Belarus: Negara di Eropah Timur

Belarus (/bɛləˈruːs/ ( dengar) bel-ə-ROOSS-'; Bahasa Belarus: Белару́сь, Bielaruś (sebutan bahasa Belarus: bʲɛlaˈrusʲ); Rusia: Белоруссия, Республика Беларусьcode: ru is deprecated , Belorussiya, Respublika Belarus’; Jawi: ‏بيلاروس‎code: ms is deprecated ‎), secara rasminya Republik Belarus ialah sebuah negara yang terletak di timur benua Eropah.

Negara ini bersempadan dengan Rusia di timur, Ukraine di selatan, Poland di barat, dan Lithuania serta Latvia di barat laut. Dengan keluasan 207,600 kilometer persegi (80,200 bt2) serta jumlah penduduk sebanyak 9.3 juta orang, Belarus ialah negara ke-13 terluas dan ke-20 paling banyak penduduk di Eropah. Minsk bertindak sebagai ibu negara dan bandar terbesar negara.

Republik Belarus
ريڤوبليك بيلاروس
Рэспубліка Беларусь
Республика Беларусь
Bendera Belarus
Jata Belarus
Bendera Jata
Cogan katatiada
Lagu kebangsaanМы, беларусы  (Belarus)
My, Belarusy  (transliterasi)
Kita Belarus
Lokasi  Belarus  (jingga) di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Belarus  (jingga)

di Eropah  (putih)  –  [Petunjuk]

Ibu negara
dan bandar terbesar
Belarus: Sejarah, Geografi, Politik Minsk
53°55′N 27°33′E / 53.917°N 27.550°E / 53.917; 27.550
Bahasa rasmiBelarus, Rusia
KerajaanRepublik berpresiden
• Presiden
Alexander Lukashenko (Александр Лукашенко)
• Perdana Menteri
Roman Golovchenko (Раман Галоўчэнка)
Kemerdekaan 
• Diisytiharkan
27 Julai 1990
• Ditubuhkan
25 Ogos 1991
• Disiapkan
25 Disember 1991
Keluasan
• Jumlah
80,155 bt2 (207,600 km2) (85)
• Perairan (%)
tidak penting (183 km²)
Populasi
• Perkiraan 2012
9,460,800 (90)
• Bancian Penduduk 2009
9,504,000
45/km2 (116.5/sq mi) (146)
KDNK (PPP)2016
• Jumlah
$171.7 billion (65)
$18,060 (62)
Gini (2002)29.7
rendah
HDI (2013)0.793
tinggi · 50
Mata wangRouble
(BYN)
Zon waktuUTC+3 (FET)
Kod panggilan375
Kod ISO 3166BY
DPT internet.by

Sejarah

Dari 5000 ke 2000 SM, budaya Bandkeramik mendominasi. Selain itu, sisa-sisa budaya Dnieper-Donets juga ditemui di Belarus, di samping sebahagian Ukraine. Suku Kimmeri dan penggembala lainnya menerokai daerah itu pada 1000 SM, dan pada 500 Masihi, golongan Slav telah mengambil tempat tinggal, yang dibatasi oleh Bangsa Skithia yang menerokai kawasan pinggir. Penyerang dari Asia seperti Hun dan Avar tiba pada 400–600 M, tetapi tidak dapat menyingkirkan kehadiran Slav.

Wilayah yang kini menjadi Belarus pertama kali dihuni oleh suku-suku Baltik pada abad ketiga. Sekitar abad kelima, wilayah tersebut diambil alih oleh suku Slav. Pengambilalihan tersebut berlaku sebahagiannya kerana kurangnya koordinasi ketenteraan Baltik, tetapi asimilasi Baltik ke dalam budaya Slav bersifat damai.

Geografi

Belarus ialah negara keliling darat dan datar secara relatif. Tasik dan sungai membentuk negeri ini. Kawasan paya terbesar ialah Polesia yang merupakan salah satu paya-paya terbesar Eropah. Ada 11 ribu tasik di Belarus, tetapi kebanyakannya lebih kecil daripada 0,5 kilometer persegi (124 hektar). Tiga sungai utama mengalir melalui negeri ini iaitu Sungai Neman, Sungai Pripyat dan Sungai Dnepr. Titik tertinggi Belarus ialah Dzyarzhynskaya Hara (Bukit Dzyarzhynsk), 345 meter (1,132 kaki), dan titik terendahnya ada di Sungai Neman, 90 meter (295 kaki). Iklimnya berkisar dari musim sejuk yang ganas (rata-rata suhu Januari berada pada kisaran −8 °C(18 °F) hingga −2 °C (28 °F)) dengan musim panas yang dingin dan lembap (suhu rata-rata 15 °C (59 °F) hingga 20 °C(68 °F)).

Politik

Belarus ialah sebuah republik berpresiden yang diperintah oleh seorang Presiden dan Majlis Kebangsaan. Tempoh presidensi ialah lima tahun. Dalam perlembagaan 1994, Presiden hanya dapat menjawat selama dua penggal sebagai presiden, tetapi pindaan pada 2004 menyahkan had itu. Aleksandr Lukashenko telah menjadi Presiden sejak 1994. Pada 1996, Lukashenko menyerukan pungutan suara berkontroversi untuk memanjangkan tempoh jawatan presiden dari lima ke tujuh tahun, dan akibatnya, pilihan raya pada 1999 ditunda ke 2001. Referendum ini dipanggil sebagai barang palsu "fantastis" oleh ketua jabatan pilihan raya, Viktar Hanchar, yang dipecat hanya kerana urusan rasmi selama kempen. Majlis Kebangsaan ialah sebuah parlimen dwidewan yang terdiri dari 110 anggota Dewan Perwakilan (dewan bawahan) dan 64 anggota Dewan Republik (dewan atasan).

