Batman

Kulit Batman #608 (Oktober 2002).Pensel oleh Jim Lee.

Batman
Penerbit Komik DC
Kemunculan pertama Sejarah:
Komik Detektif #27
(Mei 1939)
Moden:
Batman #404 (Batman: Tahun Pertama #1, Februari 1987)
Dicipta oleh Bob Kane
Bill Finger
Statistik
Nama sebenar Bruce Wayne
Status Aktif
GabunganKeluarga Batman, Superman
Gabungan dahuluOrang luar, Liga Keadilan
Bumi-Dua:
Persatuan Keadilan Amerika, Skuadron Artis Handalan
Nama lainMatches Malone
Saudara terkenalThomas Wayne (ayah, maut)
Martha Wayne (ibu, maut)
Phillip Wayne (bapa saudara dan bapa angkat, maut)
Dick Grayson (anak angkat)
Jason Todd (anak angkat)
Tim Drake (anak angkat)
Bumi-Dua:
Helena Wayne (anak perempuan, maut)
Kesinambungan lain:
Ibn al Xu'ffasch (anak lelaki)
Kuasa terkenal Tiada;
* kecerdasan tahap genius
* tuan detektif
* keadaan fizikal manusia
  terbaik
* guru silat
* ahli eskapologi
* boleh menggunakan
  perkakas teknologi tinggi.

Wira perkasa Komik DC merupakan watak fiksyen yang pertama kali muncul dalam satu naskhah Komik Detektif pada bulan Mei 1939. Batman, bersama Superman di bawah label DC menjadi antara wira-wira komik terkenal di dunia. Batman direka oleh Bob Kane.

Nama sebenar Batman ialah Bruce Wayne, seorang jutawan dan pemilik kepada Wayne Industries, sebuah syarikat besar di kota Gotham, yang mempunyai zaman kanak-kanak yang penuh kegelapan, sewaktu ibu bapanya dibunuh di depan matanya sendiri.

Kemahiran dan Kebolehan

Tidak seperti wira komik yang lain seperti Superman, Batman tidak mempunyai kuasa yang dihasilkan dalam badannya. Sebaliknya dia memperoleh kemahirannya yang menakjubkan itu melalui latihan yang amat dahsyat. Komik-komik Batman selama ini tidak menjelaskan dengan lebih terperinci berkenaan cara Bruce mempelajari kemahirannya.

Bruce Wayne menguasai banyak ilmu dan kemahiran sehingga mencapai tahap pakar di dalam setiap satu darinya. Berikut adalah senarai ilmu dan kemahiran yang telah beliau perolehi sebelum menjadikan dirinya The Batman :

  • kemahiran menyamar
  • kemahiran perisikan
  • kemahiran halimunan
  • kemahiran interogasi
  • kemahiran penyiasatan
  • kemahiran pelbagai seni tempur
  • kemahiran persenjataan
  • kemahiran gimnastik & olahraga
  • kemahiran forensik

Ada banyak lagi kemahiran yang dikuasai oleh Bruce Wayne. Ini adalah disebabkan dia telah mula berguru di dalam pelbagai bidang sejak umur awal remaja lagi. Walaupun dia hanyalah manusia biasa, dia berjaya membuktikan bahawa potensi kemampuan manusia boleh mencapai tahap mengagumkan jika dilatih dengan cara yang sistematik serta ditambah dengan dengan kesungguhan yang luar biasa. Beliau adalah HERO yang dianggap setaraf SUPERHERO oleh rakan-rakan seperjuangannya yang terulung seperti Superman dan Wonder Woman.

Dalam filem Batman Begins, Bruce Wayne menyertai satu pertubuhan kongsi gelap pimpinan Ra's al Ghoul di pergunungan Himalaya dan di sinilah dia melatih seni mempertahankan diri yang luar biasa.

Pakaian

Rekabentuk Batsuit mengalami perubahan melalui zaman, namun sifat-sifat terpenting kostum ini dikekalkan, termasuk kain jubah scallop-hem, topeng yang melitupi kepalanya dan bertanduk seperti telinga kelawar, dan simbol kelawar pada dadanya.

Kelengkapan

Batmobile ialah kenderaan utama Batman yang berwarna hitam dan memecut pada kelajuan tinggi agar wira ini cepat sampai di tempat kejadian jenayah. Senjata utamanya batarang berasaskan alat boomerang yang berbentuk kelawar dilemparkan terhadap lawannya. Batman menyimpan kebanyakan kelengkapannya dalam tali pinggang utilitinya yang berwarna kuning, dan dikatakan menampung pelbagai senjata pembasmi jenayah dalam kuantiti seakan-akan tidak terhad.

Pembantu

  • Robin, tidak dapat dinafikan, merupakan pembantu Batman terpenting. Terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly.
  • Alfred Pennyworth merupakan ketua pembantu di sebuah rumah agam milik Wayne yang setia berkhidmat kepadanya dan Wayne sendiri menganggap Alfred seperti bapanya sendiri.
  • James "Jim" Gordon merupakan bekas pesuruhjaya polis Gotham dan bekerjasama dengan Batman secara rapat meskipun terdapat perbezaan dalam pendekatan mereka untuk membasmi jenayah.

