Abiy Ahmed Ali (አብይ አህመድ አሊcode: am is deprecated , Templat:Lang-om; lahir 15 Ogos 1976) ialah seorang ahli politik dari Habsyah yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut yang terkini sejak 2 April 2018.
Abiy Ahmed Ali | |
---|---|
አብይ አህመድ አሊ Abiyyii Ahimad Alii | |
Perdana Menteri Habsyah ke-15 | |
Memegang jawatan 2 April 2018 | |
Presiden | Mulatu Teshome Sahle-Work Zewde |
Timbalan | Demeke Mekonnen |
Didahului oleh | Hailemariam Desalegn |
Pengerusi Barisan Demokrasi Revolusi Rakyat Habsyah ke-3 | |
Memegang jawatan 27 March 2018 | |
Timbalan | Demeke Mekonnen |
Didahului oleh | Hailemariam Desalegn |
Ketua Parti Demokratik Oromo | |
Memegang jawatan 22 February 2018 | |
Timbalan | Lemma Megersa |
Didahului oleh | Lemma Megersa |
Menteri Sains dan Teknologi Habsyah | |
Dalam jawatan 6 October 2015 – 1 November 2016 | |
Perdana Menteri | Hailemariam Desalegn |
Didahului oleh | Demitu Hambisa |
Director of the Information Network Security Agency Pemangku | |
Dalam jawatan 2008–2015 | |
Didahului oleh | Teklebirhan Woldearegay |
Butiran peribadi | |
Lahir | Beshasha, Jimma Zone, Socialist Ethiopia | 15 Ogos 1976
Parti politik | Parti Demokratik Oromo |
Sekutu gabungan politik lain | Ethiopian People's Revolutionary Democratic Front |
Pasangan | Zinash Tayachew |
Anak-anak | 3 anak perempuan dan 1 anak angkat lelaki |
Pendidikan | Microlink Information Technology College (BA) University of Greenwich (MA) Ashland University (MBA) Universiti Addis Ababa (PhD) |
Laman web rasmi | FDRE Office of the Prime Minister |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Kesetiaan | Habsyah |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Habsyah |
Tahun perkhidmatan | 1991–2010 |
Pangkat | Lieutenant Colonel |
Unit | Army Signals Corps |
Perkhidmatan | Information Network Security Agency |
Pertempuran | Perang Saudara Habsyah United Nations Assistance Mission for Rwanda Perang Eritrea–Habsyi |
Beliau telah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 2019 sebagai pengiktirafan atas usaha beliau bagi pihak negaranya menyelesaikan konflik berlarutan dengan pihak negara Eritrea yang berjiranan.
Pada Oktober 2021, Abiy Ahmed secara rasmi mengangkat sumpah untuk penggal 5 tahun kedua.
Abiy Ahmed lahir di Beshasha, Provinsi Kaffa (kini Zon Jimma, Kawasan Oromia), pada 15 Ogos 1976. Ayahnya Ahmed Ali merupakan seorang penganut Islam berbangsa Oromo (dan mempunyai empat orang isteri), manakala ibunya Tezeta Wolde merupakan penganut Kristian mazhab Ortodoks berbangsa Amhara. Ahmed mempunyai tiga isteri lain hasil perkahwinan poligami - Abiy merupakan anak ke-13 hasil perkahwinan ini dan anak keenam dan bongsu dari Tezeta.
Beliau menyertai pihak pemberontak menentang rejim Derg pimpinan Mengistu Haile Mariam ketika berusia 17 tahun.
Pada tahun 1995, beliau menyertai delegasi Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Kigali, Rwanda bagi memerhatikan keadaan di sana berikutan suatu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di negara tersebut. Ketika perang saudara antara pihak-pihak Eritrea dan Habsyi tercetus dari tahun 1998 hingga 2000, beliau mengetuai suatu badan perisikan yang bekerja menembusi dan memerhatikan kedudukan dalam tentera pihak lawan.
Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai seorang anggota dalam Parti Demokratik Oromo - salah satu parti utama dalam pakatan Barisan Demokrasi Revolusi Rakyat Habsyah. Beliau segera menjadi ahli jawatankuasa pusat partinya serta ahli kongres jawatakuasa eksekutif pakatan politik tersebut.
Pada 2 April 2018, Abiy dilantik oleh Dewan Perwakilan Habsyi dan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Habsyah.
Pada Jun 2018, pemerintah pimpinannya mengumumkan penswastaan besar-besaran terhadap syarikat milik negara serta pembebasan beberapa sektor ekonomi yang utama dalam negara tersebut.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Abiy Ahmed, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.