Cape Town

Bandar raya Cape Town (Afrikaans: Kaapstadcode: af is deprecated , ˈkɑːpstat; bahasa Xhosa: iKapa) ialah salah satu ibu-ibu kota Afrika Selatan yang terletak di dalam wilayah Cape Barat, 60 km barat-daya dari Pretoria.

Ia merupakan ibu negara perundangan di Afrika Selatan, serta ibu negeri wilayah Cape Barat dan mempunyai kepadatan pendudukan terbesar di negara ini. Antara tempat pelancongannya yang terkenal ialah Table Mountain suatu pergunungan yang rata di bahagian atasnya seperti sebuah meja yang besar. Selain itu, tempat ini masyhur kerana penjaranya di Pulau Robben yang telah menjadi penjara tahanan politik seperti Nelson Mandela.

Cape Town
Kaapstad, iKapa
Pemandangan pelabuhan di Cape Town
Pemandangan pelabuhan di Cape Town
Mohor rasmi Cape Town
Cogan kata: Spes Bona
Latin: Harapan yang Baik
Lokasi Cape Town di Negeri Cape Barat
Lokasi Cape Town di Negeri Cape Barat
NegaraAfrika SelatanAfrika Selatan
NegeriCape Barat
Penubuhan1652
Pentadbiran
 • Datuk BandarDan Plato
Penduduk
 (2019)
 • Jumlah3,433,441
Zon waktuUTC+2 (SAST)
Postal code
8000
Kod kawasan+27 (0)21
Min waktu suriaUTC+06:46:48
Laman sesawanghttp://www.capetown.gov.za/

Geografi

Cape Town terletak di kawasan barat daya Afrika Selatan, iaitu di tepi Table Bay, Lautan Atlantik. Berdekatan Table Bay ialah Table Mountain (Tafelberg), suatu gunung berpuncak rata berketinggian 1,084.6 meter dari paras laut, dan lazim menjadi tarikan pelancongan. Pusat bandar Cape Town terletak di kawasan utara Semenanjung Cape yang meruncing ke arah selatan dan berakhir dengan Tanjung Harapan.

Taraf biokepelbagaian kawasan Cape Town adalah pada tahap-tahap tertinggi dunia sesama kawasan-kawasan lain seluasnya. Sesetengah spesies tumbuhan di Table Mountain adalah endemik, dan oleh itu, tidak dapat ditemui di mana-mana tempat lain secara global. Cape Town memiliki sebuah kawasan lindungan alam, Kawasan Flora Cape yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia.

Cape Town memiliki iklim Meditterranean lembap (Csb mengikut pengelasan iklim Köppen), dengan musim panas kering dan hangat, dan musim sejuk ringan dan berlembapan sederhana. Secara purata, Cape Town menerima 3,100 jam cahaya matahari setahun.

Pentadbiran

Sistem perundangan Cape Town adalah berdasarkan sistem majlis dengan 231 buah kerusi. 116 kerusi diisi oleh calon dipilih rakyat daripada setiap wad (pembahagian pentadbiran berdasarkan majlis perundangan). Kerusi-kerusi selebihnya diisi oleh ahli parti-parti politik berdasarkan jumlah undian yang diperoleh sesebuah parti.

Hubungan antarabangsa

Cape Town memiliki 18 buah bandar kembar secara rasmi seperti di bawah:

Demografi

Berdasarkan bancia rasmi negara pada 2011, jumlah penduduk rasmi kawasan metropolitan Cape Town ialah 3,740,026 orang yang menghuni dalam 1,068,573 buah isi rumah. Bahasa Afrikaans dituturi oleh 35.7% penduduk, diikuti dengan Xhosa (29.8%) dan Inggeris (24.8%).

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Cape Town GeografiCape Town PentadbiranCape Town DemografiCape Town RujukanCape Town Pautan luarCape TownAfrika SelatanBahasa AfrikaansBahasa XhosaCape BaratNelson MandelaPretoriaPulau RobbenTable Mountain

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MunafikEPerodua KelisaIsmail Mohamed SaidPontianak Harum Sundal MalamRosyam NorMatlamat Pembangunan MampanJalaluddin HassanAliff Syukri KamarzamanPulau PinangPolis EVOParti Rakyat India MalaysiaRacun RihannaNabi Nuh a.s.Joe FlizzowSyed Mokhtar Al-BukharyProton ExoraKhunsa (siri TV)HisteriaTanah Melayu BritishBahasa CinaJabatan Kastam Diraja MalaysiaSalasilah keturunan Nabi MuhammadAstro MalaysiaHang TuahAl-Masih ad-DajjalZaman air batuSenarai Surah Al-QuranJabatan Alam SekitarKhulafa al-RasyidinDaerah di SabahJudiPerikatan NasionalGrup Gerak KhasTuanku Abdul RahmanAliff AzizMikroplastikJepunNabi Lut a.s.Arab SaudiVirusNajib RazakSulfur dioksidaPenggunaSenarai pelakon lelaki MalaysiaGayatri Su-Lin PillaiAbdul Taib MahmudBaju MelayuBendera PalestinUndang-Undang Laut MelakaAniq SuhairAgama BuddhaInflasiRemangSistem pembiakan manusiaHutan hujan Semenanjung MalaysiaSyasyaPASKAL (filem)HadisKetupat palasRukun IslamPenjodoh bilangan bahasa MelayuPerkhidmatan awam di MalaysiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unA. Rahman HassanSejarah Pulau PinangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaHantu Kak Limah Balik RumahAnugerah AidilfitriSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaMy Lovely DriverHari Raya AidiladhaIntegritiAmerika SyarikatCik Siti Wan KembangYusof HaslamHari DeepavaliPerempuan Itu (drama)🡆 More