Azerbaijan

Azerbaijan (Bahasa Azeri: Azərbaycan), secara rasmi dipanggil Republik Azerbaijan (bahasa Azerbaijani: Azərbaycan Respublikası), ialah sebuah negara di Kaukasus selatan.

Terletak pada simpang jalan Eropah Timur dan Asia Tenggara, Azerbaijan menyempadani Laut Caspian di timur, Rusia di utara, Georgia di barat laut, Armenia di barat, dan Iran di selatan. Republik Autonomi Nakhichevan (sebuah enklaf Azerbaijan) menyempadani Armenia di utara dan timur, Iran di selatan dan barat, dan Turki di timur laut. Kawasan Nagorno-Karabakh di bahagian barat daya Azerbaijan Proper mengisytiharkan kemerdekaan daripada Azerbaijan pada tahun 1991, tetapi kemerdekaan itu tidak diakui oleh sebarang negara.

Republik Azerbaijan
ريڤوبليك أذربايجن
Azərbaycan Respublikası
Bendera Azerbaijan
Jata Azerbaijan
Bendera Jata
Cogan katatiada
Lagu kebangsaanAzərbaycan Respublikasının Milli Himni
(Kawat Azerbaijan)
Lokasi Azerbaijan
Ibu negara
dan bandar terbesar
Azerbaijan Baku
Bahasa rasmiBahasa Azerbaijan
KerajaanRepublik
• Presiden
Ilham Aliyev
Ali Asadov
Kemerdekaan 
• Republik Demokratik
28 Mei 1918
• Diisytihar
30 Ogos 1991
• Tamat
25 Disember 1991
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Populasi
• Perkiraan 2020
10,139,177 (90)
• Bancian Penduduk 1999
7,953,438
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$210.864 billion
$21,082
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$94.76 billion
$9,346
Gini (2019)22.3 low
Ralat: Nilai Gini tidak sah
HDI (2019)0.787
Ralat: Nilai IPM tidak sah
Mata wangManat Azerbaijan
(AZN)
Zon waktu()
Kod panggilan+994
Kod ISO 3166AZ
DPT internet.az

Azerbaijan ialah sebuah negara sekular, dan telah menjadi ahli Majlis Eropah sejak tahun 2001. Orang-orang Azerbaijani (atau dengan mudah, Azeris) merupakan penduduk majoriti yang kebanyakannya adalah penganut Syiah Islam. Secara rasmi, negara ini ialah sebuah demokrasi memuncul, tetapi dengan pemerintahan autoritarianisme yang kuat.

Etimologi

Berdasarkan etimologi moden, perkataan Azerbaijan (Azərbaycan dalam bahasa Azerbaijan) berasal daripada Atropates, seorang satrap Parsi di bawah pemerintahan Empayar Achaemenid yang kemudiannya berkhidmat sebagai satrap Media di bawah pemerintahan Alexander Agung. Asal usul perkataan Atropates sendiri dipercayai berakar daripada Parsi Kuno yang berkaitan dengan agama Majusi, yang bermaksud "Dilindungi oleh api (suci)". Sepanjang tempoh sealaf, nama ini berkembang kepada Āturpātākān (Parsi Pertengahan), seterusnya kepada Āzarbāydjān (Parsi Baharu) dan pada hari ini Azerbaijan. Nama Azerbaijan diguna pakai buat pertama kali untuk merujuk kepada kawasan Republik Azerbaijan pada hari ini oleh kerajaan Musavat pada tahun 1918 selepas keruntuhan Empayar Rusia.

Sejarah

Azerbaijan 
Rantau Transcaucasus pada abad ke-2 SM.

Dari abad ke-6 Sebelum Masihi (SM), proto-Azerbaijan sebahagian daripada Empayar Parsi manakala agama Majusi telah berkembang sebagai agama utama. Pada sekitar abad ke-4 SM, munculnya kerajaan Arran atau lebih dikenali sebagai Albania Caucasia (tiada pertalian hubungan dengan negara Albania di rantau Balkan). Bermula dari tahun 325 M, orang Albania telah memeluk agama Kristian, membina banyak gereja dan runtuhan sebahagian daripadanya masih dapat didapati pada hari ini. Sejarah Albania Caucasia telah memberi kepentingan politik yang hebat kepada orang Azeri pada hari ini.

