Madagaskar

Madagaskar (Malagasi: Madagasikaracode: mg is deprecated , Perancis: Madagascarcode: fr is deprecated ) atau nama rasminya Republik Madagaskar (Malagasi: Repoblikan'i Madagasikaracode: mg is deprecated , Perancis: République de Madagascarcode: fr is deprecated ) ialah sebuah negara kepulauan di Lautan India yang berhampiran dengan pantai timur Afrika.

Pulau utama negara ini yang juga dinamakan "Madagaskar" merupakan pulau yang keempat terbesar di dunia dan menjadikan negara ini negara kepulauan kedua di dunia; tempat tinggal semula jadi bagi 5% daripada spesies-spesies tumbuhan dan haiwan di dunia.

Republik Madagaskar
ريڤوبليك ماداڬاسكر
Repoblikan'i Madagasikara
République de Madagascar
Bendera Madagaskar
Jata Madagaskar
Bendera Jata
Cogan kata"Tanindrazana, Fahafahana, Fandrosoana"  (Malagasi)
"Tanah Air, Kebebasan, Kebenaran"
Lagu kebangsaanRy Tanindrazanay malala ô!
Tanahair Kami Tercinta
Lokasi Madagaskar
Ibu negara
dan bandar terbesar
Antananarivo
Bahasa rasmiMalagasi, Perancis
KerajaanRepublik
Andry Rajoelina
• Perdana Menteri
Christian Ntsay
Badan perundanganParlimen
Senat
Perhimpunan Kebangsaan
Pembentukan
1540
• Dijajah Perancis
6 Ogos 1896
• Penubuhan republik
14 Oktober 1958
• Merdeka dari Perancis
26 Jun 1960
Keluasan
• Jumlah
587,041 km2 (226,658 bt2) (ke-46)
• Perairan (%)
0.9%
Populasi
• Perkiraan 2021
28,427,328 (ke-52)
35.2/km2 (91.2/sq mi) (ke-174)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
USD45.948 bilion
$1,697
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
USD12.734 bilion
$471
Gini (2012)positive decrease 42.6
sederhana
HDI (2019) 0.528
rendah · kr-164
Mata wangAriary Malagasy
(MGA)
Zon waktuUTC+3 (EAT)
• Musim panas (DST)
UTC+3 (tidak diperhatikan)
Kod panggilan261
Kod ISO 3166MG
DPT internet.mg
1 Menurut perlembagaan, bahasa Malagasi adalah bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, bahasa Perancis digunapakai sebagai bahasa rasmi de facto.

Ia merupakan antara negara kurang membangun di dunia.

Sejarah

Penghijrahan orang Austronesia

Manusia pertama yang menghuni Madagaskar berasal dari kepulauan Indonesia, daripada hubungan perdagangan masyarakat peribumi Indonesia ke pantai timur Afrika pada awal abad Masihi. Berdasarkan bukti leksikal, statistik dan linguistik, bahasa Malagasi berkait paling dekat dengan bahasa Maanyan sekaligus tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Bahasa Malagasi berasal daripada bahasa Barito Tenggara dan bahasa Ma'anyan dengan banyak kata pinjaman bahasa Jawa, Melayu,[perlu rujukan] dan bahasa-bahasa lain daripada Sulawesi.

Orang-orang Ma'anyan dibawa sebagai buruh dan hamba oleh orang-orang peribumi Nusantara melalui kapal dagang mereka ke Madagaskar pada sekitar tahun 50-500 Masihi. Etnik peribumi seperti Merina dan Betsileo di Madagascar adalah penutur bahasa Austronesia dengan fenotik yang hampir sama dengan penduduk Indonesia dan Filipina. Seiring dengan peningkatan perdagangan, masyarakat dari pantai timur Afrika bermigrasi ke pulau ini.

