Antartika: Benua kutub

90°35′W / 68.833°S 90.583°W / -68.833; -90.583 (Peter I Island)

Antartika (Jawi: انترتيكا) merupakan benua paling selatan di dunia, terdiri dari segi geografi kutub selatan. Ia terletak di kawasan Antartik di Hemisfera Selatan, hampir semuanya selatan Bulatan Antartik, dan dikelilingi oleh Lautan Selatan. Dengan keluasan 14.0 juta km2 (5.4 juta sq batu), ia merupakan benua kelima terbesar dari segi keluasan selepas Asia, Afrika, Amerika Utara, dan Amerika Selatan. Sebagai perbandingan, Antartika hampir dua kali ganda saiz Australia. Sekitar 98% Antartika diselaputi oleh air batu dengan purata ketebalan sekurang-kurangnya 1 batu (1.6 km)* yang menganjur di kesemua permukaan benua kecuali di hujung paling utara Semenanjung Antartik.

Antartika (انترتيكا)
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan

Lokasi Antartika.

Luas 14,000,000 km² (5,400,000 sq mi) 280,000 km² (108,000 sq mi) tidak diliputi ais, 13,720,000 km² (5,297,000 sq mi) diliputi ais
Penduduk ~1000 (bukan menetap)
Kerajaan
Sistem Perjanjian Antartika

- Setiausaha Eksekutif Johannes Huber

Tuntutan terhadap tanah Antartika Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Argentina
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Australia
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Chile
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Perancis
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan New Zealand
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Norway
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan United Kingdom
Mempunyai hak menuntut tanah Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Rusia
Antartika: Penamaan, Iklim, Sejarah penerokaan Amerika Syarikat
Domain Internet .aq
Kod Panggilan mengikut lokasi memanggil

Antartika secara amnya merupakan benua paling sejuk, kering dan kuat anginnya, dan memiliki ketinggian antara purata tertinggi di kalangan kesemua benua. Antartika dianggap sebagai gurun, dengan curah hujan tahunan hanya 200 mm (8 inci) di sepanjang pantai dan jauh ke pedalaman benua. Suhu di Antartika mencecah −89 °C (−129 °F). Tiada penempatan manusia kekal yang ada di sini, tetapi terdapat sekitar 1,000 sehingga 5,000 orang tinggal di situ sepanjang tahun di stesen-stesen pemantauan yang tersebar di sepanjang benua. Hanya tanaman dan haiwan adaptasi dingin bertahan hidup di sana termasuk penguin, anjing laut, nematoda, tardigrada, tungau, banyak jenis ganggang dan mikroorganisma lainnya serta juga tumbuhan tundra.

Perjanjian Antartika ditandatangani pada tahun 1959 oleh 12 negara, dan setakat ini, 49 negara telah menandatangani perjanjian itu. Perjanjian tersebut melarang kegiatan ketenteraan, perlombongan atau pengeluaran mineral, uji kaji nuklear, pelupusan sisa nuklear, dan menyokong penyelidikan saintifik serta melindungi ecozone di benua itu. Terdapat lebih 4,000 saintis dari pelbagai negara yang menjalankan penyelidikan berterusan benua tersebut.

Penamaan

Nama Antarctica meminjam ungkapan bahasa Yunani ἀνταρκτική antarktiké, atau bentuk muanasnya ἀνταρκτικός antarktikós bererti "lawan [arah] Artik". Nama ini dirasmikan dalam kerja-kerja pemetaan benua tersebut pada tahun 1890-an dilakukan John George Bartholomew.

Iklim

Iklim di Antartika sangat ekstrem dengan kelembapan udara sangat rendah, purata suhu sepanjang tahun rendah, serta purata kelajuan angin sepanjang tahun tinggi.

Sejarah penerokaan

Zaman dahulukala

Menurut sejarah lisan diceritakan masyarakat Māori peribumi New Zealand, seorang pelayar asal Rarotonga bernama Hui Te Rangiora (atau Ūi Te Rangiora) dan anak-anak kapal Te Ivi o Atea beliau menemukan kawasan yang diberi nama Te tai-uka-a-pia, "tasik [laut] beku taka" yakni merujuk kepada sifat air batu yang dirasainya mirip serbuk ubi taka (Tacca leontopetaloides) apabila dikikis.