Kerajaan Albania bersama dengan Armenia dan Iberia pada suatu masa dahulu merupakan tiga kerajaan Kristian yang hebat di rantau Caucasus. Namun, dalam pertikaian sengit antara Rom, Parsi, Arab dan Turk, orang Albania berlainan daripada orang Armenia dan Georgia yang terdedah kepada penyerapan budaya-budaya asing.

Zaman Pertengahan

Azerbaijan 
Makam Shirvanshah dari abad ke-15 di Baku.

Proses percampuran ini memakan masa yang panjang dengan beberapa kurun lamanya. Di samping segelintir orang Albania bercampur dengan budaya Armenia dan Georgia, ramai juga orang Albania telah memeluk agama Islam dibawa oleh orang Arab sekitar abad ke-8 dan ke-9. Kemasukan bahasa Parsi pula (kemudiannya dikenali sebagai “Azeri Lama”) telah dibawa oleh orang Parsi sekitar tahun 1100. Bermulanya abad ke-12, mereka menjadi “Turk Azerbaijan” apabila puak Oghuz Turk tiba dengan jumlah yang besar dari Turkmenistan dan seberang Laut Kaspia yang mana ia sebahagian daripada penghijrahan Turk. Sementara itu, penghuni asal rantau Caucasus beragama Kristian mengambil langkah berundur ke kawasan kaki pergunungan. Suku Oghuz Turk ini juga yang menghuni sejauh di semenanjung Anatolia dan mereka mengasaskan budaya Turki yang dipelihara hingga ke hari ini di negara moden Turki. Proses evolusi ini menyaksikan kemunculan budaya dan bahasa Azerbaijan moden (Turkik) pada abad ke-16.

Zaman perkembangan budaya klasik pada abad ke-12 telah melanda kota Qabala, Barda dan Nakhchivan. Shamakhi pula muncul sebagai ibu kota Shirvan manakala kemahsyuran dan keunggulan bahagian Ganja telah digambarkan oleh penyair klasik kebangsaan, Nizami Gəncəvi. Walau bagaimanapun, pada abad ke-13, kota-kota tersebut telah dihamburkan menjadi debu oleh Mongol, Tamerlane serta dilanda gempa bumi.

Selepas dua kurun berikutnya, perdagangan kafilah semakin meningkat sekali gus membawa kepada pertumbuhan semula kota Shirvan. Penguasanya, Shirvanshah telah meraih kemenangan penting dalam pertempuran menentang Safawiyah Parsi pada tahun 1462. Namun pada tahun 1501, Safawiyah bertindak membalas dendam dengan menakluk Shirvan sambil dipimpin oleh Shah Ismail I. Peristiwa ini memperlihatkan Shirvan memeluk agama Syiah serta tunduk kepada penguasaan seluruh Empayar Parsi.

Pemerintahan Safawiyah

Azerbaijan 
Shah Ismail I menewaskan Shirvanshah pada 1500.

Sementara itu, pada awal abad ke-16, kawasan moden Azerbaijan telah diperintah oleh Safawiyah, sebuah dinasti Parsi beragama Syiah yang berasal daripada gerakan keagamaan Safaviyya. Nama gerakan itu diambil daripada pemimpinnya, Safi ad-Din. Gerakan Safaviyya telah diasaskan di Azerbaijan. Para pemimpin mereka terdiri daripada orang Kurdi dan Azerbaijan. Tambahan lagi, bahasa Azerbaijan menjadi bahasa terpenting untuk aktiviti keagamaan dan kebudayaan di seluruh kerajaan Safawiyah walaupun bahasa Parsi kekal sebagai bahasa rasmi yang dominan. Safawiyah menjadikan Syiah sebagai agama rasmi kerajaan dan mendorong orang Azerbaijan dan Iran untuk berpaling daripada ajaran Sunni, yang mana ia masih lagi agama dominan yang terdapat di negara jiran Azerbaijan.