Penerokaan orang Eropah

Orang Eropah mula mengetahui berkenaan pulau ini pada pelayaran Armada India Portugis diketuai Diogo Dias pada tahun 1500. Mereka mendirikan petempatan di Matatana selatan pulau tersebut pada 1613 atas kebenaran Gabenor Jeronimo de Azevedo, ia berkembang menjadi satu perkampungan yang lengkap.

Pada ketika ini juga, Marco Polo telah menamakan pulau ini dalam catatan penjelajahan beliau (nama asal ditulis Madageiscar) hasil kekeliruan dengan Mogadishu, sebuah pelabuhan utama yang terletak jauh di tanah Somali lalu dimasyhurkan dalam penulisan yang berikutan di Eropah semasa Zaman Pertengahan.

Geografi

Muka bumi

Madagaskar merupakan negara ke-46 terbesar di dunia dan pulau keempat terbesar di dunia dengan keluasan wilayah 592.800 kilometer persegi. Pulau utama negara ini terletak di antara garis lintang 12 °LS dan 26 ° LS, dan 43 ° BT dan 51 °BT, ia berjiran dengan Réunion milik Perancis dan negara Mauritius di sebelah timur, serta Comoros dan Mayotte di barat laut. Negara yang terdekat adalah Mozambique yang terletak di sebelah pantai tenggara benua Afrika.

Pecahnya benua prasejarah Gondwana memisahkan Madagaskar-Antartika-India dengan daratan Afrika-Amerika Selatan sekitar 135 juta tahun yang lalu. Madagaskar kemudian memisahkan diri dari subbenua India sekitar 88 juta tahun yang lalu, sehingga tanaman dan haiwan di pulau ini berevolusi dalam keadaan yang terasing. Daerah pantai timur pulau merupakan lereng sempit dan curam yang bercirikan hutan tropika.

Tanah tinggi di tengah pulau memiliki ketinggian 750 sehingga 1500 m (2460 sehingga 4920 kaki) di atas paras laut. Menurut sejarah, wilayah ini merupakan pusat kebudayaan suku Merina di kota Ambohimanga dan juga pusat kerajaan Imerina yang pernah didirikan pada abad ke-18 oleh Andrianampoinimerina. Wilayah ini juga merupakan wilayah yang paling padat penduduknya di pulau ini kerana ibu kota Antananarivo terletak di wilayah ini. Daerah ini bercirikan sawah bertingkat untuk menanam padi yang terletak di antara bukit-bukit berumput dan bekas bekas hutan lembap yang pada zaman prasejarah menutupi dataran tinggi. Kawasan dataran tinggi sebelah barat merupakan tanah gersang yang secara menuruni ke Selat Mozambique dan paya rawa yang ditumbuhi bakau terdapat di sepanjang pantai.

Puncak tertinggi Madagaskar adalah puncak Maromokotro dengan ketinggian 2876 m (9436 kaki) di pergunungan Tsaratanana diikuti oleh Puncak Bobby dengan ketinggian 2658 m (8720 kaki) di pergunungan Andringitra, dan Tsiafajavona 2643 m (8671 kaki) di pergunungan Ankaratra.

Flora dan fauna

80% daripada spesies ini adalah unik di dunia ini. Antara contoh kepelbagaian biologi di Masdagaskar yang paling ketara ialah:

Pentadbiran

Madagaskar 
Peta pembahagian kawasan tadbir utama Madagaskar

Madagaskar pada dahulunya dibahagikan pentadbiran menjadi 6 daerah (faritany mizakatena) utama yang berkuasa secara autonomi. Penggubalan perlembagaan yang baharu pada 2004 merombakkan pembahagian ini menjadi 22 daerah (faritra) yang baharu.