Zaman pelayaran Eropah

Kapal-kapal HMS Resolution dan Adventure diketuai James Cook merupakan kapal Eropah pertama kali merentasi Garisan Antartik pada 17 Januari 1773, serta bulan-bulan Disember 1773 dan Januari 1774. Cook dicatatkan memasuki jarak 120 km (75 bt) ke dalam pesisiran Antarktik sehingga menemukan jalan buntu dihalang air batu laut pada Januari 1773.

Llaporan pertama yang disahkan tentang benua tersebut pada umumnya diterima berlaku pada tahun 1820 oleh satu ekspedisi Rusia diketuai Fabian Gottlieb von Bellingshausen dan Mikhail Lazarev menggunakan kapal-kapal Vostok dan Mirny apabila mereka menemukan pentas ais berkoordinat moden 69°21′28″S 2°14′50″W / 69.35778°S 2.24722°W / -69.35778; -2.24722, pada 27 Januari 1820. Benua tersebut bagaimanapun tidak mendapat perhatian sehingga abad ke-19 berikutnya kerana persekitaran yang teruk, kekurangan sumber, dan lokasinya yang jauh terasing.

Pendaratan pertama ke benua ini dicatatkan John Davis, seorang pemburu anjing laut yang dipercayai turun di Teluk Hughes berdekatan Tanjung Charles barat benua pada 7 Februari 1821, namun ada sejarawan yang pertikaikan dakwaan ini. Pendaratan pertama yang tercatat dan disahkan berlaku di Tanjung Adare oleh pasukan Sweden-Norway dalam kapal pemburu paus Antarctic pada tahun 1895.

Kependudukan manusia

Komunikasi

Kod telefon antarabangsa untuk Antartika adalah +672.

Antartika sudah memiliki liputan telefon nirkabel. Di Pangkalan Marambio milik Argentina terdapat sebuah menara selular yang menggunakan teknologi AMPS dan di Pulau Raja George terdapat sebuah menara GSM Entel Chili. Selain itu, komunikasi juga bergantung kepada sambungan satelit.

Galeri

Rujukan

Nota kaki

Pautan luar

Tags:

Antartika PenamaanAntartika IklimAntartika Sejarah penerokaanAntartika Kependudukan manusiaAntartika GaleriAntartika RujukanAntartika Pautan luarAntartikaSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Amy SearchFendy BakryAman ShahAndai Itu TakdirnyaPutrajayaKementerian Kesihatan MalaysiaNadhir NasarMona FandeyAbang Johari Tun OpengTunku Abdul RahmanSistem pernafasanZul AriffinShasha AbedulAbu Bakar as-SiddiqSepupuSalasilah keturunan Nabi MuhammadSeri KembanganMandi wajibKKN di Desa Penari (filem)Jabatan Kastam Diraja MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahBajauMYTV BroadcastingNormah DamanhuriBabiQasrina KarimKhir RahmanDaiyan TrishaCristiano RonaldoFasha SandhaHari Kebangsaan MalaysiaSenarai negara mengikut keluasanSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahPemancutan maniZara ZyaUmmi NazeeraCat FarishAlicia AminAbdul Taib MahmudCik ManggisEropahCarles PuigdemontNombor perdanaProton PerdanaDia Isteri Luar Biasa (drama)Palestin (wilayah)BesutDaerah di MalaysiaKapitalismeThe GadysLemangSenario The MovieProton ExoraZainal Rashid AhmadSyamsul YusofNabi Adam a.s.Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaBella DowannaFilem Sex and Zen IIBadmintonBumiputera di SabahAlif SatarAaron AzizHarumanisSijil Tinggi Agama MalaysiaWhatsAppAmmar AlfianTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahUthman bin AffanMimi LanaWarganetSurah Al-InsyirahAbdullah bin Ahmad BadawiTahun Baru CinaHarissa AdlynnTauratKata kerja🡆 More