Kekuasaan Safawiyah akhirnya beransur merosot akibat menerima tekanan dalaman dan luaran. Uthmaniyah dan Uzbek telah lama menjadi ancaman kepada Safawiyah dari arah timur dan barat sejak sekian lama. Ancaman itu kemudiannya disusuli oleh Rusia yang mula memberi tentangan kepada penguasaan Parsi di kawasan Caucasus Utara. Tambahan lagi, Syarikat Hindia Timur Belanda juga mendesak Parsi untuk keluar daripada jalur perdagangan yang menguntungkan ke Afrika dan Timur Tengah. Pertikaian etnik dan agama juga memainkan peranan dalam kejatuhan Safawiyah. Hal ini dapat dilihat apabila Safawiyah mengusir etnik Georgia pergi meninggalkan petempatan mereka di rantau Caucasus serta memaksa orang Sunni Afghan menganut agama Syiah. Kemusnahan Safawiyah akhirnya menjadi nyata pada tahun 1736.

Walaupun legasi Safawiyah diteruskan oleh dinasti Afshariyah dan Zand Parsi, kedua-duanya bertempoh singkat manakala wilayah-wilayah utara termasuk kawasan moden Azerbaijan secara de facto diperintah oleh puak-puak atau kekhanan Turk yang bebas.

Dinasti Qajar bangkit merebut kekuasaan di Parsi pada tahun 1789. Qajar merupakan orang Azerbaijan yang memainkan peranan pusat ketika di bawah pemerintahan Safawiyah. Mereka telah mengembangkan budaya dan bahasa Azerbaijan dalam kerajaan baharu serta berjaya untuk mengukuhkan pemerintahan negara. Walau bagaimanapun, kawasan moden Azerbaijan telah ditakluk oleh Rusia melalui rundingan Perjanjian Gulistan (1813) dan Perjanjian Turkmenchay (1828) tidak lama selepas Qajar berkuasa. Dinasti Qajar akhirnya runtuh pada tahun 1925 selepas menerima tekanan daripada pecahan politik yang membentuk sebagai kerajaan yang berhasrat untuk memodenkan dan memperbaharui institusi pemerintahan negara.

Pemerintahan Rusia

Azerbaijan 
Situasi di Caucasus selepas Perjanjian Gulistan di mana Parsi menyerahkan banyak wilayahnya di Caucasus kepada Rusia.

Semasa kekhanan mempertahankan kedaulatannya, Kerajaan Katli-Kakheti dan Imereti yang berpusat di Georgia dan menguasai sebahagian besar kawasan pusat Caucasus Utara pada masa itu telah mengisytiharkan kemerdekaan daripada Parsi dan menjadi negeri naungan Rusia pada tahun 1783. Walau bagaimanapun, Qajar memulihkan semula empayarnya dan menundukkan semula Georgia dalam satu pertempuran berdarah pada tahun 1795.

Rusia ingin mengekalkan pengaruhnya di kawasan itu kerana mereka lihat kawasan tersebut mempunyai kepentingan strategik untuk melancarkan serangan dan bertahan daripada ancaman Uthmaniyah dan Parsi. Jadi pada awal 1800-an, konflik yang serius tercetus antara Rusia dan Parsi. Rusia yang mempuynai kelebihan dari segi penggunaan senjata dan taktik peperangan telah menewaskan Parsi hampir dalam setiap pertempuran. Pada tahun 1828, Rusia telah mendominasi hampir seluruh kawasan utara dan selatan Caucasus.

Untuk mengukuhkan pemerintahannya, Rusia telah menggalakkan penghijrahan orang Kristian terutamanya daripada mazhab bukan Ortodoks dari Rusia, orang Jerman dari Würtemburg dan orang Armenia dari Empayar Uthmaniyah. Secara tidak langsung, ia menyemai kepada benih-benih konflik etnik yang tercetus pada tahun 1905, 1918 dan 1989.

