Badak air (Jawi: بادق اءيرcode: ms is deprecated , nama saintifik: Hippopotamus amphibius) merupakan haiwan mamalia maun besar Afrika, satu dari dua spesies tambahan dalam pengelasan saintifik Hippopotamidae selain badak air kerdil.
Ia merupakan antara mammalia darat terbesar selain gajah dan sesetengah jenis badak sumbu tertentu.
Badak air | |
---|---|
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Superorder: | Cetartiodactyla |
Order: | |
Keluarga: | Hippopotamidae |
Genus: | Hippopotamus |
Spesies: | H. amphibius |
Nama binomial | |
Hippopotamus amphibius Linnaeus, 1758 | |
Taburan badak air |
Nama saintifik yang diberikan untuk haiwan ini, hippopotamus, berasal dari bahasa Latin menyerap kata gabung bahasa Yunani iaitu ἱπποπόταμος hippopótamos menggabungkan kata ίππος íppos "kuda" dan ποταμός potamós "sungai" secara harfiah bererti "kuda sungai". Terdapat juga istilah "kuda nil" yang lebih dipakai di Indonesia menyerap dari Bahasa Belanda, nijlpaard, menggabungkan kata-kata Nijl "sungai Nil" dan paard "kuda" selari dengan penamaan saintifik ini.
Terdapat lima subspesies badak air yang dikenal pasti berdasarkan rupa bentuk tengkorak dan lokasi taburan geografi::3
Badan badak air berukuran antara 2.90 hingga 5.05 meter panjang depan ke belakang, tinggi 1.30-1.65 m dari bahu ke kaki dengan ekor berukuran sekitar 35 hingga 56 sm. Purata berat dewasa adalah sekitar 1500 kg untuk jantan dan 1300 kg untuk betina, badak jantan boleh mencapai berat paling maksimum 2000 kg. Badan badak air berbentuk mirip tong dengan kaki kontot dan muncung panjang.
Kulit badak mempunyai ketebalan 6 sm mampu melindungi diri dari bahaman pemangsa sama kuat, lapisan lemak bawah kulit ia pula agak relatif nipis.:3 Bahagian atas badan badak kelabu keunguan atau biru kehitaman manakala bahagian bawahnya serta kawasan keliling telinga dan mata tampak perang kejambuan.:260
Gigi-gigi kacip dan taring masing-masing boleh memanjang sehingga 40 dan 50 sm, gigi-gigi ini digunakan sebagai senjata mempertahankan diri dari badak-badak lain yang menyerang merebut kawasan sendiri.:260
Badak air banyak tertumpu di kawasan-kawasan savana dan hutan belantara. meluangkan kebanyakan masa di sungai-sungai dan tasik danau:3 yang cukup air untuk memandikan diri serta sesuai untuk tumbuhan makanan hidup subur. Badak-badak air hanya menaiki darat untuk makan pada waktu senja sehingga sejauh 15 km Sekawan badak air boleh mempunyai lebih seratus ekor.:50 Jantan-jantan dan betina-betina sering menjauhkan diri. Seekor badak akan memandakan kawasan sendiri dengan menyahtinja kawasan sekelilingnya.
Terdapat suatu kawanan badak air yang diperkenalkan di Colombia benua Amerika Selatan oleh Pablo Escobar yang membeli badak-badak ini New Orleans sebagai haiwan peliharaannya sendiri di estet Hacienda Nápoles milik beliau 100km jauh timur dari Medellín pada tahun 1980-an. Kawanan ini sukar dipindahkan selepas kematian Escobar sehingga terpaksa dibiarkan begitu sahaja; populasi badak ini meningkat sebanyak 16 ekor dan mula mencari makanan berdekatan sungai Magdalena.
Badak-badak air memakan sepenuhnya rumput dengan sebilangan kecil aneka jenis tumbuhan akuatik. Usus badak yang baru lahir steril tanpa bakteria pencernaan yang diperlukan maka perlu diperoleh dari tinja induk semasa disusukan dan dibesarkan.
Badak betina boleh mencapai akli baligh seawal 3-4 tahun sehingga 5-6 tahun.
Pengawanan berlaku sesama pasangan jantan betina dalam air di mana sang betina dibenamkan sepanjang tempoh ini:63 sambil berhenti seketika untuk mengambil nafas. Sang betina membunting selama lapan bula; apabila tempoh ini tamat, betina bakal induk ini mengasingkan diri untuk melahirkan anak. Kelahiran anak baharu ini cenderung berlaku masa bermulanya musim hujan.:60–61
Badak betina kembali kepada kawanannya selepas 10–14 hari, ia tidak akan menelurkan ovum lagi selama 17 bulan.
Interaksi manusia dengan badak air terawal dicatat pada tinggalan tulang badak yang dikesankan pisau daging di Mendakan Bouri. Lembah Awash Habsyah seawal 160,000 tahun dahulu. Lukisan dan ukiran menggambarkan pemburuan badak turut dijumpai bertarikh 4,000–5,000 tahun dahulu pada dinding-dinding batu gua pergunungan Tassili n'Ajjer berdekatan Djanet tenggara Algeria.:1
Badak air dikaitkan masyarakat Mesir Purba dengan dewa gurun dan ribut Sutekh atau Set, pasangannya Taweret iaitu dewi kesuburan dan kehamilan turut digambarkan badannya separa haiwan ini.
Gigi badak merupakan alat upacara penilikan digunakan dalam kalangan masyarakat Yoruba.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Badak air, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.