Solat Jumaat

Solat Jumaat (Arab: صَلَاة ٱلْجُمُعَة, rumi: Ṣalāt al-jumuʿahcode: ar is deprecated ) ialah solat fardu dua rakaat.Yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah khas untuk sembahyang ini.

Solat Jumaat itu hukumnya Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf lelaki dengan syarat-syarat tertentu.Dan Wajib dilakukan bagi setiap lelaki bagi yang sudah pun baligh

Solat Jumaat
Solat Jumaat di Masjid Sultan Ismail, Universiti Teknologi Malaysia.

Dalil pewajiban

Dalam Al Quran

Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an ada menyebutkan:

"Wahai orang-orang yang beriman (Lelaki dan perempuan)! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Dalam hadis nabawi

Sabda Rasulullah SAW:

"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia (Gugur jemaah, tapi wajib jumaat): hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." (Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib solat Jumaat

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan berjemaah untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib berjemaah bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib berjemaah bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat

  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang BERIMAN yang tinggal tetap di kawasan itu (menurut Mazhab Syafii).
  4. Didahului dengan dua khutbah khusus.

Haram tinggalkan solat Jumaat

Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat Jumaat hukumnya adalah wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaanNya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah, pintu hatinya lama kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah dan menjadikan mereka semakin sesat dan terus melakukan dosa-dosa yang lain.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari menunaikan solat Jumaat

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat secara berjemaah, mereka hanya perlu solat zuhor seperti biasa:

  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
  5. Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku sampai pendek.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat Iktikaf.
  9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Rujukan

Tags:

Solat Jumaat Dalil pewajibanSolat Jumaat Syarat wajib solat JumaatSolat Jumaat Syarat sah solat JumaatSolat Jumaat Haram tinggalkan solat JumaatSolat Jumaat Pengecualian dari menunaikan solat JumaatSolat Jumaat Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari JumaatSolat Jumaat RujukanSolat JumaatBahasa ArabFardu AinJumaatKhutbah JumaatRakaatSolat ZohorSolat berjemaahSolat fardu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Slot MegaDramaIranAngkatan Tentera MalaysiaSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimSM Faliq SM NasimuddinDarjah Khas Agama JohorYang di-Pertuan AgongSultan Mizan Zainal AbidinNabi Lut a.s.KerisFilem Malaysia tahun 2024Jenis darahSenarai kata pinjaman bahasa MelayuJenis air untuk bersuci dalam IslamMarga SangirKecerdasan buatanNatasya MahyanSiti Rosmizah SemailBatu PutehNasionalismeAaron AzizTerlanjur Cinta (drama web)Tunku NadzaruddinSalahuddin al-AyyubiBumiputera di SabahMy Lovely DriverCabang dan mazhab IslamPolitik MalaysiaBuayaKerajaan SalakanagaraPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 VietnamJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaKhawarijMinangkabauTok JanggutTahun Baru CinaBerkhalwatBoBoiBoyAgama BuddhaKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaDarurat Tanah MelayuNajib RazakLee Hsien LoongSejarahAdat resam kahwin MelayuZamarul HishamIpohPiagam MadinahSolat sunatPedofiliaAyob Khan Mydin PitchayJata MalaysiaMuhamad Akmal SalehAina AbdulKucingBadmintonKata hubung (bahasa Melayu)SrivijayaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPencemaran udaraCCTV (filem)Tunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahMajlis Raja-RajaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaEmma MaembongMerdeka 118Perdana Menteri MalaysiaPerpaduanRamlah RamOzlynn WatyPembentukan MalaysiaDia Isteri Luar Biasa (drama)Putri JannahShuib SepahtuDwidewanProton WiraKuantanAisyah Abu Bakar🡆 More