Tsar telah membenarkan pelaksanaan autonomi kepada kekhanan tempatan di Azerbaijan. Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 1870 apabila simpanan minyak yang besar telah dibangunkan di Azerbaijan. Baku yang menempatkan banyak simpanan minyak telah menyaksikan pertumbuhan populasi daripada 10,000 kepada 250,000 orang hasil perpindahan imigran yang berduyun-duyun menuju ke kota itu untuk bekerja di kilang-kilang minyak. Harwatawan dari Barat seperti Rothschild dan Nobel telah dipelawa untuk menjadikan Azerbaijan sebagai lokasi ujian teknologi minyak mereka yang terkini. Baku juga menjadi perhentian tamat bagi saluran paip minyak pertama di dunia. Keluarga Nobel telah mengarahkan pembinaan Zoroaster, kapal tangki minyak pertama di dunia untuk mengangkut petroleum dari telaga minyak di Azerbaijan.

Azerbaijan 
Plak pengisytiharan penubuhan Republik Demokratik Azerbaijan.

Pembinaan Landasan Kereta Api Transcaucasus telah bermula pada tahun 1865 di Poti di Laut Hitam dan disambung ke Baku pada tahun 1883. Pembinaan itu untuk memastikan tentera Rusia dapat bergerak dengan pantas melalui kawasan pergunungan yang berceranggah apabila khidmat mereka diperlukan untuk berdepan dengan ancaman luaran mahupun dalaman. Landasan kereta api ini juga membolehkan Rusia membangunkan ekonomi di rantau Caucasus serta menjadi laluan penting yang lain untuk mengangkut minyak-minyak dari Baku ke Barat. Pada tahun 1905, ia telah membekalkan separuh daripada minyak dunia sekali gus menghasilkan kekayaan besar dan kemajuan budaya sementara golongan kelas bawahan menghadapi penderitaan dan keadaan yang sulit. Dengan dieksploit oleh Joseph Stalin, keluhan mereka terkumpul sebelum menjadi kekacauan yang mencetuskan beberapa konflik antara etnik.

Berikutan Revolusi Rusia 1917 dan keadaan Perang Dunia Pertama yang masih belum menemui titik noktah, Azerbaijan telah mengisytiharkan kemerdekaannya dan menjadi dunia Islam pertama yang mengamalkan 'demokrasi'. Lagipun, Baku dapat menyertai negara baharu itu selepas pemimpin pemberontak sosialis pro-Rusia telah diusir hasil bantuan tentera Turki. Kemudian, tentera Turki berundur lalu membolehkan kemerdekaan Republik Demokratik Azerbaijan dipelihara. Walau bagaimanapun, entiti pemikiran sekular yang dibanggakan oleh orang Azeri hanya bertahan dalam tempoh masa yang singkat.

Sementara itu, negara Armenia juga mengisytiharkan kemerdekaannya. Seterusnya, Armenia dan Azerbaijan terlibat dalam peperangan untuk merebut wilayah-wilayah pertikaian termasuklah Karabakh dan Nakhchivan. Disebabkan oleh kedua-dua bangsa ini tinggal di bawah pemerintahan empayar yang besar selama beberapa kurun, maka tiada sempadan yang nyata untuk memisahkan bangsa-bangsa ini. Peperangan ini berlanjutan sehingga tahun 1920 apabila Tentera Merah Bolshevik telah menceroboh Azerbaijan dan Armenia lalu meletakkan kedua-dua negara itu di bawah penguasaan Soviet. Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia telah dibentuk yang menggabungkan Georgia dan Armenia bersama-sama Azerbaijan.

Pemerintahan Soviet

Azerbaijan 
Tentera Merah di Baku pada 1920.
Poster Azerbaijan Soviet pada awal 1930-an

Pada asalnya, Azerbaijan berada di bawah satu entiti, Republik Sosialis Persekutuan Soviet Transcaucasia bersama dengan Armenia dan Georgia. Namun, republik ini berpecah kepada tiga pecahan baharu selepas mendapati ketiga-tiga negara itu tidak dapat menjalinkan kerjasama. Azerbaijan telah menjadi bahagian yang strategik yang penting untuk Soviet dengan membekalkan 60% daripada penghasilan minyak negara. Azerbaijan menerima pelaburan modal yang banyak daripada kerajaan Soviet untuk membangunkan ladang baharu dan menggalakkan aktiviti pertanian. Malahan, Azerbaijan juga menjadi pengeluar teh terbesar untuk Soviet.