Batman juga dibantu Superman dan ahli Justice League yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.

Musuh

  • Joker seorang penjahat memiliki penampilan seperti badut yang dianggap oleh peminat Batman sebagai musuh tradisinya. Mempunyai masalah mental yang dialami akibat isu dalam keluarganya.
  • Penguin atau Oswald Chesterfield Cobblepot merupakan seseorang yang memiliki tubuh pendek dan gempal yang menggunakan pendekatan memperalatkan burung untuk menjalankan kerja jahatnya.
  • Catwoman pula merupakan seorang penyamun berpakaian seperti kucing, yang dianggap berada dalam senarai musuh Batman yang baik dan juga jahat kerana adakalanya membantu Batman atau wira lain menumpaskan musuh lain.
  • Riddler (Edward Nigma) gemar mempermainkan seluruh kota Gotham dengan mengeluarkan pelbagai teka-teki.
  • Two-Face (Harvey Dent) pula merupakan seorang individu yang mengalami trauma selepas mengalami kemalangan hingga menyebabkan sebelah mukanya menjadi cacat akibat kebakaran.
  • Mr Freeze (Victor Fries) menghuru-harakan kota Gotham dengan membeku dan menyejukkan seluruh kota tersebut.
  • Poison Ivy (Dr. Pamela Lillian Isley) pula mengganggu ketenteraman Gotham dengan "menanam" tumbuh-tumbuhan gergasi yang buas dan mengancam.

Di media lain

Filem

Batman 
Michael Keaton sebagai watak eponim dalam filem Batman (1989).

Pada tahun 1989, Warner Bros. mengeluarkan filem aksi langsung Batman; diarahkan oleh Tim Burton dan membintangi Michael Keaton sebagai watak tajuk. Filem itu adalah kejayaan besar; bukan sahaja filem terunggul tahun ini, tetapi pada masa itu adalah filem kelima tertinggi dalam sejarah. Filem ini juga memenangi Anugerah Akademi untuk Arah Seni Terbaik.. Kejayaan filem ini menghasilkan tiga filem sekuel, iaitu Batman Returns (1992), Batman Forever (1995) dan Batman & Robin (1997); dua yang terakhir diarahkan oleh Joel Schumacher bukannya Burton, dan menggantikan Keaton sebagai Batman dengan Val Kilmer dan George Clooney. Filem Schumacher yang kedua gagal mengatasi mana-mana pendahulu dan kritikal; menyebabkan Warner Bros membatalkan sekuel keempat yang dirancang, Batman Unchained , dan menamatkan awal siri filem.

Batman 
Christian Bale sebagai Batman di dalam filem trilogi The Dark Knight.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Batman Kemahiran dan KebolehanBatman PakaianBatman KelengkapanBatman PembantuBatman MusuhBatman Di media lainBatman RujukanBatman Pautan luarBatmanJim Leeframes

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bola jaringMasya-AllahNabi Saleh a.s.Modal insanOrang Asli di Malaysia16 Lagu Lagu Hari Raya Aidil FitriOne Cent ThiefTadau KaamatanNajib RazakMajlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuTengku Permaisuri NorashikinSejarah IslamAyu RaudhahRukun NegaraBukan Sekadar LafazMelakaFalsafah Pendidikan MalaysiaPemancutan maniDini SchatzmannSultan TerengganuIndonesiaNabi Lut a.s.Universiti Sains MalaysiaNegeri-Negeri MelayuPasukan bola sepak kebangsaan LubnanKhawarijLee Chong WeiFarah AhmadDollaBola sepakKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Bahasa Melayu KunoPiala Dunia FIFA 2010TwitterSyatilla MelvinPeribahasaDaerah di SabahPeribahasa MelayuSurah al-FatihahBola sepak di Sukan Asia 2006Jabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaBukit Kepong (filem)Pasukan bola sepak kebangsaan IndonesiaMat SallehPertubuhan Kerjasama IslamPiala Dunia FIFA 2026Darurat Tanah MelayuSomaliaMierul AimanYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanSenarai negara mengikut sistem kerajaanPilihan raya umum Malaysia 2022MonokotiledonAngkorJabatan Kastam Diraja MalaysiaPerlembagaan MalaysiaTakwim HijrahPulau PangkorAntun kanak-kanakPakatan HarapanPenanda wacanaPulau TiomanLayang Layang PerkahwinanNaim DanielZul AriffinSaifuddin Nasution IsmailAdnan Abu Hassan (ahli politik)Infinity WardKhairulamingPerluasan Persatuan Negara-negara Asia TenggaraPasukan bola sepak kebangsaan ChinaPuyuDadahUniversiti Teknologi MARAAzahari HusinHemoroidPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Proton Saga🡆 More