Belarus sering digambarkan sebagai "kediktatoran terakhir Eropah" oleh sesetengah pihak media, warga politik dan penulis oleh kerana pemerintahan autoritatif Lukashenko; Lukashenko menggambarkan dirinya memiliki "gaya memerintah autoritif." Dewan Eropah menamatkan status pemerhati Belarus pada 1997 sebagai respon bagi kepincangan referendum pindaan perlembagaan November 1996. Kemasukan semula negara ke dalam Dewan bergantung pada penyelesaian yang ditetapkan oleh Dewan, termasuk penganjuran hak asasi manusia, dan kedaulatan perundangan serta demokrasi.

Belarus ialah anggota beberapa organisasi internasional seperti PBB, UNESCO, Persemakmuran Negara-Negara Merdeka, Pertubuhan untuk Keselamatan dan Kerjasama di Eropah dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Belarus memiliki satu pakatan khas dengan negara jiran Rusia, Kesatuan Rusia dan Belarus yang ditubuhkan dalam suatu siri perjanjian pada 1996–99.

Ekonomi

Pada 2014, bidang penghasilan merangkumi 37% keluaran dalam negara kasar (KDNK) Belarus. Jumlah orang yang bekerja dalam industri ialah 32.7% dalam kalangan penduduk bekerja. Pada saat pembubaran Soviet pada 1991, Belarus adalah salah satu negara-negara industri termaju di dunia berdasarkan peratusan KDNK serta negara anggota CIS terkaya. Pada 2015, 39.3% orang Belarus bekerja dalam perusahaan kerajaan, 57.2% pula di sektor swasta (di mana pemerintah memiliki 21.1% saham) dan 3.5% bekerja bagi pihak perusahaan asing. Negara ini banyak bergantung pada Rusia bagi pelbagai barangan import, termasuk minyak. Produk pertanian penting meliputi kentang dan produk ternakan seperti daging. Pada 1994, eksport utama Belarusi termasuk jentera berat (terutamanya traktor), produk pertanian dan produk tenaga.

Demografi

Bancian pada 2019 menetapkan jumah penduduk Belarus pada 9.41 juta, dengan warga Belarus merangkumi 84.9% penduduk negara. Golongan minoriti termasuk Rusia (7.5%), Poland (3.1%) dan Ukraine (1.7%). Berdasarkan bancian November 2011, 58.9% penduduk negara adalah beragama; penganut Gereja Ortodoks Timur (di bawah Gereja Ortodoks Rusia) merangkumi 82% jumlah ini. Selain itu, aliran Gereja Katolik juga wujud di bahagian barat, dan ada juga beberapa aliran Protestan. Agama-agama minoriti termasuk Katolik Yunani, Yahudi, Islam dan Neopaganisme. Secara keseluruhan, 48.3% penduduk menuruti Gereja Ortodoks, 41.1% pula tak beragama, 7.1% Katolik dan 3.3% yang lain menuruti agama-agama lain. Bahasa Belarus dan Rusia bertindak sebagai bahasa-bahasa rasmi negara.

Rujukan

Tags:

Belarus SejarahBelarus GeografiBelarus PolitikBelarus EkonomiBelarus DemografiBelarus RujukanBelarusBahasa BelarusBantuan:IPA/EnglishEn-us-Belarus.oggFail:En-us-Belarus.oggIPALatviaLithuaniaMinskPolandRusiaTulisan JawiUkraine

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hubungan seksSistem pembiakan manusiaOrang Melayu MalaysiaAliff Syukri KamarzamanFasha SandhaSepahtu Reunion Al-RayaJata MalaysiaTawauKuala LumpurBola tamparMohamad SabuAmir NafisKata namaKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Adi PutraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurTerengganuKL Special ForceKerajaan MataramAmy SearchMenara Berkembar PetronasElizabeth TanBukit AmanSharnaaz AhmadAin EdruceAznil NawawiKhalid Mohamad JiwaMelisha SidabutarHarris AlifKelapa sawitPertubuhan Keselamatan SosialMohd Ghazali Che MatTengku Permaisuri NorashikinHisteriaLapisan ozonMasjid al-AqsaKerajaan Bani AbbasiyahJanna NickIman TroyePasukan bola sepak kebangsaan IraqJamal AbdillahNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuRukun IslamBandaraya MelakaSheriffMona FandeyAcryl Sani Abdullah SaniSyasyaKerana Dia SukaSuruhanjaya Syarikat MalaysiaKanun KeseksaanPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuIsmail Mohamed SaidEmelda RosmilaShaharuddin ThambyKomunikasiIsham JalilAbdul Rahim Mohd NoorBahasa ArabKota KinabaluMohamad bin HasanAyamFarah AhmadKata ganti nama (bahasa Melayu)Ayob Khan Mydin PitchayNadia BrianDaun salamKadet Remaja Sekolah MalaysiaHak asasi manusiaMasam-Masam Manis1LiberalismeNatasha WilonaPerang UhudSiti NurhalizaAisyah Abu BakarIkan bayan🡆 More