Perubahan sempadan telah mengecilkan skop kawasan Azerbaijan yang lebih memihak kepada Armenia. Nakhcivan telah dipisahkan daripada saki-baki negara Azerbaijan. Keazaman yang ditonjolkan oleh 'bapa komunisme Azerbaijan', Nəriman Nərimanov untuk mengekalkan wilayah Nagorno-Karabakh dalam negara Azerbaijan telah menyebabkan beliau menderita sebelum meninggal dunia pada 1925. Penggantinya, Mir Jafar Bağirov menyaksikan pembersihan etnik yang kejam dilakukan oleh Joseph Stalin di mana kira-kira 100,000 orang Azeri telah dibunuh atau dihantar ke kem tahanan yang tidak akan pulang selama-lamanya. Berikutan dasar ‘pencairan’ yang dilaksanakan oleh Nikita Khrushchev, Bağirov telah ditahan dan dihukum mati.

Semasa Perang Dunia Kedua, Azerbaijan tidak menyaksikan sebarang konflik di tanah airnya tetapi salah satu keutamaan Adolf Hitler adalah untuk menguasai bekalan minyak di Baku. Kepentingan strategik Azerbaijan telah menarik perhatian Nazi serta mereka berhasrat untuk memotong keupayaan Soviet bagi menentangnya. Baku bernasib baik apabila tentera Jerman berpecah dan disekat dalam usaha untuk menguasai Stalingrad semasa dalam perjalanan, yang juga pertempuran terdahsyat dalam sejarah manusia. Hal ini menyebabkan pertempuran berdarah di Stalingrad menjadi matlamat utama Nazi berbanding hasrat penguasaan minyak di Azerbaijan. Pada masa yang sama, kesedaran Soviet akan potensi Baku yang lebih besar untuk digugat telah mendorong kepada jurutera Soviet untuk membangunkan ladang minyak yang baharu di Siberia yang jauh terpencil.

Pada tahun 1941, tentera Soviet telah menyerang utara Iran, lokasi di mana orang Azeri menjadi etnik majoriti sejak zaman kerajaan Parsi. Peristiwa ini telah menimbulkan kemungkinan bahawa dua populasi Azeri ini akan bersatu di dalam satu sempadan buat pertama kali sejak Perang Rusia-Parsi pada 1800-an. Namun sebaik sahaja peperangan tamat, Soviet yang menerima tekanan daripada Pihak Berikat didesak untuk berundur daripada wilayah Iran. Episod ini telah menyemarakkan semangat nasionalisme Azerbaijan yang berada di dalam dan di luar Soviet.

Azerbaijan 
Perarakan di Dataran Lenin, Baku untuk menyambut ulang tahun ke-50 penubuhan Azerbaijan Soviet, Oktober 1970.

Pada era 1960-an, kebanyakan ladang minyak yang dibangunkan di Azerbaijan telah dikeringkan walaupun mendapati Laut Kaspia masih mempunyai simpanan minyak yang banyak. Soviet lebih mengutamakan Siberia sebagai tapak untuk membangunkan ladang minyaknya kerana penggerudian di kawasan pantai yang lebih murah dan kerana lokasi Azerbaijan yang terletak di bucu Soviet, kedudukan yang terbuka untuk diancam serangan. Di kala perkembangan ekonomi yang perlahan, pertikaian etnik dan perjuangan nasionalisme antara orang Azerbaijan dan Armenia semakin membara. Soviet cuba untuk meredakan keadaan dengan memberi laluan kepada Heidar Aliyev, seorang anak jati Azerbaijan untuk memimpin negara serta memberikan kerusi Politburo kepada beliau. Hal ini menjadikannya sebagai tokoh Azerbaijan paling berkuasa dalam sejarah sama ada ketika zaman Tsar mahupun Soviet. Aliyev telah diberi kuasa untuk menggalakkan industri sampingan di Azerbaijan dan ia berjaya. Beliau juga memberi penekanan kepada industri penghasilan kapas.

