Bandar Raya: Bandar dengan populasi melebihi 100,000 orang

Bandar raya (Jawi: ‏بندر راي‎code: ms is deprecated ‎) atau bandaraya (Jawi: ‏بندراي‎code: ms is deprecated ‎) berasal dari dua perkataan iaitu bandar dan raya - besar.

Oleh itu bandar raya membawa maksud "bandar yang besar lagi penting yang biasanya ada penduduk seramai 100,000 penduduk atau lebih." Bagaimanapun jumlah penduduk ini berbeza mengikut negara.

Bandar Raya: Sepintas lalu, Geografi, Masalah di kawasan bandar raya
Pusat bandar raya Chicago dari pandangan udara.

Sesebuah bandar raya adalah berbeza daripada kawasan metropolitan kerana sebuah bandar raya merujuk kepada satu kawasan berautonomi penuh yang telah diwartakan oleh kerajaan manakala sebuah kawasan metropolitan pula merujuk kepada kawasan perbandaran yang merebak sehingga menggabungkan bandar-bandar lain di dalamnya. Contohnya, kawasan metropolitan Lembah Klang meliputi beberapa buah bandar dan bandar raya seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang, Subang Jaya, Ampang, Kajang dan Putrajaya, manakala kawasan yang diwartakan sebagai Bandar Raya Kuala Lumpur hanya terhad kepada kawasan yang dirangkumi sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Contoh bandaraya di Malaysia (diwartakan secara rasmi) seperti bandar raya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu dan Kuching.

Sepintas lalu

Kebanyakan bandar raya utama di dunia berkembang hasil daripada Revolusi Industri dan mudah dikenali melalui penggunaan tanah serta populasi penduduk. Bandar raya besar dan berindustri lazimnya mempunyai sistem saliran, pengangkutan, utiliti, perumahan dan penggunaan tanah yang cekap.

Bandar Raya: Sepintas lalu, Geografi, Masalah di kawasan bandar raya 
Bandar raya Kuala Lumpur, salah satu contoh metropolis.

Secara umumnya, sesebuah bandar boleh dikategorikan sebagai bandar raya setelah mencapai bilangan 100,000 penduduk. Metropolis merujuk kepada bandar raya dengan lebih 1 juta penduduk seperti di Kuala Lumpur. Bandar raya sedemikian selalunya menghasilkan pertumbuhan perbandaran di kawasan sekitar sehingga merangkumi bandar-bandar berdekatan yang lain, dikenali sebagai kawasan metropolitan ataupun konurbasi. Apabila sesebuah kawasan metropolitan turut merangkumi lebih daripada satu metropolis, ia dikenali sebagai sebuah megalopolis seperti di Tokyo.

Geografi

Bandar raya purba selalunya kelihatan seperti tidak tersusun, namun kebanyakan bandar raya hari ini adalah tersusun dengan kawasan pusat bandar raya yang dapat dikenal pasti dengan mudah.

Pusat bandar raya merujuk kepada kawasan komersial terpadat serta terbesar di dalam bandar raya tersebut, memandangkan ia merupakan nadi ekonomi dan pentadbiran utama bagi sesebuah bandar raya. Ia disusuli dengan kawasan perumahan yang terletak berhampiran dengan pusat bandar raya. Kawasan industri pula biasanya didirikan agak jauh daripada kawasan perumahan untuk mengelakkan penduduk daripada menerima kesan buruk akibat pencemaran di kawasan industri. Jaringan sistem pengangkutan awam serta rangkaian jalan raya dan lebuh raya yang baik adalah perlu bagi menghubungkan ketiga-tiga kawasan tersebut.

Sistem kerajaan tempatan

Di Malaysia, sesebuah bandar raya ditadbir oleh satu sistem kerajaan tempatan, sama ada majlis perbandaran ataupun majlis bandaraya. Kelayakan bagi kedua-dua badan kerajaan tempatan adalah seperti berikut:-

  • Majlis Perbandaran: Mempunyai lebih 100,000 penduduk serta mempunyai pendapatan setahun antara RM5 juta hingga RM20 juta
  • Majlis Bandaraya: Mempunyai lebih 500,000 penduduk serta mempunyai pendapatan setahun melebihi RM20 juta.

Masalah di kawasan bandar raya

Sesebuah bandar raya lazimnya tidak dapat lari daripada masalah-masalah utama seperti berikut:-

  1. Masalah pencemaran air, udara dan bunyi.
  2. Masalah kekurangan tanah berhampiran kawasan bandar raya, menyebabkan harga tanah di bandar raya jauh lebih mahal daripada di kawasan luar bandar. Ia turut mengakibatkan harga rumah dan premis menjadi mahal.
  3. Masalah setinggan, berikutan harga rumah yang sangat mahal di kawasan bandar raya.
  4. Kadar jenayah yang tinggi.
  5. Kesesakan jalan raya yang teruk.
  6. Meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja. [perlu rujukan]
  7. Masalah sampah serta sistem pembetungan air najis.

Pemandangan bandar raya di dunia

Fail:KL-Skyline Night HDR.JPG
Latar langit Kuala Lumpur pada waktu malam, ibu negara Malaysia
Pandangan udara Gelugor dan George Town di timur laut Pulau Pinang, Malaysia

Lihat juga

Carilah bandar raya dalam Wiktionary, kamus bebas.

Statistik

Hierarki perbandaran

Masalah sosial

Tags:

Bandar Raya Sepintas laluBandar Raya GeografiBandar Raya Masalah di kawasan bandar rayaBandar Raya Pemandangan bandar raya di duniaBandar Raya Lihat jugaBandar RayaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Orang YahudiR.A. KartiniFrekuensi radio di SelangorKerisSlot MegaDramaPerpaduanAngkatan Tentera Republik Islam IranKesan rumah hijauFrekuensi radio di KedahSenarai buahBola jaringBuliUnifi TVHemoroidMinangkabauSerpihan SayangTentera Darat MalaysiaSoffi JikanKesultanan Melayu MelakaSingapura dalam MalaysiaBola tamparHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMMelakaTerlanjur Cinta (drama web)TikTokShah AlamAzzim ZahidPerang AhzabPitt HanifIntan NajuwaJerry MaguireSrivijayaSyariat IslamAmanah Ikhtiar MalaysiaSolat sunatSultan PerakOne Cent ThiefCristiano RonaldoPuteri KhareezaDollaAyob Khan Mydin PitchayNadia AqilahBani IsraelAmelia HendersonChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorBismillahBatu Bersurat TerengganuSari YantiElly MazleinRemy IshakPulau RedangJenis air untuk bersuci dalam IslamNabi Muhammad SAWJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaCik ManggisBunga rayaRaja Zarith SofiahSiksa KuburKL Gangster 2KhawarijFilem Malaysia tahun 2024Kerajaan Bani AbbasiyahRazarudin HusainSabahRedza RosliMona FandeySistem sarafSenarai raja-raja MelayuSumbang mahramBahasa MaduraGeografi MalaysiaSenario (kumpulan muzik)Melitha SidabutarAsiaBangladeshKhunsaEmelda RosmilaKadazan-Dusun🡆 More