan

Angkatan tentera negara ialah Forces Armées de la République Démocratique du Congo, FARDC. Angkatan tentera ini memperoleh peruntukan sebanyak $295 juta pada 2017, kira-kira 0.7% bajet pada tahun itu. Angkatan tentera terkini terbentuk selepas Perang Congo Kedua apabila kumpulan-kumpulan pemberontak dan militan digabungkan.

Ekonomi

Republik Demokratik Congo 
Taburan eksport Republik Demokratik Congo mengikut barangan pada 2009.

Mata wang Republik Demokratik Congo ialah Franc Congo dan dikendalikan oleh Bank Pusat Congo. Republik ini dianggap sebagai negara dengan sumber galian terkaya di dunia dengan anggaran nilai sumber galian setinggi AS$24 trilion. Negara ini memiliki 70% bekalan koltan, sepertiga bekalan kobalt, kira-kira 30% bekalan berlian dan sepersepuluh bekalan tembaga dunia. Meskipun memiliki khazanah galian yang besar, ekonomi negara tetap merudum sejak pertengahan 1980-an. Nilai KDNK per kapita secara nominal dan pariti kuasa beli negara ialah $501 dan $849 masing-masing, salah satu angka terendah dalam kalangan negara dunia.

Hasil-hasil pertanian utama termasuk kopi, minyak sawit, getah dan teh. Bidang perikanan dan perkayuan juga banyak dilakukan di negara.

Prasarana

Pengangkutan

Pengangkutan rel negara ini diuruskan oleh Société nationale des Chemins de fer du Congo, Office National des Transports (ONATRA) dan Office des Chemins de fer des Ueles. Panjang jalan raya di negara ini ialah kira-kira 171,250 km, tetapi hanya 2,250 km daripada itu adalah berturap. Republik Demokratik Congo memiliki ribuan kilometer jalan air dengan panjang kira-kira 15,000 km.

Pengangkutan udara negara pula terdiri daripada sebuah syarikat penerbangan kebangsaan, Congo Airways yang berkhidmat di kawasan domestik dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa N'djili. Meskipun begitu, pesawat yang disahkan oleh negara ini diharamkan di lapangan-lapangan terbang Kesatuan Eropah kerana memiliki piawai keselamatan bertaraf rendah.

Bekalan elektrik

Bekalan elektrik negara lazimnya berasal daripada sumber hidroelektrik seperti Empangan Inga di Sungai Kongo. Akan tetapi, hanya kira-kira 15% penduduk negara memiliki bekalan elektrik dan diuruskan oleh Société nationale d'électricité. Negara ini juga memiliki potensi dalam penjanaan tenaga suria dengan 836 pusat tenaga suria sudah dibina di negara ini dengan jumlah penghasilan kuasa sebanyak 83 kW.

Demografi

Suku etnik

Lebih kurang 200 buah suku etnik wujud di Republik Demokratik Congo dengan orang Bantu merangkumi majoriti penduduk negara.

Republik Demokratik Congo 
Kawasan-kawasan di Republik Demokratik Congo berdasarkan bahasa utama yang dituturkan di sesebuah kawasan.

Bahasa

Bahasa rasmi Republik Demokratik Congo ialah bahasa Perancis, manakala empat bahasa peribumi Afrika, Kituba, Lingala, Tshiluba, and Swahili dijadikan sebagai bahasa-bahasa kebangsaan yang diperakui. Berdasarkan data Ethnologue, 215 bahasa hidup dituturkan di negara ini. Menurut sebuah kajian pada 2014, kira-kira 33 juta orang penduduk Congo (47% penduduk) boleh membaca dan menulis dalam bahasa Perancis.