Pada era 1980-an, Glasnost telah membawa kepada masalah ekonomi di Azerbaijan ekoran keadaan politik dan ekonomi di Soviet yang merosot. Heidar Aliyev seterusnya menentang Perestroika atau pembaharuan yang diperkenalkan oleh Soviet tetapi beliau akhirnya dipaksa untuk keluar daripada arena politik oleh pentadbiran Gorbachev. Seiring dengan kemunculan masalah ekonomi, pertikaian etnik yang tegang juga berlaku apabila Armenia menuntut Nagorno-Karabakh, wilayah yang didiami oleh majoriti Armenia di Azerbaijan. Pertikaian ke atas Nagorno-Karabakh yang meningkat menyaksikan pembersihan etnik apabila golongan minoriti di kedua-dua negara itu melarikan diri di kala ketegangan semakin meningkat. Pada 20 Januari 1990, Tentera Merah bertindak keras dengan bercampur tangan di Baku, membunuh ramai penduduk dan menyebabkan ramai orang Azerbaijan mengambil dasar menentang Soviet. Azerbaijan mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Kesatuan Soviet pada 1991.

Kemerdekaan semula

Azerbaijan 
Pelarian Azerbaijan dari Karabakh pada 1993.

Perang Nagorno-Karabakh berlangsung selama enam tahun. Tentera Azerbaijan tidak dapat melakukan persiapan lengkap. Walaupun memiliki jumlah tentera yang ramai, tetapi mereka menghadapi kekurangan alat senjata serta kekurangan pegawai terlatih berbanding Armenia. Titik hitam peperangan itu dilihat pada tragedi pembunuhan beramai-ramai kira-kira 600 orang Azeri oleh tentera Armenia di Khojaly pada 26 Februari 1992.

Pada tahun 1994, Azerbaijan telah kehilangan wilayah Karabakh dan tambahan 10 peratus daripada wilayah tersebut. Sekitar 800 ribu orang Azeri turut menerima kesan apabila mereka terpaksa berpindah. Gencatan senjata telah dicapai pada Mei 1994 yang dikenali sebagai Protokol Bishkek. Azerbaijan memperoleh hak kedaulatan ke atas Nagorno-Karabakh di samping wilayah itu juga memperoleh kuasa autonomi yang luas. Namun, protokol itu tidak dilaksanakan sepenuhnya dan Nagorno-Karabakh masih mengisytiharkan diri mereka sebagai republik autonomi walaupun ia tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa. Apa-apapun, konflik itu telah dikendurkan pada 1994. Walaupun Kumpulan Minsk OSCE diasaskan untuk mencari penyelesaian aman bagi konflik yang berlarutan ini, tetapi penyelesaian jangka panjang tidak berjaya diputuskan.

Nagorno-Karabach terus meninggalkan impak yang besar ke atas Azerbaijan. Konflik ini telah menyebabkan perpindahan 10 peratus daripada populasinya, ramai yang tinggal di pondok usang dan gerabak kereta api serta tidak dapat kembali ke kediaman masing-masing sekali gus menimbulkan isu kemanusiaan dan ekonomi. Sementara perang yang tercetus dan kebangkitan semangat nasionalisme yang muncul pada saat awal kemerdekaan Azerbaijan, golongan minoriti Rusia dan Armenia yang berjumlah hampir setengah juta telah meninggalkan negara. Pada hari ini, Azerbaijan terdiri daripada 92 peratus etnik Azeri.

Sementara itu, presiden pasca kemerdekaan Azerbaijan iaitu Ayaz Mutallibov telah digulingkan tidak lama selepas peristiwa hitam itu. Penggantinya, Abulfaz Elchibey melarikan diri mencari perlindungan pada setahun kemudian apabila beliau berdepan dengan pemberontakan dalaman yang didalangi oleh kelompok tentera. Perkembangan ini memberi peluang yang cerah kepada Heydar Aliyev, bekas anggota politburo Soviet yang telah menjadi Pengerusi Parti Komunis Azerbaijan sejak 1970-an. Beliau telah menstabilkan keadaan negara yang sedang bergolak dan memulakan pelaburan asing dalam industri minyak.

Azerbaijan 
Sambutan kemenangan peperangan di Baku selepas gencatan senjata dimeterai, 2020.