Regions and former provinces
Kawasan (faritra) Daerah asal
(faritany)
Keluasan
(km2)
Bancian tahun 2018
Diana (1) Antsiranana 19,266 889,736
Sava (2) 25,518 1,123,013
Itasy (3) Antananarivo 6,993 897,962
Analamanga (4) 16,911 3,618,128
Vakinankaratra (5) 16,599 2,074,358
Bongolava (6) 16,688 674,474
Sofia (7) Mahajanga 50,100 1,500,227
Boeny (8) 31,046 931,171
Betsiboka (9) 30,025 394,561
Melaky (10) 38,852 309,805
Alaotra Mangoro (11) Toamasina 31,948 1,255,514
Atsinanana (12) 21,934 1,484,403
Analanjirofo (13) 21,930 1,152,345
Amoron'i Mania (14) Fianarantsoa 16,141 833,919
Haute-Matsiatra (15) 21,080 1,447,296
Vatovavy-Fitovinany (16) 19,605 1,435,882
Atsimo-Atsinanana (17) 18,863 1,026,674
Ihorombe (18) 26,391 418,520
Menabe (19) Toliara 46,121 700,577
Atsimo-Andrefana (20) 66,236 1,799,088
Androy (21) 19,317 903,376
Anosy (22) 25,731 809,313
Jumlah kependudukan 587,295 25,680,342

Demografi

Pada tahun 2018, penduduk Madagaskar dianggarkan pada 26 juta orang, meningkat daripada 2.2 juta pada tahun 1900. Tahap pertumbuhan penduduk tahunan di Madagaskar adalah sekitar 2.9 peratus pada tahun 2009.

Bahasa Malagasi berasal dari rumpun bahasa Melayu-Polinesia dan ditutur di seluruh pulau. Dialek bahasa Malagasi, dapat dikelompokkan dalam dua kumpulan: Malagasi Timur yang ditutur di kawasan perhutanan di timur pulau dan dataran tinggi termasuk dialek Merina di Antananarivo, dan Malagasi Barat, yang dituturkan di seberang pesisir barat pulau.

Taburan kepercayaan agama dalam kalangan masyarakat Madagaskar adalah pebagai. Menurut Pew Research Center (2010), 85% penduduk mengikuti ajaran Kristian, dan 4.5% pula menuruti kepercayaan tradisi. Berdasarkan maklumat oleh pihak Amerika pada 2011 pula, 52% penduduk Madagaskar menuruti kepercayaan tradisi, dan 41% penduduk pula beragama Kristian.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Madagaskar SejarahMadagaskar GeografiMadagaskar PentadbiranMadagaskar DemografiMadagaskar Lihat jugaMadagaskar RujukanMadagaskarAfrikaBahasa MalagasiBahasa PerancisHaiwanLautan IndiaNegara pulauPulauSpesiesTumbuhan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Abang AdikCik ManggisPulau PangkorSarafPerodua AxiaSulfur dioksidaNabi Musa a.s.MajapahitMahathir MohamadJoseph KurupSeks oralMajlis Raja-RajaDaerah LangkawiProton SatriaDidi AstillahSenarai Yang di-Pertuan AgongNaim DanielNegeri-Negeri SelatPekanbaruPneumoniaIsmail Mohamed SaidSejarah MelakaTempoh haram puasaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaJabatan Kemajuan MasyarakatMuhammad al-FatihJangan Menangis Cinta (drama)Raysha RizroseJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaHari Raya AidiladhaIkan bayanSistem SuriaBani IsraelJ RevolusiTrisha OoiNILAMSultanah Nur Diana Petra AbdullahAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaLaluan Kelana JayaAmyra RosliNabi Muhammad SAWAllahSenarai syarikat MalaysiaHael HusainiSekolah Dato' Abdul RazakPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraMohamad bin HasanN. SurendranMohd Noor Helmy Abdul HalemCik Siti Wan KembangSungai PetaniSaleemSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiSabahAsiaKuala LumpurHadisHentaiAmy SearchKaum DusunParti Komunis MalayaDasar Ekonomi BaruPenunggang AgamaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahNabi Isa a.s.InstagramRukun IslamGas rumah hijauAisha RetnoBahasa CinaSuruhanjaya Syarikat MalaysiaPenanggalanDarjah kebesaran MelayuTV3🡆 More