Manuskrip Timbuktu

Manuskrip Timbuktu merujuk kepada 700,000 dokumen Afrika Zaman Pertengahan yang memuatkan beberapa jenis penulisan daripada karya-karya kesarjanaan sehinggalah surat-surat singkat yang terpelihara dan dimiliki orang awam di Timbuktu.

Manuskrip-manuskrip tersebut diturunkan sebagai pusaka keluarga dan berada dalam keadaan buruk. Sebahagian daripada manuskrip tersebut ditulis pada abad ke-13 Masihi.

Manuskrip Timbuktu
Manuskrip Timbuktu berkaitan matematik dan ilmu falak.
Manuskrip Timbuktu
Manuskrip karya Nasir al-Din Abu al-Abbas Ahmad ibn al-Hajj al-Amin al-Tawathi al-Ghalawi berjudul Kashf al-Ghummah fi Nafa al-Ummah. Daripada Mamma Haidara Commemorative Library, Timbuktu
Manuskrip Timbuktu
Manuskrip Timbuktu, jadual astronomi

Dengan kemerosotan pendidikan Arab di Mali berikutan pemerintahan Perancis minat terhadap manuskrip lama turut merosot di Timbktu sehinggakan banyak manuskrip dijual. Majalah Time mengisahkan seorang imam yang membeli empat manuskrip dengan bayaran $50 (Dolar AS) setiap satu. Pada Oktober 2008, satu daripada rumah di Timbuktu dilanda banjir yang memusnahkan 700 manuskrip.

Sebahagian besar manuskrip ditulis dalam Bahasa Arab, atau bahasa-bahasa Afrika yang ditulis menggunakan skrip Arab, atau menggunakan abjad skrip Arab yang diubah suai sebagai versi Afrika, yang digelar "Skrip Ajami". Bahasa-bahasa tempatan bertulis yang terdapat dalam manuskrip termasuk bahasa Songhay dan Tamasheq. Manuskrip-manuskrip ini berkaitan pelbagai tajuk, termasuk matematik, sains, falsafah, Islam, astronomi, undang-undang dan juga kontrak.

Penyelidikan

Pada tahun 1970, UNESCO menubuhkan satu organisasi bagi memulihara manuskrip tetapi organisasi ini tidak mendapat peruntukan dana sehinggalah tahun 1977. Pada tahun 1998, profesor Henry Gates daripada Universtit Harvard melawat Timbuktu bagi siri penyiaran Public Broadcastng System (PBS). Siaran ini menambah kesedaran awam tentang manuskrip Timbuktu dan membantu mendapatkan dana.

Projek Manuskrip Timbuktu

Projek Manuskrip Timbuktu merupakan satu projek Universiti Oslo yang berjalan dari tahun 2000 sehingga 2007, dengan tujuan membantu memulihara, membuat katalog digital dan memudahkan penyelidikan. catalogue, and making them accessible for research. Ia dibiayai dana daripada kerajaan Luxembourg; dua agensi pembangunan Norway, NORAD dan NUFU; dan beberapa lagi badan seperti Yayasan Ford dan dana khas Duta Amerika Syarikat. Antara hasil projek ialah: penghidupan kembali seni purba berkaitan penjilidan buku dan latihan pakar-pakar tempatan; penubuhan pangkalan data katalog manuskrip yang disimpan di Institut des Hautes Études et de Recherche Islamique – Ahmad Baba (IHERIAB); pendigitan manuskrip IHERIAB; dan perangsangan pertukaran ilmu di kalangan pakar manuskrip di Maghribi dan beberapa negara lan;; memulihkan penerbitan jurnal IHERIAB; dan menerbitkan buku berilustrasi, The Hidden Treasures of Timbuktu: Historic City of Islamic Africa.

Projek Manuskrip Tombouctou

Projek Manuskrip Tombouctou (Tombouctou Manuscripts Project) pula ialah projek berlainan yang dijalankan Universiti Cape Town, Afrika Selatan. Projek ini ialah kerjasama antara kerajaan Afrika Selatan dan merupakan projek kebudayaan sulung "Perkongsian Baharu bagi Pembangunan Afrika". Projek ini dituuhkan pada tahun 2003 dan masih berjalan. Satu laporan projek telah diterbitkan pada tahun 2008.

Dokumentasi

Beberapa projek dokumentasi berkaitan manuskrip Timbuktu telah dibuat termasuk:

1. Buku berkaitan Timbuktu yang membincangkan beberapa teks manuskrip yang diterbitkan pada tahun 2008.

2. Filem berkaitan projek bertajuk, The Ancient Astronomers of Timbuktu, yang diterbitkan Yayasan Ford dan Tabung Amanah Peringatan Oppenheimer pada tahun 2009.

3. Rangkaian TV Perancis/Jerman ARTE menerbitkan filem berkaitan warisan manuskrip Timbuktu, juga pada tahun 2009: Tombouctou: les manuscrits sauvés des sables Filem boleh ditonton dalam talian:

4. Sebuah filem berjudul Manuscripts of Timbuktu diterbitkan oleh Perbadanan Penyiaran Afrika Selatan juga pada tahun 2009.

5. Imej-imej digital tiga puluh dua manuskrip juga boleh dicapai daripada Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat. Sebahagian koleksi ini juga boleh dicapai melalui tapak web Perpustakaan Digital Dunia PBB..

Nota

Pautan luar


Video

Tags:

Manuskrip Timbuktu PenyelidikanManuskrip Timbuktu DokumentasiManuskrip Timbuktu NotaManuskrip Timbuktu Pautan luarManuskrip TimbuktuTimbuktuZaman Pertengahan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jabatan Akauntan NegaraPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaGunung QafKata adjektifLee Kee HiongAndai Itu TakdirnyaTeluk IntanKetumTalbis IblisChinaPekanbaruRisteena MunimYassin YahyaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaMona FandeyZodiakAniq SuhairPerak F.C.Agama BuddhaOne Cent ThiefAliff AzizLovely RunnerGunung RuangGrup Gerak KhasCiri-ciri orang munafikIsteri-isteri Nabi MuhammadNasi kerabuTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurAisyah Abu BakarSiti HariesaSunan MuriaAisha RetnoProton Holdings BerhadNoh bin OmarKrisis airKaum-kaum di MalaysiaNombor dalam budaya CinaEmiriah Arab BersatuMohd Shuhaily Mohd ZainAbdul Rahim Mohd NoorAmy Search2024 di MalaysiaPerodua KelisaTanda-tanda KiamatSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaNusantaraPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuInsya-AllahTunku Ismail ibni Sultan IbrahimKamal Affandi HashimMelisha SidabutarIslam di MalaysiaMikroorganismaSalasilah keturunan Nabi MuhammadNazim OthmanAlif SatarBaby ShimaAssalamualaikumWanna AliKerajaan Bani UmaiyahGerakan Aceh MerdekaShah AlamSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPerakKelantanTerengganuMalaysiaPukimakSenarai syarikat MalaysiaMelioidosisMelayuNatasha WilonaPasukan bola sepak kebangsaan Emiriah Arab BersatuAznil NawawiSkop ProductionsAn-Nuayman bin AmrAziz Sattar🡆 More