Aliyev telah meredakan konflik dengan Armenia dengan memeterai Protokol Bishkek. Beliau juga menandatangani "Kontrak Abad Ini" bersama konsortium daripada 11 syarikat minyak utama dunia untuk membangunkan tapak simpanan minyak yang besar di tengah Laut Kaspia yang dimiliki Azerbaijan. Salur paip yang menghubungkan Azerbaijan dengan Rusia, Georgia dan Turki telah dibina dan dibaik pulih pada lewat 1990-an dan awal 2000-an. Ledakan industri minyak di Azerbaijan dilihat dalam projek salur paip Baku–Tbilisi–Ceyhan bernilai 4 bilion dolar Amerika yang mengepam minyak dari Laut Kaspia ke Turki pada 2006.

Heydar Aliyev sehingga ke hari ini masih dianggap sebagai ‘Pemimpin Negara’ walaupun beliau telah meninggal pada 2003. Foto beliau boleh didapati di mana-mana dan setiap tempat mempunyai pusat budaya dan taman yang dinamakan sempena tokoh ulung itu. Sementara itu, anaknya iaitu Ilham Aliyev menggantikannya sebagai presiden. Beliau telah meneruskan dasar domestik dan antarabangsa negara yang dilaksanakan oleh ayahnya. Nagorno-Karabakh yang kekal sebagai wilayah pertikaian telah menyaksikan beberapa insiden pertempuran di sempadan. Dari segi ekonomi, keluaran dalam negara kasar negara telah meningkat hampir sebanyak 10 kali ganda sejak tahun 2003 menurut Bank Dunia. Walaupun masalah kemiskinan dan pertumbuhan ekonomi yang tidak sekata menjadi isu utama, secara keseluruhannya keadaan ekonomi negara telah bertambah baik.

Pada 27 September 2020, pertikaian baharu konflik Nagorno-Karabakh tercetus di sepanjang Garis Hubung Nagorno-Karabakh. Tentera Azerbaijan dan Armenia masing-masing melaporkan mangsa terkorban sama ada tentera mahupun orang awam. Rundingan gencatan senjata Nagorno-Karabakh telah disepakati untuk menamatkan enam minggu peperangan antara Armenia dan Azerbaijan. Perang tersebut dilihat berakhir dengan kejayaan Azerbaijan dan disambut meriah di seluruh negara.

Azerbaijan 
Ilham Aliyev bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad, 26 Oktober 2019

Politik

Pembahagian pentadbiran di Azerbaijan

Azerbaijan 
Peta Azerbaijan

Azerbaijan terbagi atas:

  • 59 buah rayon,
  • 11 buah kota (şəhər / şähär),
  • 1 buah republik autonomi (muxtar respublika);
  1. Rayon Abşeron,
  2. Rayon Agcabadi,
  3. Rayon Agdam,
  4. Rayon Agdas,
  5. Rayon Agstafa,
  6. Rayon Agsu,
  7. Kota Ali Bayramlı,
  8. Rayon Astara,
  9. Kota Baku,
  10. Rayon Balakan,
  11. Rayon Barda,
  12. Rayon Beylaqan,
  13. Rayon Bilasuvar,
  14. Rayon Cabrayil,
  15. Rayon Calilabad,
  16. Rayon Daskasan,
  17. Rayon Sabran,
  18. Rayon Fuzuli,
  19. Rayon Gadabay,
  20. Kota Gəncə,
  21. Rayon Goranboy,
  22. Rayon Goycay,
  23. Rayon Haciqabul,
  24. Rayon Imisli,
  25. Rayon Ismayilli,
  26. Rayon Kalbacar,
  27. Rayon Kurdamir,
  28. Rayon Laçin,
  29. Rayon Lənkəran,
  30. Kota Lənkəran/Lankaran Sahari,
  31. Rayon Lerik,
  32. Rayon Masalli,
  33. Kota Mingəçevir,
  34. Rayon Naftalan,
  35. Republik Otonomi Nakhichevan,
  36. Rayon Neftçala,
  37. Rayon Oguz,
  38. Rayon Qabala,
  39. Rayon Qax,
  40. Rayon Qazax,
  41. Rayon Qobustan,
  42. Rayon Quba,
  43. Rayon Qubadli,
  44. Rayon Qusar,
  45. Rayon Saatli,
  46. Rayon Sabirabad,
  47. Rayon Saki,
  48. Kota Saki,
  49. Rayon Salyan,
  50. Rayon Samaxi,
  51. Rayon Samkir,
  52. Rayon Samux,
  53. Rayon Siyazan,
  54. Kota Sumqayit,
  55. Rayon Susa,
  56. Kota Susa,
  57. Rayon Tartar,
  58. Rayon Tovuz,
  59. Rayon Ucar,
  60. Rayon Xacmaz,
  61. Kota Xankandi/Khankendi,
  62. Rayon Xanlar,
  63. Rayon Xizi,
  64. Rayon Xocali,
  65. Rayon Xocavand,
  66. Rayon Yardımlı,
  67. Rayon Yevlax,
  68. Kota Yevlax,
  69. Rayon Zangilan,
  70. Rayon Zaqatala,
  71. Rayon Zardab.

