Cebú (bahasa Cebu: Sugbo) ialah satu daripada wilayah di negara Filipina.
Cedbu terletak di timur pulau Negros, pulau Leyte di selatan dan pulau Bohol di tenggara. Wilayah ini mempunyai jumlah penduduk seramai 3,325,385. Ibu kotanya ialah Bandar Cebu. Ia mempunyai luas 4,943.72 kilometer persegi. Ia diberikan dengan kod kawasan telefon +63 (0)32.
Cebu | |
---|---|
Koordinat: 10°19′N 123°45′E / 10.32°N 123.75°E 123°45′E / 10.32°N 123.75°E | |
Negara | Filipina |
Daerah | Bisayak Tengah |
Barangay | 1203 |
Tarikh asas | 6 Ogos 1569 |
Pentadbiran | |
• Ketua | Gwendolyn Garcia |
• Pengundi | 3,082,621 (9 Mei 2019) |
Keluasan | |
• Jumlah | 4,943.72 km2 (1,908.78 batu persegi) |
Penduduk (1 Mei 2020) | |
• Jumlah | 3,325,385 |
• Kepadatan | 670/km2 (1,700/batu persegi) |
• Bilangan rumah | 662,639 |
Ekonomi | |
• Kelas pendapatan | pendapatan kelas pertama wilayah |
• Kadar kemiskinan | 14.76% (2018) |
• Hasil | ₱4,537,572,289.46 (2020) |
• Aset | ₱213,005,752,235.55 (2020) |
• Liabiliti | ₱4,734,292,034.79 (2020) |
• Perbelanjaan | ₱2,224,994,121.74 (2020) |
Zon waktu | UTC+8 (Waktu Piawai Filipina) |
Poskod | 6000–6053 |
PSGC | 072200000 |
Kod kawasan | +63 (0)32 |
Jenis iklim | iklim tropika |
Bahasa peribumi | bahasa Sugbu Forohanon Bantayanon |
Laman sesawang | www |
Cebú terletak di garisan latitud 9°25'U dan 11°15'U dan di garisan longitud 123°13'T dan 124°5'T, di tengah-tengah kepulauan Filipina.
Pulau Cebú adalah sejalur tanah pulau 225 km dan utara ke selatan dan ada 167 pulau-pulau kecil . Antaranya termasuklah Pulau Mactan, Pulau Bantayan, Pulau Malapascua, pulau Olango dan pulau Camotes. Ratusan pulau lagi tidak berpenghuni kecuali untuk tujuan pelancongan dan pengembaraan.
Gunung di pulau Cebú ada yang sehingga 1000 m dan dilitupi hutan tropika.
Antara bandar utama ialah Bogo, San Remigio, Medellin dan Daanbantayan yang terletak di selatan.
Ibu negerinya ialah kota Cebú, sebuah bandar lama yang membentuk kawasan metropolitan Cebú. Ada 6 bandar yang berdekatan iaitu bandar Carcar , Danao , Lapu-Lapu , Mandaue , Naga , dan bandar Talisay.
Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Mactán-Cebú yang terletak di pulau Mactán.
Cebú merupakan salah sebuah pulau yang maju di Filipina. Ia menjadi pusat perdagangan, perniagaan, pendidikan dan perindustrian. Ada hotel 5 bintang, kasino, pantai putih bersih, padang golf kelas dunia, pusat konvensyen dan pasar raya hyper.
Majalah pelancongan meletakkan Cebú sebagai pulau ke-8 terbaik di Asia-Pasifik pada 2005 dan ke-7 pada tahun 2004.
Magellan pernah ke Melaka bersama angkatan tentera Portugis menyerang Melaka pada 1511 telah membuat pelayaran ke arah barat pula kerana keyakinan bumi ini bulat. Angkatan kapal 5 buah bersama 250 kelasi meninggalkan Pelabuhan Sanlúcar de Barrameda di Sepanyol melalui benua Amerika Latin dan Lautan Pasifik - tak pernah dibuat orang sebelum ini.
Pada 17 Mac 1521 sampai di kepulauan Filipina . Raja Kolambu di Mazzaua di Mindanao telah menunjukkan arah pulau Cebú, di mana Magellan boleh berdagang dan boleh dapat tanah.
Oleh itu Magellan menuju ke pulau Cebú dan dengan bantuan jurubahasa Enrique Melaka telah berbaik-baik dengan Raja Humabon Cebú . Raja Humabon dipujuk supaya taat setia kepada Maharaja Charles V Sepanyol. Raja Humabon , isteri dan serta seluruh 800 penduduk di situ setuju dibaptis dan memeluk agama Kristian. Raja Humabon telah dianugerah gelaran Raja Carlos dan Permaisuri Juana.Satu Santo Nino dianugerahkan kepada raja Cebú itu.
Sebagai balasan Magellan hendaklah menyerang pemberontak Islam yang bernama Lapu-Lapu di pulau Mactan. Maka pada 27 April Peperangan Mactan berlaku di mana Magellan telah terbunuh. Juan Sebastian Elcano mengambil alih tugas Magellan dan belayar kembali ke Sepanyol bersama 18 yang terselamat.
Cerita-cerita menarik , emas dan permata yang banyak di Filipina menarik hari raja Sepanyol untuk menguasai Filipina terutama pulau Cebú.
44 tahun kemudian, pada 1565 Miguel López de Legazpi bersama 500 tentera dan rahib kristian Augustinian dan Francis telah dihantar ke timur.
Kubu Raja Tupas dan perkampungan di Cebú telah dibedil dari kapal. Kemudian pada 1569 Pelabuhan Sepanyoles pertama kali dibina di Filipina.
14 Ogos 1571 Cebú menjadi daerah Legazpi dan pasukan tentera telah ditempatkan di situ.
Ia terdiri daripada bandar dan perbandaran:
Tahun | Pend. | ±% setiap tahun |
---|---|---|
1903 | 653,727 | — |
1918 | 855,065 | +1.81% |
1939 | 1,068,078 | +1.06% |
1948 | 1,123,107 | +0.56% |
1960 | 1,332,847 | +1.44% |
1970 | 1,170,386 | −1.29% |
1975 | 1,264,357 | +1.56% |
1980 | 1,410,346 | +2.21% |
1990 | 1,732,386 | +2.08% |
1995 | 1,890,357 | +1.65% |
2000 | 2,160,569 | +2.91% |
2007 | 2,440,120 | +1.69% |
2010 | 2,619,362 | +2.61% |
2015 | 2,938,982 | +2.22% |
2020 | 3,325,385 | +2.46% |
Ref: Lembaga Perangkaan Filipina |
Kadar kemiskinan | |
Ref: Lembaga Perangkaan Filipina |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Cebu, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.