Agama

Agama Kristian merupakan agama majoriti bagi penduduk Republik Demokratik Congo. Peratusan penduduk negara mengikut agama anutan adalah pelbagai dan bergantung kepada kajian, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah:

Kajian Kristian Islam Lain-lain Rujukan
Katolik Protestan Jumlah
Jabatan Negara Amerika 50% 35% 90% 5% 5% [1]
Pew Research Center 47% 48% 96% 1.5% 2.5% [2] [3]
CIA World Factbook 50% 20% 80% 10% 10% [4]

Pendidikan

Republik Demokratik Congo 
Bangunan Universiti Kinshasa.

Pada 2014, kadar celik huruf masyarakat DR Congo antara umur 15 ke 49 tahun ialah 75.9%; 88.1% lelaki dan 63.8% perempuan. Sistem pendidikan negara dikawal oleh tiga buah kementerian. Perlembagaan negara menjamin pendidikan rendah yang percuma dan wajib.

Akibat perang saudara di Congo, lebih 5.2 juta orang kanak-kanak negara tidak memperoleh sebarang bentuk pendidikan. Namun begitu, situasi ini bertambah baik selepas peperangan; menurut UNESCO, jumlah murid sekolah rendah meningkat daripada 5.5 juta orang pada 2002 kepada 13.8 juta orang pada 2015, dan jumlah murid sekolah menengah meningkat dari 2.8 juta orang pada 2007 kepada 4.6 juta orang pada 2015. Di samping itu, jumlah kehadiran ke sekolah juga meningkat.

Kebudayaan

Kebudayaan masyarakat Republik Demokratik Congo adalah berdasarkan kepelbagaian etnik yang menetap di negara.

Kesusasteraan

Sasterawan negara yang masyhur termasuk Valentin-Yves Mudimbe yang menulis pergolakan masyarakat pascakemerdekaan pada 1960-an, dan Clémentine Nzuji yang terkenal sebagai penyair.

Rujukan

Tags:

Republik Demokratik Congo PenamaanRepublik Demokratik Congo SejarahRepublik Demokratik Congo GeografiRepublik Demokratik Congo PentadbiranRepublik Demokratik Congo EkonomiRepublik Demokratik Congo PrasaranaRepublik Demokratik Congo DemografiRepublik Demokratik Congo PendidikanRepublik Demokratik Congo KebudayaanRepublik Demokratik Congo RujukanRepublik Demokratik Congo Pautan luarRepublik Demokratik CongoAfrikaBahasa PerancisRepublik Congo

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Johor BahruRujukan kehormatKhunsa (siri TV)Imam BukhariPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Pendidikan di MalaysiaSharifah ShahirahAngeline TanRaja berperlembagaanNorman HakimNasi lemakUmar bin Al-KhattabDaerah di SabahSenarai buahMegat SharizalKomunikasiFrekuensi radio di KedahPerodua AxiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiMajlis Raja-RajaBani SyaibahShah Rukh KhanAbu Bakar BasyirBola sepakBeto KusyairyPontianak Harum Sundal Malam IIIbu (filem)Revolusi AmerikaPetaling JayaKecerdasan buatanShah RezzaAnna JoblingMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahAli bin Abi TalibFarah AhmadImaginurJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaWan Junaidi Tuanku JaafarCarles PuigdemontNabi Adam a.s.MelayuSepahtu Reunion Al-RayaPerlisHang TuahPenjajahan Jepun di Tanah MelayuTaman Botani Negara Shah AlamKota KinabaluPneumoniaDubaiOne Cent ThiefGeografi JohorJohan GhazaliDidi & FriendsSejarah Pulau PinangSyamim FaridMunafik 3Kitab suci IslamDataran MerdekaWohnenUthman bin AffanMorfologi (linguistik)Pemboleh ubahSejarah MalaysiaPelesitOmbak Rindu (filem)Sifat-sifat AllahMusa HitamJohan Raja LawakAedy AshrafTentera Laut Diraja MalaysiaSi TanggangAziz HarunRukun ImanPahamin RajabMatahariProton WiraAman Ramli JaafarKhadijah IbrahimKuala Terengganu🡆 More