Geografi

Televisyen

Rujukan

  • Forrest, Brett (28 Nov 2005). "Over a Barrel in Baku". Fortune, m.s. 54–60.

Pautan luar

  • "Azerbaijan". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
  • Profil Negara BBC: Azerbaijan
  • Portal Azerbaijan
  • Perpustakaan Portal Kongres untuk Dunia: Azerbaijan – kategori direktori
  • Azerbaijan dari A ke Z
  • Azerbaijan Antarabangsa – laman web yang terbesar di dunia mengenai Azerbaijan
  • Republik Azerbaijan Maya
  • Baku Kini
  • Azadliq, akhbar bebas
  • Jawatankuasa Statistik Negara untuk Republik Azerbaijan
  • Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Azerbaijan, dengan laporan negara
  • IFEX: Kebebasan Akhbar di Azerbaijan Diarkibkan 2007-02-09 di Wayback Machine
  • Amnesti Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia di Azerbaidjan

49°53′E / 40.367°N 49.883°E / 40.367; 49.883

Tags:

Azerbaijan EtimologiAzerbaijan SejarahAzerbaijan PolitikAzerbaijan Pembahagian pentadbiran di Azerbaijan GeografiAzerbaijan TelevisyenAzerbaijan RujukanAzerbaijan Pautan luarAzerbaijan1991ArmeniaAsia TenggaraBahasa AzeriEropah TimurGeorgia (negara)IranKaukasusKemerdekaanLaut CaspianNagorno-KarabakhNakhichevanRusiaTurki

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bumiputera di SabahBajauRevolusi AmerikaPulau TiomanTakbirIbrahim Shah Abu ShahChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorPerkara yang dilarang dalam IhramSosialKamal AdliMajapahitSaiful ApekKata namaRukun solatSenarai poskod di MalaysiaFrekuensi radio di SelangorGunung KinabaluUmar bin Al-KhattabUndang-Undang Laut MelakaSejarah orang Yahudi di MalaysiaDadahNegeri-Negeri SelatTaekwondoHukum Kanun MelakaJambatan Pulau PinangPerang AhzabSheriffPerempuan Itu (drama)Solat hajatParti Islam Se-MalaysiaMandi wajibTerapi fizikalAtikah SuhaimeWan Azizah Wan IsmailKata tugasPemerintahan berajaSerangan Iran ke atas Israel 2024Zizan RazakNaim DanielPulau PinangBaju kurungBaju MelayuWanita SyurgaSawiBani IsraelPetronasSyeikh Idris al-MarbawiMustapha KamalPerodua KancilTulang rangkaHantu Kak Limah Balik RumahKL GangsterAdam CorriePenggodamPadiRazarudin HusainSurah al-BaqarahKhaliq Mehtab Mohd IshaqUnifi TVPerceraian dalam IslamEmpirisismeIman TroyeKata bantuPahangTulisan JawiFunanBadarawuhi Di Desa PenariSenarai saluran Astro NJOICampaMasjid Sri SendayanNabiParsiRujukan kehormatPemancutan maniPeribahasa MelayuPerang Israel–PalestinBatu PahatAngkor WatKabinet Negeri Sarawak🡆 More